Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

19 April 2012

Peribahasa Dewan (R)

  1. telinga rabit dipasang subang, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan cincin prb pemuliaan kpd yg tidak patut dimuliakan
  2. sehabis rabuk sehabis putaran prb kerja selesai wang pun habis;
  3. spt rabuk dgn api prb mudah terjadi perkara yg kurang baik kalau didekatkan (jika gadis didekatkan dgn teruna)
  4. tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan prb orang yg biasa bercampur dgn orang yg berakal itu susah hendak dikalahkan
  5. jikalau air racun, rembesnya pun racun juga prb jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga
  6. bagai dirahap kain basah prb dingin sejuk badan kerana melihat (mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri;
  7. meraih pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana;
  8. meraih pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri;
  9. malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd untung (nasib)
  10. raja adil raja disembah, raja tak adil raja disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci;
  11. siapa pun menjadi raja tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga;
  12. spt raja dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal;
  13. tak ada (tiada) raja menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati
  14. rajuk pd yg kasih (sayang) prb barang kehendak janganlah yg mustahil (hendaklah mana yg mungkin)
  15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian prb bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang
  16. ramai beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama
  17. rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan;
  18. bagai rambut dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil);
  19. spt bergantung pd (di) rambut sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya;
  20. spt menghela rambut dlm tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya
  21. gelagah boreh rambutan jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak prb perihal nasib yg malang seseorang yg berbuat spt orang lain tetapi tidak beroleh faedah (spt orang lain)
  22. ranap petulang, ijuk penebal prb pencarian tambahan selain gaji (tetap)
  23. tampak ranggas tak akan meleting prb perihal mengetahui bahawa seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau penakut
  24. rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendanai prb harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat;
  25. rantau jauh tidak terulangi, rantau dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg sangat tua yg tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan bergalah hanyut serantau prb kalau malas berusaha bencanalah akibatnya;
  26. teluknya dalam, rantaunya sakti prb sukar dialahkan
  27. di mana ranting dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya;
  28. ingat ranting yg akan melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg akan mengait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan
  29. rapat sambil belayar prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;
  30. turutkan rasa binasa, turutkan hati mati prb perihal orang yg menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya binasa juga;
  31. yg dimakan rasa, yg dilihat rupa, yg didengar bunyi prb melihat sesuatu menurut keadaannya yg terbukti dan sudah dipersaksikan
  32. gar-gar kata pelantar, rasuk juga yg menahannya prb kita tidak boleh mendengar cakap orang yg tidak bertanggungjawab
  33. ratap petolong ijuk penebal prb penghasilan tambahan (bukan penghasilan sbg pokok penghidupan)
  34. harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam prb kerana hendak hidup dgn kemewahan habis harta benda
  35. dapat tebu rebah prb mendapat untung; sokong membawa rebah prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri
  36. rebung tidak jauh dr rumpun prb perangai anak hampir sama dgn perangai orang tuanya;
  37. rebung tak miang, bemban pula miang prb orang yg bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut campur;
  38. tatkala lagi rebung tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya prb mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi;
  39. berebut rampas bertanda beti prb semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah cukup buktinya
  40. rendah di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat
  41. berendam sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba kekurangan)
  42. termakan cirit rendang prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai orang
  43. retak batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll);
  44. retak-retak bulu ayam prb mudah didamaikan (perselisihan dll);
  45. retak menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi besar; b) hanya tinggal menantikan timbulnya malapetaka yg lebih besar (pergaduhan, kematian, dll);
  46. retak pertujuh Mn prb perasaan hati yg hancur (kerana tersangat merindu);
  47. bukan di retak panas prb Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan);
  48. rezeki elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain
  49. riak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya)
  50. bak kambing rega serial prb perihal orang yg tidak senonoh kelakuannya (tidak tentu kedudukannya, bercakap ke sana sini dgn cakap yg tidak ada ertinya);
  51. jikalau tiada rial di pinggang, saudara yg rapat menjadi renggang prb jikalau sudah miskin, orang pun tidak menyukai kita lagi
  52. tak ada ribut masakan daun bergoyang prb tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu perkara
  53. ringan sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ringan sejinjing prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama mengerjakan sesuatu; ringan tulang berat perut prb siapa yg rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki
  54. untung sbg roda pedati prb nasib manusia berubah-ubah (yg miskin menjadi kaya, yg kaya menjadi miskin)
  55. rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok
  56. ada rotan ada duri prb ada kesenangan tentu ada kesusahannya;
  57. bagai rotan, asal berinsang dicucuk sahaja prb perihal orang yg tidak memilih pekerjaannya (perbuatannya);
  58. kerat rotan patah arang prb putus pertalian (perhubungan) yg tidak dapat disambung (didamaikan) lagi;
  59. tiada rotan akar pun berguna (jadi) prb kalau tidak ada yg baik sekali, yg kurang baik pun berguna juga
  60. merajukkan air di ruang, hendak karam ditimba juga prb marah yg tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kpd kita
  61. bertemu (berjumpa) ruas dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ruas prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal);
  62. terhentak ruas ke buku prb Mn hilang akal;
  63. tinggi terbawa oleh ruas nya prb perihal seseorang yg masih bodoh walaupun tubuhnya besar
  64. rugi menentang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk mendapat sesuatu yg dikehendaki
  65. rumah buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek;
  66. rumah gedang ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa bahagia kpd suami;
  67. rumah gedang bersendi perak prb orang bangsawan dan kaya pula;
  68. rumah sudah, tukul (pahat) berbunyi prb mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan;
  69. dalam rumah membuat rumah prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja dgn orang lain;
  70. diseluduki bawah rumahorang berluluk kepala = masuk ke bawah rumah orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu;
  71. memperlihatkan rumah buruk kpd orang maling prb mempertontonkan rahsia sendiri kpd orang;
  72. tiada berorang di rumah prb perihal seorang perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi
  73. alah di rumpun betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di rumpunnya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya
  74. rumput mencari kuda prb perempuan yg mencari laki-laki;
  75. bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai ke kaki tangga prb kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar;
  76. embun di hujung rumput prb sesuatu yg mudah hilang atau tidak tetap;
  77. ibarat rumput yg sudah kering, ditimpa hujan segar kembali prb perihal orang yg sengsara yg dgn tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga hidupnya terasa sangat berbahagia;
  78. terhenti-henti bagai rumput di tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu prb perihal kehidupan yg melarat;
  79. runcing tanduk bangkah kening prb sudah terkenal kejahatannya
  80. runding banyak nan ka disebut prb jika banyak berembuk akan dicapai keputusan
  81. langit runtuh bumi cair = langit runtuh bumi telah terban prb kehilangan orang tempat menumpang hidup
  82. rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati prb terlalu susah hendak mengubah tabiat;
  83. rupa harimau hati tikus prb nampaknya gagah berani tetapi sebenarnya penakut;
  84. bagai rupa orang terkena beragih prb muka masam kerana rugi dll (ketika berbagi barang-barang syarikat);
  85. indah khabar dr rupa prb khabar selalunya lebih baik drpd keadaan sebenarnya
  86. jika tidak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagu prb tidak akan tercapai cita-cita dgn tidak berusaha kuat;
  87. awak yg payah membela ruyung, orang lain yg beroleh sagunya prb kita yg berusaha dan bersusah payah tetapi orang lain yg mendapat faedahnya

