Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

28 January 2012

Peribahasa Dewan (J)

1. spt jajap berpaling hendak hilir prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebatnya serta menarik.

2. siapa jala siapa terjun prb siapa yg ingin sesuatu dialah yg harus berusaha;

3. jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas prb adat istiadat dlm suatu negeri diubah oleh orang asing yg menempat di situ (suatu keaiban);

4. jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak prb kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan santun;

5. jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa prb orang yg berani itu tidak membilang lawan atau memilih perbuatan;

6. jalan raya titian batu prb adat atau aturan yg telah lazim dr dahulu dan belum berubah-ubah;

7. jalan spt orang berak di tengah jalan prb sindiran kpd orang yg pemalu;

8. sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang prb hal orang yg maju ke muka utk mencapai cita-citanya;

9. seiring bertukar jalan prb mempunyai haluan (tujuan) yg berbeza;

10. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu prb seorang hanya boleh ditipu sekali sahaja;

11. sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan prb kalau berbuat salah pd peringkat akhir hendaklah disusul kembali kpd asalnya;

12. laksana janda baru bangun tidur prb perempuan yg sangat menarik hati orang laki-laki;

13. spt janda belum berlaki prb orang yg pesolek lagi pemalu;

14. jangat liat kurang panggang prb keras hati, tidak dapat diajari;

15. tinggal jangat pemalut tulang prb sangat kurus;

16. jangkau sehabis tangan prb berusaha dgn bersungguh-sungguh (utk mencapai maksudnya)

17. janjang naik, bertangga turun prb menurut darjatnya masing-masing, menurut peraturan yg biasa.

18. janji sampai bilangan genap = janji sampai sukatan penuh prb sudah sampai ajal;

19. adat diisi, janji dilabuh prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yg telah dibiasakan (diadatkan)

20. jarak serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan

21. jaras dikatakan raga jarang prb orang yg mencela orang lain padahal diri sendiri ada celanya juga.

22. jari laksana duri landak ki jari yg cantik;

23. jari spt susun sirih ki jari yg lentik

24. jarum halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus;

25. bagai tuntung jarum dilaga prb tidak tetap (lekas berubah, rosak, dll);

26. lulus jarum, lulus kelindan prb kalau kehendak pertama itu tercapai, kehendak-kehendak lain akan menurut;

27. mengadu hujung jarum prb melakukan sesuatu pekerjaan yg sangat sulit;

28. mengenakan (memasukkan, menjalankan) jarum halusnya prb melakukan tipu daya secara halus utk mencapai sesuatu maksud;

29. jatuh (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab (tidak) diminta (diharapkan);

30. biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas (terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih baik drpd dipecat;

31. busuk berbau, jatuh berdebuk prb kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang juga;

32. sudah jatuh ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturut-turut;

33. jauhari juga yg mengenal manikam prb hanya orang yg bijak sahaja yg mengetahui tentang keelokan ilmu.

34. mencari jejak dlm air prb mengerjakan pekerjaan yg sia-sia

35. dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam prb mengatur sesuatu (pekerjaan dll) supaya berhasil baik

36. jemur sementara hari panas prb kesempatan yg baik itu janganlah dilepaskan;

37. meski ke langit akan jemur, kalau hari tak panas tak juga kering prb kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan beruntung juga;

38. cakapan sejengkal dibawa sehasta prb perkara yg kecil diperbesar-besarkan;

39. yg sejengkal tiada dapat jadi sehasta prb kalau nasib sudah tidak baik, betapa pun diusahakan tentu tidak akan berjaya

40. spt jentayu menantikan hujan prb orang yg sangat rindu akan sesuatu (kekasih dll)

41. jerat semata bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan;

42. jerat serupa jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan;

43. bagai menjenguk jerat sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa melakukannya juga;

44. menahan jerat di tempat genting prb mencari keuntungan drpd kesusahan (penderitaan) orang lain;

45. terpasang jerat halus prb dikenakan tipu muslihat;

46. tahan jerat sorong kepala prb hendak mencelakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka

47. jerih menentang boleh, rugi menentang laba prb memberi pertolongan kerana ingin mendapat pertolongan (keuntungan dll) pula

48. terjerit-jerit bagai kucing biang prb perempuan yg tiada malu bercakap dgn suara keras

49. jilat tapak tangan ki sesuatu (benda dll) yg diharap-harapkan, tetapi tidak didapatinya;

50. sudah diludah, dijilat kembali prb sudah dicela (dibuang) dipuji (dipungut) kembali

51. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis prb harus beringat-ingat sebelum terlambat

52. ringan sama dijinjing, berat sama dipikul prb tolong-menolong antara satu sama lain (baik dlm kesenangan mahupun dlm kesusahan)

53. jiwa raga ki daya usaha yg sungguh-sungguh:

54. dia mengorbankan seluruh jiwa raganya utk membesarkan anak-anaknya;

55. jiwabergantung di hujung rambut prb dlm keadaan yg sangat berbahaya;

56. bertukar jiwa dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan

57. menjolok sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya;

58. yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga

59. jong pecah yu kenyang prb dlm keadaan kacau (huru-hara) tentu ada orang yg mendapat keuntungan;

60. dr jong turun ke sampan prb (orang yg) turun pangkatnya (kedudukannya);

61. sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga prb orang yg tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan.

62. jual petai hampa = jual tangkai cangkul sekah = jual tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong;

63. dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan;

64. gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah;

65. adat juara kalah menang prb dlm setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi);

66. bersahabat dgn juara; selilit benang bulang tahu juga prb kalau bercampur dgn orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula

67. menjunjung sangkak ayam prb Mn mendapat malu;

68. dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu prb hukuman (aturan, perintah) yg sangat berat dan keras;

69. kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek prb lebih mementingkan kerja orang lain drpd kerja sendiri

19 January 2012

Peribahasa Dewan (I)