Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

01 April 2011

Bentuk Soalan

1. Aspek peribahasa mula diperkenalkan dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu mulai tahun 2004. Aspek ini ditekankan dalam kertas Bahasa Melayu I dalam soalan Pengetahuan dan kemahiran Bahasa iaitu pecahan soalan 3(e).

2. Walau bagaimanapun penggunaan peribahasa turut ditekankan dalam soalan Kertas II iaitu penulisan karangan. Calon-calon SPM dikehendaki menyelitkan peribahasa atau kata-kata hikmat atau cogan kata menarik dan sebagainya untuk membolehkan calon mendapat peringkat 'Cemerlang' dalam penulisan karangan.

3. Markah yang diperuntukan untuk soalan 3(e) ini ialah sebanyak 6 markah.

4. Bentuk soalan yang dikemukakan adalah dalam empat bentuk, iaitu sama ada;
i. membina ayat dengan menggunakan peribahasa yang dikemukakan,
ii. mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai,
iii. menyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat atau petikan yang diberikan, dan
iv. memberikan maksud peribahasa seperti yang diberikan dalam soalan.