08 April 2012

Peibahasa Dewan (P3)


1.            satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka prb a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya
2.            pipit berperang dgn garuda prb orang kecil melawan orang besar;
3.            pipit bukan seeekor, jagung bukan sebatang prb jawaban utk menolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan;
4.            pipit hendak jadi enggang prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan;
5.            pipit meminang anak enggang prb orang kecil (hina) hendak meminang anak orang besar (mulia);
6.            pipit pekak makan berhujan prb sangat rajin;
7.            pipit menelan jagung prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya akhirnya akan mendapat kesusahan;
8.            pipit sama pipit, yg enggang itu sama enggang juga = pipit sama enggang mana boleh terbang bersama prb a) perjodohan atau persahabatan akan sempurna kalau sama darjat; b) bergolong-golong mengikut taraf atau darjat masing-masing;
9.            pipit tuli makan berhujan, tak dihalau padi habis, hendak dihalau kain basah prb serba salah utk menyelesaikan pekerjaan yg sulit (jika diteruskan pun berbahaya);
10.        pipit yg makan padi, merbah terbawa rendong prb orang lain yg mendapat kesenangan, orang lain yg menanggung akibatnya
11.        pisang ditanam tak berjantung prb usaha yg tidak memberi hasil yg dimaksudkan;
12.        pisang masak separak prb satu keluarga yg hidup berbahagia;
13.        pisang sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama prb sahabat (keluarga dll) yg hidup setia dan sentiasa bertolong-tolongan;
14.        pisang tak akan berbuah dua kali prb sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pd masa akan datang:
15.        bagai rasa batang pisang prb amat sejuk (badan);
16.        bukan budak-budak makan pisang prb seseorang yg tidak mudah ditipu atau diperdayakan;
17.        mencari pisang gala tiada butir Kl menunggu ketibaan sesuatu yg tidak munasabah;
18.        mendapat pisang terbuka (terkubak) prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah;
19.        mengenalkan diri bagai pisang lebat prb beroleh bencana kerana keangkuhan diri;
20.        menopang pisang yg tak berbuah prb mengerjakan sesuatu yg tidak memberi hasil
21.        berapakah tajam pisau parang, tajamlah lagi mulut manusia prb kata-kata seseorang itu lebih tajam drpd senjata;
22.        bermain pisau luka prb seseorang yg melakukan kejahatan akan merasakan akibatnya;
23.        spt pisau raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul prb kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan pertolongan orang lain;
24.        tajam pisau kerana diasah prb jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar
25.        pitis habis, keinginan tiba prb keinginan (kemahuan dll) datang setelah jatuh miskin;
26.        pitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb a) keadaan yg serba salah; b) keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian
27.        ada angin ada pohonnya = hujan berpohon, panas berasal prb segala perkara itu ada sebab-sebabnya (asal mulanya);
28.        bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar, sebab baluhan kulit ada di batangnya prb orang yg bersahabat dgn orang jahat (walaupun ia drpd orang besar) akhirnya rosak juga;
29.        spt pohon beringin ditiup angin prb menentang kekerasan orang tanpa berlemah-lembut
30.        potong hidung rosak muka prb membuat sesuatu yg tidak baik kpd keluarga sendiri akhirnya dia juga yg mendapat malu (kesusahan)
31.        tercencang potong tergerak andilau prb Mn jika menyindir (memusuhi dll) orang, mungkin sanak saudara orang itu turut sakit hati
32.        tercencang puar tergerak andilau prb Mn jika menyindir (memusuhi dll) orang, mungkin sanak saudara orang itu turut sakit hati
33.        pucat lesi bagai ayam kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit
34.        pucuk dicita ulam tiba = hendak ulam pucuk menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharapkan;
35.        bagai pucuk (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya;
36.        lebih pucuk lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah);
37.        menghendaki pucuk alu = minta pucuk pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat;
38.        sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang;
39.        spt pucuk dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya),
40.        spt pucuk eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendirian sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut);
41.        tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa memandang rendah kpd orang lain);
42.        umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi
43.        pukat terlabuh ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia
44.        pukul anak sindir menantu prb lain orang yg dimarahi, lain orang pula tujuan kata-katanya; pukul anjing tak pandang mata tuannya prb orang yg terdesak hilang takutnya; kena pukul di punggung, gigi habis tanggal prb sindiran itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindiran bagi seseorang akan mengenai orang ramai)
45.        spt pungguk merindukan bulan dikatakan kpd orang yg sangat rindu pd kekasihnya
46.        punggur rebah belatuk menumpang mati prb jika orang yg jadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya pun akan merasai akibatnya;
47.        bagai punggur rebah prb keadaan seseorang yg gemuk jatuh
48.        puntung berasap prb sesuatu yg mustahil;
49.        puntung sekerat penyiar rimba prb orang seorang banyak anaknya;
50.        dibakar melilit puntung prb orang yg tidak membiarkan godaan nescaya dia membalas;
51.        jangan puntung berasap jua prb perselisihan yg telah selesai jangan ada ekor-ekornya lagi supaya keadaan tenang kembali;
52.        mengambil puntung pemukul kepala prb kebaikan dibalas dgn kejahatan;
53.        padam menyala tarik puntung prb barang di mana mati di situlah ditanamkan;
54.        selembap-lembap (selemau) puntung di dapur, ditiup menyala juga prb sesuatu pekerjaan jika dilakukan dgn sungguh-sungguh lambat-laun berhasil jua;
55.        tarik puntung padamlah bara prb berbuat sesuka hati kerana tidak ada bahaya lagi
56.        sekali membuka (mengorak) pura dua tiga hutang terbayar prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai
57.        getikkan puru di bibir prb tidak dapat membenci anak isteri (keluarga) yg buruk kelakuannya;
58.        orang yg puru gatal tubuhnya nescaya menggaru juga kerjanya prb sesuatu perbuatan yg jahat itu lambat laun nampak juga oleh orang
59.        pusat jala pumpunan ikan prb orang yg jadi tempat memulangkan sekalian hal ehwal dlm sesuatu kaum (sesuatu pekerjaan)
60.  putih dikejar, hitam tak dapat = lepas putih, hitam tak dapat prb baik-baik dlm kesenangan dan pekerjaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia;
61.  putih di luar kuning di dalam prb perihal orang yg kelihatan baik pd lahirnya tetapi jahat di dlm hatinya;
62.  putih kapas boleh dilihat, putih hati berkeadaan prb putih atau lurus hati seseorang itu dapat dilihat pd keadaannya (tingkah lakunya);
63.  belum tentu hitam putihnya prb belum tentu keputusan sesuatu perkara;
64.  (ber)putih tulang, jangan (ber)putih mata = lebih baik (ber)putih tulang drpd (ber)putih mata lebih baik mati drpd menanggung malu;
65.  suruh putih hitam datang prb kemuliaan yg dikejar kehinaan yg diperoleh
66.  putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu prb bercerai atau mati isteri boleh diganti, bercerai atau mati seorang kaum keluarga tidak dapat diganti;
67.  putus kata dimulanya, (putus gayung di belebas) prb sesuatu hal diputuskan dgn menilik asalnya;
68.  putus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak prb kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan oleh sebab sesuatu kemalangan);
69.  putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba prb perihal seseorang yg kematian suaminya (bercerai dgn taulan yg diharap)
70.  bagai puyuh laga prb percakapan yg tidak habis-habis;
71.  mati puyuh hendakkan ekor prb menghendaki sesuatu yg mustahil didapati;
72.  sembunyi puyuh sembunyi puyuh, kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg tidak patut dan menyangka tidak diketahui orang perbuatannya padahal semua orang mengetahui;
      73. spt puyuh mahu yg betina drpd yg jantan prb perihal isteri yg berusaha keras mencari 
          penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja)