Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

07 May 2012

Peribahasa Dewan (S)


  1. sabung selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi prb berserah kpd nasib (untung-untungan);
  2. biar alah sabung asalkan menang sorak prb biar harta habis asalkan hati puas
  3. bongkok sabut (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll)
  4. untung sabut timbul untung batu tenggelam prb kalau ada untung baik, diperoleh baik dan begitu juga kebalikannya (untung-untungan)
  5. termakan disadah prb kesal hati kerana tertipu
  6. sbg sadur menimbulkan senam prb kelihatan keadaan yg sebenarnya
  7. spt saga di atas talam prb kelakuan yg tidak tetap;
  8. yg merah saga yg kurik kundi prb yg indah dan yg baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa;
  9. diuji timbang lebih sesaga prb perbezaan yg amat kecil
  10. ijuk tidak sagar prb keluarga yg tidak mempunyai laki-laki yg disegani orang
  11. jika tak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagu prb tidak akan tercapai sesuatu maksud jika tidak mahu berusaha
  12. bagai besahabat dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd besahabat dgn orang yg bodoh, baik berseteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh
  13. sahaja bahasan prb sudah menjadi kebiasaan
  14. spt sakhlat bermuka dua prb (orang yg) menduakan hati, tidak jujur
  15. sakit menimpa sesal terlambat prb perbuatan yg terlanjur dan tidak dapat diubah lagi; sakit perut, baharu tahu di liang lantai prb sesudah mendapat kesusahan baru teringat akan yg perlu;
  16. sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk prb sama-sama bertanggungjawab;
  17. apa boleh buat, biar sakit dahulu senang kemudian prb biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya;
  18. lain sakit, lain diubat, lain luka, lain dibebat prb jawab yg bersalahan dgn soalan (lain yg diminta, lain yg diberikan);
  19. tiada sakit makan ubat prb menyusahkan diri sendiri
  20. saksi ke lutut prb a) menjadikan sanak saudara sbg saksi; b) meminta pengadilan kpd orang yg bodoh
  21. salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas = salah cencang memberi pampas, salah bunuh membangun = salah cotok berkudung paruh, salah telan belah perut prb kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat yg telah ditetapkan);
  22. salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali prb kesilapan dlm sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera;
  23. jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separak dirambah prb hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dgn kesalahan;
  24. berani kerana benar, takut kerana salah prb bertindak kerana berada pd pihak yg benar
  25. anjing menyalak, bukit takkan runtuh prb tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yg jahat;
  26. spt disalak anjing bertuah prb tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi
  27. bulang sali kacak sama, tinggal lagi mujur malang prb kalah menang dlm perlawanan yg sama kuat itu bergantung pd nasib sahaja
  28. sesalin tak tumpah prb dua orang yg serupa benar
  29. air sama air, sampah ke tepi juga prb jangan ikut campur perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali kita akan tersisih juga;
  30. burung pipit sama enggang prb jodoh yg tidak sepadan;
  31. tak sama getah batang dgn getah daun prb kasih kpd anak sendiri itu tidak sama dgn kasih kpd anak saudara;
  32. telentang sama menadah embun, tertiarap sama memakan pasir = tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum embun prb orang yg seia sekata dlm pergaulan
  33. ulam mencari sambal prb perempuan yg mencari laki-laki
  34. ayam tambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang prb nasib yg malang (buruk) sekali;
  35. bagai ayam disambar helang prb mati tanpa sakit;
  36. pantang helang dgn ayam, lambat-laun disambar juga prb mudah menimbulkan sesuatu yg tidak baik kalau didekatkan
  37. bagai sambau di tengah jalan = bagai sambau di pintu kandang prb kehidupan yg tidak tetap (sakit atau hidup melarat)
  38. samir tak habis, kajang pula prb hutang lama belum dibayar, sudah datang pula orang menagih hutang baru
  39. sampah itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang;
  40. sampah jangan ditendang sepak prb orang yg miskin jangan dihinakan;
  41. spt sampah hanyut prb orang miskin yg hidup melarat;
  42. teralang-alang bagai sampah dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat dilahirkan
  43. nan dimaksudkan sampai, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan
  44. sampan ada pengayuh tidak prb kekurangan syarat utk melakukan sesuatu;
  45. ada sampan hendak berenang prb ada perkara yg senang tetapi sengaja hendak bersusah payah;
  46. air besar, sampan tak hanyut prb harapan yg tidak dapat dipenuhi
  47. samun sakal berdarah tangan prb sesuatu yg diperiksa (disiasat) hendaklah ada buktinya
  48. hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tenggek prb hilang yg satu masih ada lagi gantinya yg lain (laki-laki dan perempuan);
  49. terlintang oleh sanggul prb suami yg selalu menurut kata isterinya
  50. yg disangka tidak menjadi, yg diam boleh ke dia prb orang lain yg berikhtiar, orang lain pula yg memungut hasilnya
  51. penghulu disanjung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendaklah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya
  52. santan dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan;
  53. santan masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna disayangi, sesudah tidak berguna dibuang;
  54. kena-kena spt santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan;
  55. meramas santan di kuku prb meminta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu;
  56. spt santan dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar;
  57. sungguhpun lemak santan, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga
  58. sudah merasa maka santun prb setelah merasai sesuatu kesusahan barulah berasa belas kasihan akan penderitaan orang lain
  59. lembu punya susu, sapi dapat nama = kerbau sakit, sapi beroleh nama prb orang lain yg berbuat kebajikan orang lain pula yg mendapat pujian
  60. sapu tangan menali ayam prb perihal kemiskinan yg amat sangat;
  61. spt sapu (penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd tempatnya
  62. sarak serasa hilang, bercerai serasa mati prb seseorang yg terlalu rindu kerana bercerai dgn orang yg dikasihi
  63. umpama orang memelihara dirinya dlm sarang lebah prb mempertahankan diri di tengah-tengah musuh
  64. sarap sehelai dituilkan, batu sebuah digulingkan prb memeriksa dan menyelidik sesuatu dgn teliti
  65. seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang
  66. menyarungkan baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri
  67. satu detik sepuluh rebah prb seorang yg disindir, semua yg hadir turut tersinggung
  68. badan saudara, emas takkan saudara, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda
  69. sauk kering-kering, membeli habis-habis prb a) menyelidiki sesuatu hal biar sampai jelas; b) menuntut ilmu hendaklah sampai ke penghabisannya
  70. apa lagi sawa ia berkehendakkan ayamlah prb orang yg suka mencari barang-barang yg digemarinya;
  71. pacat hendak menjadi sawa prb a) orang miskin berlaku spt orang kaya; b) mengharapkan sesuatu yg bukan-bukan
  72. sawah berpermatang, ladang berbintalak prb sesuatu perkara itu ada batasnya (hadnya);
  73. sawah luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak prb jika ada orang yg meminjam wang, wajib ada orang yg menjaminnya;
  74. ke sawah tidak berluluk, ke ladang tidak berarang prb memperoleh keuntungan (dll) tidak dgn bersusah payah
  75. sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain;
  76. sayang di anak dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain
  77. sayap singkat, terbang hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi kekuasaannya
  78. spt sayur dgn rumput prb hal keadaan yg tidak sama (banyak perbezaannya)
  79. air besar, batu sebak prb saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan
  80. kalau pujuk makin menyebal, kalau marah baharu ketawa prb kelakuan yg tidak pd tempatnya
  81. dalam sudah keajukan, lebar sudah keseberangan prb telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang
  82. sedap dahulu pahit kemudian prb melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal;
  83. sedap manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb sebarang bicara orang hendaklah ditimbangkan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak
  84. segan bergalah, hanyut serantau = segan berkayuh perahu hanyut = segan bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan
  85. betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang prb orang yg bebas sekali hidupnya
  86. sekam menjadi hampa berat prb (kehilangan yg) tidak merugikan sangat;
  87. spt api di dlm sekam prb a) perbuatan jahat yg tersembunyi; b) cinta yg terpendam;
  88. tiada terbawa sekam prb seseorang yg dungu rupanya tetapi terlalu jahat perangainya;
  89. tiada terbawa sekam segantang prb keadaan seseorang yg sangat lemah (kerana uzur dll)
  90. kerbau tak berkandang seladang prb dua bangsa yg tidak dapat bercampur kerana berlainan adat.
  91. menyeladang bagai panas di padang prb sesuatu yg menyeluruh jadinya (penyakit, bencana, dll)
  92. pandai selam di air dangkal prb pandai membawa diri;
  93. sambil selam minum air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai
  94. menyelami air dlm tonggak prb sukar sekali utk mengetahui isi hati orang lain
  95. sedangkan pucuk lagi tak merah konon pula selaranya prb waktu lagi kaya tidak pernah berderma apalagi waktu miskin
  96. selendang dunia prb orang kaya yg dermawan atau pemurah dan orang muda perhiasan dunia (utk pujian sahaja)
  97. selera bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak);
  98. selera bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan
  99. seligi tajam bertimbal, tak ujung pangkal mengena prb orang yg mempunyai dua mata pencarian
  100. malam selimut embun, siang bertudung awan prb orang yg terlalu miskin (tidak mempunyai apa-apa pun)
  101. pandai selisik sedang berlaga prb orang yg dapat mencari kesenangan diri walaupun dlm bahaya atau kesusahan
  102. selodok sama bongkok, melompat sama patah prb orang yg seia sekata;
  103. biar selodok ke bawah rumah asal mendapat telur ayam prb biarlah mengerjakan sesuatu yg kurang martabatnya asalkan mendapat rezeki yg halal.
  104. tak sungguh seluang melaut akhirnya balik ke tepi juga prb tidak betah merantau akhirnya balik semula ke kampungnya
  105. spt seludang menolakkan mayang prb menyombongkan diri
  106. semak-semak disiangi, rimbun-rimbun ditutuh prb sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara baik-baik;
  107. dr semak ke belukar prb meninggalkan sesuatu yg buruk, tetapi mendapat yg buruk juga
  108. mempertinggi semangat anjing prb bersusah payah memperbaiki nama yg jahat akhirnya akan mengecewakan sahaja
  109. sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira prb orang yg rupanya soleh tetapi hatinya cabul dan suka mengerjakan perkara yg terlarang
  110. tidak usak kerbau oleh sembelih prb tidak akan menjadi miskin bagi orang kaya yg berderma
  111. sembunyi tuma kepala tersorok ekor kelihatan prb menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai;
  112. lempar batu sembunyi tangan prb berbuat sesuatu kejahatan dan kemudian berpura-pura tidak tahu-menahu
  113. sembunyi-sembunyii puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku
  114. spt harimau menyembunyikan kukunya prb orang yg hendak menyorok-nyorokkan kelebihan dirinya
  115. spt polong kena sembur prb berlari lekas-lekas kerana ketakutan
  116. ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis prb hendaklah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll)
  117. semut dipijak tidak mati, gajah diharung bergelimpangan = semut terpijak tidak mati, alu terharung patah tiga prb perihal jalan seorang perempuan yg baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat);
  118. semut gatal nak gonggong gunung bagaimana dunia takkan sunyi prb perbuatan yg bukan-bukan;
  119. di mana semut mati kalau tidak dlm gula = mati semut kerana gula prb manusia itu akan tertipu dgn pujuk rayu;
  120. umpama semut mempersembahkan paha belalang kpd raja prb pemberian yg amat sedikit
  121. hilang sepuh nampak senam prb sesudah terbuka rahsia, diketahui kejahatan (kekurangannya)
  122. senduk dan periuk (belanga) lagi berhantuk (berlaga) prb suami isteri (kaum keluarga dll) ada kalanya berselisih juga;
  123. senduk berdegar-degar nasi habis budi dapat prb kalau membuat pekerjaan kurang hati-hati akhirnya akan mendapat malu;
  124. senduk besar tak mengenyang prb janji sahaja yg banyak dibuat tetapi tidak ditepati;
  125. berani senduk pengedang, air hangat direnanginya prb berani yg membuta tuli;
  126. kulai-balai bagai senduk didukung prb orang yg lemah lembut gerak-gerinya
  127. spt lebah, mulut membawa madu, pantat membawa sengat prb perempuan yg elok parasnya dan manis tutur bahasanya tetapi buruk dan jahat kelakuannya
  128. biar senget jangan tertiarap prb lebih baik rugi sedikit drpd rugi banyak
  129. jangan buat kerbau tanduk panjang sengok ke mana-mana prb jangan ikut campur dlm urusan orang lain
  130. spt sengkalan tak sudah prb sesuatu yg terlalu buruk rupanya
  131. spt gajah dgn sengkelanya prb a) sesuatu hal yg menyusahkan; b) orang besar-besar sekalipun ada juga mendapat kesusahan
  132. senjata makan tuan prb senjata yg dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri
  133. habis manis sepah dibuang prb digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan
  134. bunga disunting perdu disepak buang prb a) seseorang yg gemar akan hak orang tetapi benci akan tuannya; b) perihal anak menantu yg membenci mentuanya
  135. sepasin dapat bersiang prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka;
  136. bersurih bak sepasin, berjejak bak berkik, berbau bak embacang prb mempunyai bukti (tanda) yg sahih bkn sesuatu kejahatan (kesalahan dll)
  137. bagai anak sepat ketohoran prb seseorang yg menunjukkan kemalasannya ketika di rumah orang;
  138. bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas prb a) orang bodoh sekalipun tahu juga memilih apa yg baik utk dirinya; b) orang bodoh yg mendapat kecelakaan kerana berpura-pura bersikap spt orang tahu;
  139. tersendeng-sendeng spt sepat di bawah mengkuang prb orang kecil yg takut dan malu hendak menghampiri orang yg lebih besar dan mulia
  140. bagai sepatung mandi = selama sepatung cebok prb menyatakan waktu yg sebentar sekali
  141. sepesan anak beranak, anaknya beranak (menggigit) pula prb cepat sekali berkembang biak
  142. kuat sepit kerana kempa prb orang yg menjadi kuat dlm sesuatu perkara kerana ada yg menolong atau menyokongnya dr belakang
  143. hilang sepuh tampak senam prb ketahuan kejahatannya (sesudah terbuka rahsianya);
  144. spt emas baharu disepuh prb peri keelokan seseorang perempuan
  145. gulai lampau serai, tentu maung prb sesuatu yg berlebihan (perbuatan, percakapan, dll) itu akan mendatangkan keburukan;
  146. serumpun bagai serai, selubang bagai tebu prb muafakat sekali, seia sekata
  147. gulai lampau serai, tentu maung prb sesuatu yg berlebihan (perbuatan, percakapan, dll) itu akan mendatangkan keburukan;
  148. serumpun bagai serai, selubang bagai tebu prb muafakat sekali, seia sekata
  149. ikan biar dapat, serampang jangan pokah prb maksud biar tercapai tetapi jangan kerugian

  1. sudah bongkok jangan serangguh prb jangan dibesar-besarkan sesuatu yg buruk.
  2. ada biduk, serempu pula prb tidak puas dgn apa yg ada
  3. memanjat terkena seroda prb perihal orang yg mendapat bahaya kerana nafsunya sendiri
  4. menyerodok galas lalu prb menyesuaikan diri dgn pekerjaan
  5. bagai menyesah kain dapat prb memakai barang (biasanya barang pinjaman) dgn sekehendak hati sahaja; bagai cendawan disesah prb perihal pucat lesi (muka dll)
  6. bersesak bagai ular tidur prb perihal orang yg dlm kesempitan (kerana ditagih hutang dll)
  7. tersesak undang kpd yg runcing, tak dapat bertenggang lagi prb habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi
  8. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna prb sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis
  9. bersesal-sesalan bagai Batak lari prb tuduh-menuduh sesama sendiri;
  10. dikatakan berhuma, lebar sesapan di halaman prb kekayaan (keberanian, kegagahan, dll) seseorang itu tentulah ada bukti-buktinya (tidak boleh dipercayai khabar sahaja)
  11. jangan disesar gunung berlari, hilang kabut tampaklah dia = ke mana gunung disesar hilang kabus tampak juga prb sesuatu perkara yg telah tentu itu tidak perlu digopoh-gopohkan sangat (hendaklah sabar mengerjakannya)
  12. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan prb jika tidak boleh dicapai persetujuan dlm sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya;
  13. sesat surut, terlangkah kembali prb membaiki kesalahan yg telah dilakukan;
  14. kelarai sesat taja prb sesuatu kesilapan yg memang salah dr mulanya lagi
  15. drpd bersahabat dgn orang yg bodoh, baik berseteru dgn orang yg berakal prb tidak ada sesuatu pun yg boleh didapati drpd orang bodoh tetapi drpd orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita
  16. sia-sia hutang tumbuh prb jika terlalu berani membuat sesuatu, akhirnya hutang akan bertimbun;
  17. sia-sia negeri alah prb pekerjaan yg dilakukan dgn kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian
  18. gentar siak prb sifat orang siak jika terkejut lalu gaduh (gempar atau kecoh)
  19. sial bercampur malang prb kehidupan orang yg sangat sengsara (segala yg dihajati tidak diperoleh);
  20. bagai menjenguk jerat sial prb pergi ke sesuatu tempat tetapi utk sebentar sahaja, orang yg gemar berjalan-jalan
  21. bagai siamang kurang kayu prb bersusah hati kerana ketiadaan keperluan sehari-hari
  22. siang berpanas malam berembun = malam berselimut embun, siang bertudung awan prb perihal orang yg melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga;
  23. murai berkicau hari siang prb sesuatu yg sudah terang dan nyata;
  24. takkan sebab ayam seekor mengetahui hari siang prb sesuatu pekerjaan yg dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yg tidak suka;
  25. spt bulan kesiangan hari prb muka yg pucat benar
  26. siapa yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa
  27. siar bakar berpuntung suluh prb sesuatu perkara itu boleh diputuskan setelah cukup bukti dan keterangannya
  28. sigai dua segeragai prb perkara yg ada sangkut pautnya dgn perkara yg lain;
  29. enau mencari sigai prb perempuan mencari lelaki
  30. disigai sampai ke langit = tinggi di sigai besar diterbang prb dicari atau diselidiki dgn sedaya upaya
  31. silang berpangkal, kerja berjunjung = silang berpangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat
  32. silap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja prb memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk padahnya;
  33. silap mata, pecah kepala prb kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana
  34. pandai makan tak pandai simpan prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia
  35. singgung mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll)
  36. singkap daun, ambil isi prb berkata-kata dgn terus terang (tidak berbelit-belit);
  37. singkat diulas, panjang dikerat prb yg kurang hendaklah ditambah sedangkan yg lebih hendaklah dikurangkan;
  38. singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat prb tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati;
  39. senteng dibilai, singkat diulas prb yg kurang ditambah dan yg pendek disambung;
  40. biar sipi asal jangan tepat (sesat) prb a) biarlah rugi sedikit asalkan jangan rugi banyak; b) jika sudah mengalami susah (rugi dll) hendaklah diikhtiarkan supaya jangan terlampau sangat
  41. siput memuji buntut prb sifat memuji diri sendiri;
  42. tak tahu akan siput empuk prb orang yg terlalu bodoh
  43. kalau tak sir berdegak, sir melayang prb jika barang yg diinginkan tidak diperoleh maka hilanglah daya upaya
  44. sirih naik, junjungan naik prb mendapat untung dan bahagia silih berganti;
  45. sirih naik, junjungan patah prb baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula;
  46. sirih pulang ke gagang prb kena pd tempatnya;
  47. sirih berlipat datang sendiri prb a) beroleh keuntungan dgn mudah; b) mendapat orang yg dicintai dgn tidak bersusah payah;
  48. ada sirih hendak makan sepah prb ada yg baik hendakkan yg buruk;
  49. seikat bagai sirih, serumpun bagai serai prb orang yg bermuafakat benar-benar (seia sekata);
  50. umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit barulah memanjat ke pucuk junjung prb tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya
  51. disisih bagai antah prb a) diasingkan dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur kerana miskin
  52. kurang sisik, tinggal lidi di buku, kurang selidik tinggal kaji di guru prb kalau kurang hati-hati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya;
  53. minta sisik pd limbat prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin dapat
  54. spt gerup dgn sisir prb perihal dua orang yg sangat mesra pergaulannya (tidak boleh diceraikan)
  55. sokong membawa rebah prb orang yg dipercayai itu sendiri yg berkhianat kpd kita
  56. hendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran
  57. spt aur ditarik songsang prb pekerjaan atau perkara yg sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan
  58. biarlah alah sabung, menang sorak prb biarlah harta habis asal hati puas;
  59. dulu sorak kemudian tohok prb menggembar-gemburkan sesuatu pekerjaan yg belum pasti (terjadi, terbukti)
  60. sorok di balik lumbung prb menyembunyikan sesuatu hal yg mudah atau sudah diketahui orang;
  61. sorok hilang-hilang, memakan habis-habis prb jika mengerjakan sesuatu pekerjaan rahsia hendaklah pandai-pandai benar menyimpannya;
  62. sementara sorok, ekor habis prb perihal seseorang yg malang nasibnya
  63. tahan jerat sorong kepala prb hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka
  64. hidung tak mancung pipi tersorong-sorong prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjolkan diri
  65. suarang diagih, sekutu dibelah prb jika dua orang suami isteri bersetuju bercerai harta pencarian bersama dibagi dua dan harta pembawaan dipulangkan kpd kaum masing-masing
  66. telinga rabit dipasangkan subang, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan cincin prb canggung sekali
  67. bak gadis baru (jolong) bersubang prb orang hina papa atau miskin yg menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan atau kekayaan;
  68. sungguh bersubang tidak berdara prb wanita yg sungguhpun berpakaian elok tetapi buruk juga kelakuannya
  69. sudah tidak disudu oleh angsa, baharu diberikan kpd itik prb barang yg tiada berguna kpd orang kaya (mulia) itu barulah diperoleh orang miskin (hina)
  70. sudu-sudu di tepi jalan, dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya prb orang cerdik atau pendekar yg tidak dapat ditewaskan
  71. mahal dibeli, sukar dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh;
  72. orang sukar baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan)
  73. yg sesukat tak akan jadi segantang prb untung nasib tidak dapat diubah-ubah
  74. bersukat darah, bertimbang daging prb berlawan bermati-matian; telah penuh sbg bersukat prb sudah habis kesabarannya
  75. suku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih prb orang sesuku sehina semalu (hina seorang hina semuanya, malu seorang malu semuanya);
  76. dekat mencari suku, jauh mencari hindu prb mencari pertalian keluarga, menyusur-galur
  77. bukannya bersuluhkan batang pisang, bersuluhkan bulan matahari prb sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dll)
  78. sumbing melalui, retak melampaui garis prb kesalahan yg amat besar;
  79. sumbing menitik patah mengimpal prb barang yg dipinjam kalau rosak hendaklah dibaiki
  80. lurus sumpit hendak mengena = lurus-lurus sumpit prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri
  81. sumur digali air terbit prb hasil yg didapati lebih drpd yg diharap-harapkan;
  82. sumur (di) tepi jalan prb perempuan yg tidak senonoh kelakuannya (perempuan lacur);
  83. bagai sumur (di) tepi rawa = bagai bersumur (di) tepi rawa prb orang yg selalu cemburu
  84. kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil-kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil
  85. ke sungai sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan
  86. surat atas batu prb sesuatu adat yg terus dipakai selama-lamanya
  87. bagai bertandang ke surau prb perihal bertandang ke rumah orang yg tidak memberi apa-apa kpd tetamunya, tidak mendapat apa-apa
  88. susu di dada tak dapat dielakkan prb nasib seseorang itu tidak boleh ditolak (baik atau jahat);
  89. air susu dibalas dgn air tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan;
  90. spt susu dgn sakar prb a) dua hal yg bersetujuan benar; b) aturan yg masih tetap berlaku dan dipakai
  91. jual sutera, beli mastuli prb kehilangan yg berharga, mendapat yg lebih baik (lebih berharga);
  92. spt sutera dlm lukisan prb sesuatu yg sudah bagus beroleh darjat atau tempat yg bagus pula
  93. syak fasik, yakin soleh, batu jadi juadah prb jangan banyak sangka, bekerja dgn yakin kerana dgn keyakinan sahaja maksud akan tercapai

No comments: