W
- habis waktu kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal
- ada wang abang sayang, tak ada wang abang paya (payah) = ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang prb orang yg disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja;
- setali tiga wang prb sama sahaja keadaannya (halnya)
- warta dibawa pikat dan langau sl perkhabaran yg belum sah, khabar angin
- bagai wau putus teraju prb putus harapan dan berserah kpd nasib;
- laksana wau melawan angin prb membuat pekerjaan yg tidak mungkin terkerjakan
Y
- kepala yu ekor pari prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah)
Z
1. zaman beralih, musim bertukar prb sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah)
1. zaman beralih, musim bertukar prb sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah)