Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

22 February 2012

Peribahasa Dewan (M)

1. mabuk di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali;


2. spt orang mabuk gadung prb sangat pucat


3. madu satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun madu juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga;


4. dlm madu berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat;


5. di luar bagai madu , di dlm bagai hempedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis;


6. laut madu berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya


7. mahal dibeli, sukar dicari = mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta prb sesuatu yg sangat sukar diperoleh


8. nikah Maharaja Boma prb nikah tanpa belanja


9. makan hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg karib (spt sahabat, suami, dll);


10. makan upas berulam racun prb hidup dlm kesusahan;


11. sudah makan bismillah prb tidak menurut aturan, terbalik;


12. telah habis maka dimakan prb berhemat cermatlah dlm semua perkara;


13. tempat makan jangan diberaki prb jangan membuat sesuatu yg tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan (pertolongan dll);


14. tidak makan siku-siku prb cakap seseorang yg berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya);


15. harum semerbak mengandung mala prb orang yg dipuji-puji kerana jasanya tetapi jasanya itu diperolehnya dgn jalan yg tidak baik


16. bagai makan buah si malakamo, dimakan mati ibu, tak dimakan mati bapak prb dlm keadaan serba salah (sama ada dibuat atau tidak, pekerjaan itu tetap akan mendatangkan bencana)


17. malam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut prb hendaklah kita menurut adat istiadat negeri yg kita tumpangi


18. malang celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan hilang pula;


19. malang tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui sebelumnya;


20. malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari


21. malang bertanya, sesat jalan = malang berdayung, perahu hanyut = malang makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan;


22. malang kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh


23. mambu kelatnya menjadi ubat prb sesuatu barang dianggap tidak berguna, ada kalanya boleh mendatangkan faedah


24. laksana manau, seribu kali embat haram tak patah prb sesuatu yg sangat kuat dan teguh;


25. spt maksud manau = maksud bagai maksud manau prb cita-cita yg tidak mungkin dicapai;


26. spt mengilang manau prb suatu masalah yg sangat sukar


27. hidung tak mancung pipi tersorong-sorong prb suka ikut campur dlm urusan orang lain


28. bagai mandi dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi;


29. alang-alang (mati-mati) mandi biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan


30. bagai emak mandul baru beranak prb sangat gembira kerana mendapat sesuatu yg sangat diidam-idamkan


31. ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya


32. bagai manik putus pengarang (tali) prb perihal air mata yg bercucuran


33. manikam sudah menjadi sekam prb tidak berguna (berharga) lagi;


34. adapun manikam itu jika dijatuhkan ke dlm limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya prb orang yg berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada;


35. mengembalikan manikam ke dlm cembulnya prb memikirkan kembali apa-apa yg telah diucapkan


36. manis spt gula derawa = manis laksana gula sarawak = manis spt gula jawa prb bersesuaian dlm semua hal (spt suami isteri yg sama elok dll);


37. habis manis sepah dibuang prb seseorang atau sesuatu yg dihargai hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang (atau ditinggalkan);


38. lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb yg nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan yg nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak);


39. rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka prb jangan terlalu mesra bergaul dgn orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat


40. mara jangan dipukat, rezeki jangan ditolak prb bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari-cari;


41. mara hinggap, mara terbang enggang lalu ranting patah prb perihal seseorang yg dituduh melakukan sesuatu kesalahan pd hal dia tidak melakukan kesalahan itu


42. makan masak mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram;


43. masak buah rumbia prb perihal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh);


44. masak di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat;


45. masak malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentukan tetapi kemudiannya berubah pula


46. masam bagai nikah tak suka prb berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya


47. belum tahu dimasin garam prb masih belum mempunyai pengalaman;


48. garam kami tidak masin padanya prb perkataan kami tidak dipedulikan


49. masuk lima keluar sepuluh prb belanja yg lebih besar drpd penghasilan;


50. masuk sarang harimau prb terperosok ke dlm suatu bahaya besar


51. mata memandang apa hendak sakit, bahu memikul timpa perasaan = berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul prb walau bagaimana susah pun seseorang melihat kesusahan yg ditanggung orang lain, tetapi lebih susah orang yg menanggung kesusahan itu;


52. mata tidur bantal berjaga prb perihal perempuan yg melakukan kejahatan pd waktu suaminya percaya betul padanya;


53. hilang di mata, di hati jangan prb walaupun telah jauh tetapi janganlah melupakan orang yg ditinggalkan;


54. jadi mata telinga prb orang yg jadi harapan dan yg selalu memberi pertolongan;


55. kerana mata buta, kerana hati mati prb perihal orang yg menurutkan hawa nafsunya akhirnya mendapat kesusahan;


56. silap mata pecah kepala prb kalau kurang hemat dlm sesuatu pekerjaan yg berbahaya tentu akan mendapat kesusahan;


57. tentang mata dgn mata prb berhadapan satu sama lain


58. matahari itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan;


59. bagai menentang matahari prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya menyusahkan kita juga;


60. jangan ditentang matahari condong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpedaya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya;


61. menengadah (menentang) matahari prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll)


62. mati anak berkalang bapak, mati bapak berkalang anak prb anak dan bapa mestilah tolong-menolong pd masa kesusahan;


63. mati dicatuk katak prb orang yg berkuasa dikalahkan (dihina) oleh orang yg lemah;


64. mati gajah tiada dapat belalainya, mati harimau tiada dapat belangnya prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu menyembunyikan dan menghilangkannya;


65. mati ikan kerana umpan, mati saya kerana budi prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau dgn budi baik;


66. mati-mati berdakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan);


67. mati tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk melakukan sesuatu dan tidak akan mengumpat atau menyesal kemudiannya;


68. kita semua mati tetapi kubur masing-masing prb lain orang lain fikirannya;


69. spt orang mati, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak prb seseorang yg daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia


70. mayang menolak seludang prb orang yg melupakan jasa orang yg memeliharanya sejak kecil;


71. seludang menolak mayang prb memegah-megahkan diri.


72. spt mayang ditegakkan prb kurus kering serta sangat pucat


73. spt melukut di tepi gantang prb a) tidak dapat menolong sebab dirinya sendiri susah; b) seseorang yg dipandang ringan oleh orang lain sebab tiada berkuasa


74. alah menang tak tahu, bersorak boleh prb tidak masuk campur dlm perlawanan (perbantahan dll);


75. alah sabung (main), menang sorak prb biarpun kalah, cakap besar juga


76. mencit seekor penggada seratus prb berhadapan dgn musuh yg banyak;


77. benci akan mencit rengkiang disunu prb sebab takut akan bahaya yg kecil dibuang keuntungan yg besar


78. spt batang mengkudu, dahulu buah drpd bunga prb menganggap sudah menguasai atau memiliki sesuatu perkara atau barang yg belum tentu dapat dikuasai atau diperoleh.


79. spt mentimun dgn durian prb perlawanan yg tidak berpadanan (spt orang yg lemah atau bodoh berlawan dgn orang yg berani atau pintar dll)


80. memegang buntut meong bp tidak mendapat apa-apa


81. di luar merah, di dlm pahit prb janganlah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg busuk


82. merawal memulang bukit, cerana menengah kota prb sudah jelas sekali seseorang hendak mengemukakan sesuatu permohonan;


83. kita di pangkal merawal , dia di hujung merawal prb Mn tanggungan kita lebih berat drpd tanggungannya


84. merpati dua sejoli ki sepasang orang yg sedang berkasih-kasihan;


85. jinak-jinak merpati ki perempuan yg kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak


86. habis miang kerana bergeser prb hilanglah ketakutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan;


87. rebung tak miang , bemban pula miang prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat kesukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri


88. licin kerana minyak berminta prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam


89. minum serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah prb seseorang yg sangat bersusah hati


90. minyak dgn air adakah bercampur prb orang yg bermusuhan atau yg tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu;


91. minyak duyung perendang duyung = minyak kita juga yg digorengkannya prb seseorang telah berbuat budi atau kebaktian kpd seorang raja atau orang kaya dgn menggunakan kekayaan orang itu sendiri;


92. minyak habis sambal tak enak prb kekecewaan dlm perjodohan anak dgn menantu;


93. licin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang prb sindiran utk merendahkan seseorang yg angkuh atau sombong kerana harta atau barang yg dipinjam;


94. memasukkan minyak tanah prb menyalakan marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat;


95. sesudah arang-arang hendak minyak pula prb sesudah mengotorkan nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dgn orang itu


96. minyak biar lecak = mati-mati minyak biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sampai pd akhir kesudahannya;


97. minyak tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung


98. biar miring asalkan jangan tertelungkup prb tidak mengapa rugi sedikit asalkan jangan habis semua sekali


99. misai bertaring bagai panglima, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja yg hebat dan garang, tetapi pengecut;


100. spt misai pulang ke bibir prb kembali ke tempat asalnya


101. biar miskin asal cerdik terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd kekayaan;


102. hidup dua muara prb hidup dgn dua pencarian atau penghidupan


103. mudah jua pd yg ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin segalanya susah


104. belum tentu hilir mudiknya prb belum tentu keputusan atau kesudahan sesuatu perkara;


105. di mudik sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg kukuh;


106. ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu maksud atau niat hendaklah tentu tujuannya;


107. tiada dibawa orang sehilir semudik prb dipulaukan drpd masyarakat


108. muka bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu;


109. muka berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan;


110. muka licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak hutang;


111. buruk muka, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan;


112. mengambil muka prb membuat-buat laku baik atau manis supaya disayangi orang;


113. tarik muka dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal


114. mulut bagai ekor ayam dihembus prb seseorang yg mulutnya tidak berhenti-henti berkata-kata;


115. mulut bau madu, pantat bawa sengat prb orang yg manis mulutnya tetapi hatinya jahat;


116. mulut disuapi pisang, pantat dikait dgn onak prb bermuka-muka manis tetapi di belakang diumpat atau dibuatkan pekerjaan yg mendatangkan bahaya dll;


117. mulut hang lebih drpd gedembai = mulut kamu harimau kamu, mengerkah (batu) kepala kamu prb perkataan kamu juga yg membinasakan diri kamu;


118. mulut manis jangan percaya, lepas dr tangan jangan diharap prb jangan percaya kpd orang yg manis perkataannya dan barang atau wang yg dipinjamkan kepadanya jangan diharap akan dapat kembali;


119. mulut manis mematahkan tulang prb jika seseorang disuruh dgn lemah lembut nescaya sukalah hatinya dan pastilah ia bekerja dgn sehabis-habis upayanya;


120. mulut satu lidah bertopang prb orang yg jahat hati itu perkataannya lain drpd hasrat hatinya;


121. gula di dlm mulut prb sesuatu barang yg telah dlm milik kita;


122. manis mulutnya bercakap spt santan manisan, di dlm bagai empedu prb perkataan yg lemak manis biasanya berisi tipu semu di dalamnya;


123. terlepas dr mulut buaya, masuk ke mulut harimau prb terhindar drpd kemalangan kecil lalu menghadapi kemalangan yg lebih besar


124. menjilat muntah sendiri prb apa yg telah ditolak (dicacat) diterima lagi


125. murah di mulut, mahal di timbangan prb banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya;


126. makin murah makin menawar prb seseorang yg telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berkehendak lebih lagi (telah memperoleh kesenangan ia berkehendakkan kesenangan yg lebih)


127. musang berbulu ayam prb orang jahat yg menyamar sbg orang baik;


128. musang terjun lantai terjungkat prb a) ada tanda-tanda yg boleh jadi keterangan dlm sesuatu perkara; b) tempat yg dimasuki pencuri ada juga sesuatu alamatnya


129. musuh dlm selimut prb musuh yg sangat dekat atau yg ada dlm lingkungan sendiri;


130. musuh jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan prb musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut