Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

26 February 2011

Perumpamaan

Perumpamaan



A



319 (Bagai) abu di atas tunggul [Sesuatu keadaan yang tidak tetap)



320 (Seperti) anai-anai bubus [Menunjukkan betapa ramainya manusia dalam sesuatu perhimpunanl



321 (Seperti) anak ayam kehilangan ibu [Akibat perceraian, orang yang ditinggalkan kehilangan pemimpin atau ibu bapa]



322 (Seperti) anjing bercawat ekor [Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah]



323 (Seperti) anjing berebut tulang [Orang tamak yang berebutkan bana]



324 (Bagai) anjing buruk kepala [Orang jahat yang dibenci oleh masyarakat]



325 (Seperti) anjing dengan kucing [Dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu]



326 (Seperti) anjing diketuk kepala, menjungkit ekornya [Berbuat baik bukan dengan orang yang sepatutnya, mengada-ngadalah dia]



327 (Seperti) anjing menggonggong tulang [Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain]



328 (Seperti) api dalam sekam [Kejahatan yang berlaku secara diam-diam]



329 (Bagai) aur atas bukit [Menyerahkan diri kepada nasib]



330 (Seperti) aur dengan tebing [Hidup tolong-menolong antara satu dengan lain/saling bergantung antara satu sma lain]



331 (Seperti) ayam berak kapur [Tubuh yang kelihatan letih dan lesu]



332 (Bagai) ayam dibawa ke kepuk [Mendapat rezeki]



333 (Bagai) ayam disambar helang [Orang yang hilang dengan tiba-tiba]



334 (Bagai) ayam mengeram telur [Muka menjadi merah]



335 (Seperti) ayam patuk anaknya [Menghukum anak bukan bertujuan untuk menyeksa, tetapi untuk membaiki kelakuan si anak]



336 (Bagaimana) acuan begitulah kuihnya / Bagaimana rupa begitulah bayangnya [Seseorang anak akan mengikut tingkah laku bapanya]





B



337 (Bagai) balak terendam [Orang gemuk yang malas bengerak]



338 (Bagai) bajak wangkang makan berangkat [Orang yang gemar dipuji]



339 (Seperti) batu jatuh ke lubuk [Hilang lenyap]



340 (Seperti) Belanda minta tanah [Apa yang diambil lebih banyak danipada apa yang diminta]



341 (Seperti) belangkas [Dua orang yang terlalu rapat perhubungannya dan tidak boleh dipisahkan]



342 (Bagai) beliung dengan asahan [Tidak pernah benpisah]



343 (Seperti) belut pulang ke lumpur [Orang yang pulang tempat asalnya setelah puas menrantau]



344 (Bagai) kain tiga hasta [Orang miskin yang serba tidak mencukupi]



345 (Bagai) bertepuk sebelah tangan [Perasaan kasih sayang yang datang daripada sebelah pihak sahaja]



346 (Seperti) beruk berayam [Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu]



347 (Bagai) berumah di tepi tebing [Selalu dalam kebimbangan]



348 (Seperti) bertih digoreng [Bunyi pertuturan yang sangat petah]



349 (Seperti) budak sapu hingus [Orang yang mendapat malu dalam sesuatu majlis]



350 (Seperti) bulan dengan matahari [Sudah sepadan benar]



351 (Seperti) bulan dipagari bintang [Seorang gadis yang cantik, dikelilingi pula oleh gadis-gadis cantik yang lain akan kelihatan lebih cantik lagi gadis itu]



352 (Bagai) bulan jatuh ke riba [Mendapat untung banyak]



353 (Bagai) bulan penuh purnama [Keadaan atau wajah yang begitu cantik)



354 (Bagai) buluh ditarik songsang [Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki]



355 (Bagai) bumi dengan langit [Perbezaan yang terlalu besar]



356 (Bagai) bunga raya kembang pagi [Menggambarkan orang yang berkulit putih, mukanya selalu merah]



357 (Umpama) bunga mekar dipakai, layu dibuang [Perasaan kasih yang tidak kekal yang boleh bertukar benci apabila ada kekurangan]



358 (Seperti) buntal kembung [Seseorang menjadi malas akibat terlalu kenyang]



359 (Bagaimana) bunyi gendang, begitulah tarinya [Bagaimana perintah, begitulah yang dituruti dan bagaimana aksi begitulah reaksinya]



360 (Seperti) burung gagak pulang ke benua [Orang yang baru pulang dan merantau, tetapi perangainya seperti dahulu juga]



361 (Umpama) burung, mata terlepas, badan terkurung [Keadaan hidup seseorang yang berada dalam kawalan orang lain walaupun diberi kebebasan]





C



362 (Bagai) cacing gila [Perempuan yang suka bertandang dan berpergian]



363 (Bagai) cacing kena air panas [Selalu gelisah kerana susah, sakit, malu, dan lain-lain]



364 (Bagai) cembul dapat tutupnya [Sesuai benar]



365 (Seperti) cicak makan kapur [Mendapat malu dalam sesuatu majlis kerana kesalahan sendiri]



366 (Seperti) cincin dengan permata [Pasangan yang amat sesuai dan sepadan]





D





367 (Bagai) dakwat dengan kertas [Tidak pernah bercerai atau sangat padan]



368 (Bagai) denai gajah lalu [Tidak boleh menyembunyikan sesuatu perkara yang besar]



369 (Bagai) dihiris dengan sembilu [Rasa sakit dan pedih hati]



370 (Umpama) duduk di atas daun [Seseorang yang sentiasa gelisah dan tidak tenteram]



371 (Bagai) duri dalam daging [Sesuatu hal yang tidak menyenangkan hati]



372 (Umpama) durian dengan mentimun, menggolek binasa, kena golek pun binasa [Orang yang lemah tidak berdaya untuk menentang orang yang berkuasa dan menerima kerugian]





E



373 (Bagai) emak mandul baru beranak [Gembira atau kasih-sayang yang terlalu amat]



374 (Seperti) elang menyongsong angin [Kehebatan rupa seseorang]



375 (Seperti) emas baru disepuh [Keelokan seseorang perempuan]



376 (Seperti) embun di atas daun [Niat yang selalu berubah-ubah]



377 (Seperti) embun di hujung rumput [Sesuatu yang tidak kekal, lama-kelamaan akan hilang juga]



378 (Seperti) enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing [Orang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain]





G



379 (Bagai) gagak menggonggong telur [Perempuan hodoh yang berpakaian cantik]



380 (Bagai) galah di tengah arus [Menggigil atau selalu berkeluh-kesah]



381 (Bagai) gelegar buluh [Bercakap besar]



382 (Bagai) gelombang dua belas [Kehebatan langkah seorang pendekarl



383 (Seperti) gergaji dua mata [Orang yang menjadi orang tengah atau pesuruh kepada dua pihak, akhirnya mendapat keuntungan daripada kedua-dua pihak itu]



384 (Seperti) gunting makan di hujung [Orang yang kata-katanya tajam, tetapi tidak terasa akan ketajamannya kerana dia bijak menyusun kata-kata]





H



385 (Seperti) halilintar membelah bumi [Menunjukkan bunyi yang sangat kuat]



386 (Seperti) harapkan pagar, pagar makan padi [Mengharapkan orang menolong kita, tetapi orang itu pula yang merosakkan kita]



387 (Seperti) harimau menunjukkan belangnya [Orang yang berkuasa atau berani menunjukkan kelebihannya]



388 (Bagai) haruan makan anak [Perbuatan bapa yang sanggup menganiaya anak sendiri]



389 (Seperti) helang menyongsong angin [Kehebatan seorang hulubalang di tengah gelanggang ketika menghunus pedangnya atau melawan musuh]



390 (Bagai) hempedu lekat di hati [Perhubungan yang sangat akrab]



391 (Seperti) hujan jatuh ke pasir [Berbuat baik terhadap seseorang yang tidak tahu membalas budi]





I



392 (Seperti) ikan dalam belat [Menunjukkan sesuatu tempat itu terlalu sesak]



393 (Seperti) ikan kena tuba [Penduduk di sesuatu tempat atau kampung mendapat kemalangan secara beramai-ramai]



394 (Seperti) ikan pulang ke lubuk [Orang yang berdagang pulang ke tempat asalnya atau ke kampung halamannya]



395 (Seperti) isi dengan kuku [Perhubungan yang sangat erat, tidak boleh dipisahkan]



396 (Seperti) itik mendapat air [Terlalu gembira kenana mendapat barang yang digemari]



397 (Bagai) itik pulang petang [Benjalan dalam keadaan berlenggang atau lambat]





K



398 (Bagai) kaca jatuh ke batu [Perasaan hati yang remuk-redam atau hancur luluh kerana terlalu kecewa]



399 (Bagai) kacang direndang [Menunjukkan bunyi atau letupan yang berturut-turut]



400 (Seperti) kacang lupakan kulit [Orang yang tidak tahu mengenang budi]



401 (Seperti) kaduk naik junjung [Orang yang susah, tetapi mengada-ngada apabila mendapat pertolongan daripada orang lain]



402 (Seperti) kaduk kena siram air tahi [Orang yang tidak berguna dalam masyarakat, tetapi bertambah bilangannya]



403 (Bagai) kambing dihalau ke air [Memaksa seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak disukainya]



404 (Seperti) kambing dimandikan pagi [Orang yang sangat malas melakukan sesuatu pekerjaan]



405 (Bagai) kapak naik peminangan [Perbuatan yang tidak sesuai dengan adat dan jika dibuat juga akan kelihatan ganjil]



406 (Bagai) katak di bawah tempurung [Orang yang kurang pengetahuan dan sempit pemikirannya]



407 (Seperti) katak kena simbah air [Orang yang tidak dapat menjawab sesuatu soalan]



408 (Bagai) keli kena ketuk / keli dalam lubang [Onang yang suka bersungut tetapi tidak tahu apa yang disungutkannya[]



409 (Seperti) kera dapat bunga [Orang yang mendapat sesuatu barang, tetapi tidak tahu bagaimana hendak menggunakan barang itu]



410 (Seperti) kera sumbang [Takut atau malu hendak bencampur dengan orang]



411 (Bagai) kelip-kelip terbang malam [Rahsia yang tidak dapat disembunyikan]



412 (Seperti) kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu [Hidup miskin dan melarat]



413 (Seperti) kerbau dicucuk hidung [Orang yang mengikut sahaja suruhan orang lain]



414 (Seperti) kerbau runcing tanduk [Orang jahat yang terkenal akan kejahatannya]



415 (Seperti) ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menyuruh orang lain berbuat baik, tetapi diri sendiri tidak betul]



416 (Laksana) kijang ditambat dengan rantai emas sekalipun jika terlepas ke hutan juga perginya [Orang yang ditawan oleh pihak musuh, jika dilayan dengan baik sekalipun, sekiranya terlepas akan pulang ke negerinya semula]



417 (Seperti) kucing berakkan rambut [Keadaan orang yang terlalu susah atau sakit]



418 (Seperti)kucing dengan panggang [Lelaki dengan perempuan tidak boleh dibiarkan bergaul bebas. Jika dibiarkan juga alamat akan berlaku sesuatu yang buruk]



419 (Seperti) kucing dibawakan lidi [Menunjukkan ketakutan yang amat sangat]



420 (Bagal) kucing kehilangan anak [Kehilangan akal atau binggung]



421 (Seperti) kucing miang [Terlalak-lalak membuat bising pada waktu tengah malam]



422 (Laksana) kulit udang terbakar [Kulit yang berkeadaan merah]



423 (Seperti) kumbang putus tali [Berasa gembira kerana baru terlepas daripada seksaan] 424 (Seperti) kunyit dengan kapur [Sesuatu yang amat bersesuaian atau kena pada tempatnya]



425 (Seperti) kura-kura di atas dahan [Orang yang bodoh apabila menghadapi kesusahan tidak tahu berikhtiar untuk melepaskan diri daripada kesusahan itu]





L



426 (Seperti) langau di belakang gajah [Orang yang terlalu manja dengan seseorang tentulah akan selalu sahaja berdamping dengan orang itu]



427 (Seperti) lebah mengumpulkan madu [Orang yang rajin bekerja dan tekun berusaha, akhirnya akan terlaksana cita-citanya]



428 (Seperti) lebah kasihkan telurnya [Kasih sayang yang amat sangat sehingga tidak boleh berpisah lagi]



429 (Umpama) lebah, mulut membawa madu, buntut membawa sengat [Perempuan yang elok rupanya tetapi berperangai jahat]



430 (Bagai) lesung dengan antan [Dua orang yang secocok dan bersesuaian]



431 (Seperti) Limau masam sebelah [Hukuman yang tidak adil]



432 (Seperti) lipas kudung [Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja]





M



433 (Bagai) melepaskan anjing tersepit [Menolong orang yang tidak tahu berterima kasih]



434 (Bagai) melepaskan batuk di tangga [Membuat sesuatu kerja, tetapi tidak pernah selesai]



435 (Seperti) melukut di tepi gantang [Manusia yang merasakan dirinya tidak penting kepada orang lain kerana tidak memiliki apa-apa kuasa atau tidak dapat menghulurkan pertolongan kerana dirinya sendiri susah]



436 (Bagai) menarik rambut dalam tepung [Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati]



437 (Bagai) menatang minyak yang penuh [Memelihara anak dengan penub kasih sayang]



438 (Bagai) mencencang air [Melakukan pekerjaan yang tidak berfaedah]



439 (Bagai) mencurah air di daun keladi [Menasihati seseorang, tetapi tidak memberi sebarang kesan]



440 (Bagai) mendukung biawak hidup [Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita]



441 (Bagai) menghitung bulu kambing [Pekerjaan yang sia-sia]



442 (Bagai) menjenguk jerat sial [Singgah ketempat jagaannya, tetapi tidak memberi perhatian yang bersungguh-sungguh]



443 (Bagai) murai tercabut ekor [Penempuan yang suka bercakap banyak]





P



444 (Bagai) pahatdengan pemukul (Orang yang hanya membuat kerja apabila diawasi atau disuruh]



445 (Bagai) panas mengandung hujan [Tertawa dalam kesusahan]



446 (Bagai) pancang digoncang arus [Pendirian yang tidak tetap]



447 (Bagai) parang buruk, tali sabut tidak tergolok [Tidak berkuasa melakukan pekerjaan kerana terlalu lemah]



448 (Seperti) pinang dibelah dua [Pasangan yang sama cantik dan sama padan]



449 (Seperti) pinang pulang ke tampuk [Pasangan yang bercerai kemudian berbaik semula atau orang yang merantau akhirnya pulang ke kampung halaman atau sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya]



450 (Seperti) pipit menelan jagung [Orang yang kurang berada mahu menyamakan kedudukannya dengan orang kaya, kelak dirinya mendapat kesusahan]



451 (Umpama) pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri [Orang yang mempunyai kuasa dan harta kekayaan serta bebas melakukan sesuatu mengikut kehendak hatinya]



452 (Bagai) pucuk dilancarkan [Menunjukkan sesuatu yang amat pantas]



453 (Seperti) pungguk rindukan bulan [Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya, tetapi gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya]



454 (Bagai) punggur rebah [Keadaan apabila orang gemuk terjatuh]



455 (Bagai) puyuh laga [Percakapan yang tidak pernah habis]





R



456 (Bagai) rambut dibelah tujuh [Terlalu sedikit]



457 (Seperti) rumput di tepi jalan [Kehidupan yang melarat]



458 (Bagai) rotan, asal berinsang dicucuk belaka [Tidak memilih makanan atau pakaian]



459 (Seperti) rusa masuk kampung [Onang yang tidak pernah pergi ke bandar akan tercengang-cengang kehairanan apabila tiba di bandar]





S



460 (Seperti) sampah hanyut [Orang hina yang tidak dihiraukan lagi oleh orang lain]



461 (Bagai) si buta kehilangan tongkat [Orang yang dalam kesusahan apabila ditimpa kesusahan yang lain, maka bertambah susahlah dia]



462 (Seperti) si buta mendapat tongkat [Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat]



463 (Bagai) si kudung mendapat cincin [Beroleh keuntungan, tetapi tidak dapat merasakan keuntungan itu]



464 (Bagai) sirih pulang ke gagang [Pulang ke tempat yang sepatutnya]







T



465 (Bagai) tanduk bersendi gading [Dua orang atau benda yang amat bensesuaian, jika disatukan akan menjadi padanan yang cantik]



466 (Seperti) tebu di mulut gajah [Sesuatu yang digemari dan apabila diperoleh tidak akan dilepaskan]



467 (Bagal) telur di hujung tanduk [Dalam keadaan yang amat genting silap sedikit sahaja boleh jadi rosak binasa]



468 (Bagai) tikus jatuh ke beras [Orang yang telah memperoleh kekayaan, tetapi tidak akan menceritakan bagaimana dia memperoleh kekayaan itu kepada orang lain]



469 (Bagai) tikus membaiki labu [Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda, tetapi cuba membaikinya hingga benda itu menjadi bertambah rosak]





U



470 (Seperti) udang dibakar [Kulit yang putih bertukar menjadi kemerah-merahan akibat kepanasan]



471 (Seperti) udang tahi di kepala [Orang yang bodoh atau dibebani dengan hutang]



472 (Seperti) ular kena palu [Keadaan sesuatu yang bengkang-bengkok tidak lurus]



473 (Seperti) uar lidah bercabang [Kata-kata yang tidak boleh dipercayai]



474 (Bagai) ulat nangka terhempas ke batu [Tidak pernah serik]



475 (Bagai) umang-umang [Orang yang suka berpakaian cantik walaupun pakaian itu bukan kepunyaannya]



476 (Bagai) unta menyerah diri [Orang lurus dan bodoh yang selalu menjadi mangsa orang yang cerdik]





W



477 (Laksana) wau melawan angin [Kehendak orang besar atau orang yang berkuasa tidak dapat dihalang oleh orang yang lemah]



478 (Bagai) wau putus tali [Berserah kepada nasib sahaja kerana sudah tidak mampu berusaha]

Bidalan

Bidalan


A


479 Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]


480 Alur bertempuh, jalan berturut [Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim]



B


481 Batu yang selalu bergoek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]


482 Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai [Lebih baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman]


483 Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]


484 Berbuat di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]


485 Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang [Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain]


486 Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu]


487 Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]


488 Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap]


489 Berkaul pada keramat [Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya]


490 Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian]


491 Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]


492 Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]


493 Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai [Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan lakukannya sampal selesai]


494 Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan namun masih bercakap besar]


495 Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati (Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia]


496 Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]


497 Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil (Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah]


498 Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak)


499 Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat]


500 Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]


501 Biar luka di dada, jangan luka di belakang [Biar kalah selepas berlawan daripada kalah kerana melarikan diri]


502 Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]


503 Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang [Biar mati mempertahankan kehormatan daripada mati dalam kehinaan]


504 Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan danipada mati kerana membuat kejahatanl


505 Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]


506 Biar penat badan, asalkan hati suka [Seronok membuat sesuatu kerja walaupun kerja itu susah]


507 Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]


508 Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit danipada rugi banyak]


509 Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak)


510 Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja]


511 Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]


512 Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat [Sesuatu masalah dapat diatasi jika pihak-pihakyangterlibat bersedia untuk berunding]



C


513 Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]


514 Cicir dipungut, hilang dicari [jangan melakukan pembaziran]



D


515 Dalam berselam, cetek bertimba [Sesuaikan sesuatu dengan keadaan]


516 Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik berseteru dengan orang berakal [Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang yang bodoh]


517 Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]


518 Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]


519 Daripada hidup bercermin bangkai, Iebih balk mati berkalang tanah [Lebih baik mati danipada hidup menanggung malu dan kehinaan]


520 Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang [Pendapat ramai lebih baik daripada pendapat individu]



E


521 Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]


522 Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnyal



G


523 Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? [Sesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semula]


524 Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang]


525 Genggam bara api biar sampa jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekenjaan itu sehingga benjaya]



H


526 Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala khtiar barulah berserah kepadaTuhan]


527 Habis alur maka beralu-alu [Jika persetujuan tidak dapat dicapal melalui rundingan, barulah gunakan paksaan]


528 Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang tidakakan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]


529 Hempas tulang berisi perut [Hidup akan senang jika rajin bekerja]


530 Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai [Hendak mempelajari sesuatu bidang, belajarlah dengan orang yang mahir dalam bidang itu]


531 Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]


532 Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada kita]


533 Hujan tidak sekali jatuh, simpai tidak sekali erat [Sesetengah pekerjaan tidak mungkin dapat diselesaikan sekali gus]



I


534 Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]



J


535 Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]


536 Jalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah [Berhati-hati dalam semua perkara]


537 Jangan bagai orang patah selera, banyak makan [Pura-pura tidak mahu tetapi dalam hati sangat suka]


538 Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [angan sombong apabi ia mendapat sesuatu kelebihan]


539 Jangan berebutkan tembikar pecah [Jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya]


540 Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]


541 Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orĂ ng lain]


542 Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]


543 Jangan dibiarkan sampai naik ke mata [Sesuatu perkara yang tidak balk jangan dibiarkan sampal melampaul batas]


544 Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]


545 Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]


546 Jangan difikir bengkok tebu, bengkok pula manisnya [Jangan disangka bahawa idea yang dikemukakan oleh orang yang jahat itu tidak baik]


547 Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]


548 Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus, genting [Perbuatan yang tidak baik (jahat) jangan dibiasakan]


549 Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]


550 Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapkan sesuatu kalau tidak cukup syarat]


551 Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]


552 Jangan puntung berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, Jangan diungkit-ungkitkan lagi]


553 Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]


554 Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]


555 Jika takut kamu dibenci orang, jangan kamu memerintah [Jika menjadi ketua, akan ada orang yang membenci kita]


556 Jikalau menampi, jangan tumpah padinya [Berhati-hati apabila memilih sesuatu supaya tidak terbuang apa-apa yang baik atau berguna]


557 Jikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan [Perkara yang tidak dapat kita selesaikan, janganlah kita kusutkan]



K


558 Kail panjang sejengkal,jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan]


559 Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan]


560 Kalau pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya [Kerja yang dimulai jangan dibiarkan terbengkalai]


561 Kerana sabut tebal, tempurung pun jadi kebal [Hidup akan senang jika kita banyak mempunyai kawan]


562 Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik]


563 Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila bendepan dengan masalah, carilah puncanya]



L


564 Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan [Jangan cepat percaya akan kata-kata manis orang dan jangan pula cepat menyanggah kata-kata kesat orang]


565 Lembu dogol jangan dibalun [Jangan mengganggu orang yang tidak melawan kerana jika dia melawan berbahaya]



M


566 Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]


567 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]


568 Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing, hendaklah melakukan perkara yang benguna dan tidak membuang masa begitu sahaja]


569 Mengais hendaklah berkuku [Hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mencari kerja]


570 Mengambil contoh kepada orang yang sudah mengambil tuah kepada yang menang [Mengambil teladan yang baik daripada pengalaman lalu ketika membuat sesuatu kerja]



N


571 Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]


572 Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang jika kita berjimat cermat]



O


573 Ombak yang kecil jangan ditidakkan [Jangan mengabaikan perkara yang kecil]


574 Orang tempang jangan dicela, ingat-ingat hari belakang [Jangan mencela kesusahan yang dihadapi oleh orang lain kerana nasib diri sendiri tidak diketahui bentuknya]



P


575 Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita]


576 Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita tidak akan tercapal jika malas berusaha]


577 Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]


578 Pukul anjing tengok-tengok tuannya [Benhati-hati sebelum melakukan sesuatu]



S


579 Sampah jangan ditendang disepak [Jangan menghina orang yang miskin]


580 Sarang tebuan jangan dijolok [angan sengaja mencari kesusahan)


581 Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]


582 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan]


583 Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan


584 Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaanl


585 Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan]


586 Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang]


587 Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan]


588 Sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terhempas [Hendaklah mengkaji sesuatu kerja dengan teliti dari awal sampai akhir supaya dapat dilakukan dengan selamat dan sempurna]



T


589 Tak boleh dibaiki, jangan dipecahkan [Jika kita tidak tahu membuat sesuatu, jangan menghalang orang lain untuk mencubanya]


590 Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]


591 Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya]


592 Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya]


593 Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil]


594 Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampal landak ditendang [Jangan hina orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]


595 Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]


596 Tertumbuk biduk diketokkan, tertumbuk kata difikiri [Kalau kita bertemu dengan jalan buntu ketika mengerjakan sesuatu, hendaklah kita cari jalan lain untuk mengatasinya]



Y


597 Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana]

598 Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]

Pepatah

Pepatah


A


599 Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]


600 Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]


601 Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]


602 Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh [Di mana-mana sahaja kita tinggal, akan ada rezeki kita]


603 Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul]


604 Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat]


605 Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau [Seseorang yang ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah]


606 Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya]


607 Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga]


608 Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]


609 Air beriak tanda tak dalam [Banyak bercakap tanda tiada berilmu]


610 Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]


611 Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja]


612 Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbelanja tanpa perhitungan]


613 Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala senang dan kadangkala susah]


614 Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga [tidak berfaedah mencampuri pergaduhan antara suami isteri atau sanak-saudara orang kerana setelah mereka berbaik-baik, kita akan diketepikan]


615 Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan [Memperbesar perkara yang kecil]


616 Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Onang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut]


617 Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]


618 Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian]


619 Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama]


620 Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]


621 Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai)


622 Alang-alang mandi biar basah / Alang-alang berminyak biar licin [Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai]


623 Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya]


624 Anak baik menantu molek [Mendapat untung baik yang datang berganda-ganda]


625 Anak harimau jangan dibela pelihara [Orang yang jahat jangan dibuat kawan]


626 Angin berputar, ombak bersahut [Perkara yang amat sulit]


627 Angguk bukan, geleng ya [Lain di mulut, lain di hati]


628 Anjing bercawat ekor [Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya]


629 Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga [Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali-sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu]


630 Anjing galak, babi berani [Bertemu lawan yang sepadan, berani sama berani, kuat sama kuat]


631 Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong]


632 Anjing itu, jika dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang [Orang yang tamak dan tiada perasaan malu tidak akan menghiraukan nama baiknya]


633 Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis [Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu yang akan menghadapi kesukaran]


634 Apa payĂ hnya menaupkan bibir atas bawah [Banyak berjanji tetapi tidak ditepati]


635 Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada [Cukup mempunyai segala yang diperlukan]


636 Arang habis besi binasa [Pekerjaan yang sia-sia]


637 Asal berinsang ikanlah [Tidak memilih pekerjaan, makanan, atau perempuan]


638 Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]


639 Ayam baru belajar berkokok [baru cukup umur]


640 Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan]


641 Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya]


642 Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang [Nasib yang malang]


643 Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang yang hina dalam masyarakat]


644 Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam [Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya]


645 Ayam terlepas, tangan bau tahi [Orang yang melakukan kejahatan akhirnya akan mendapat malu]




B



646 Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]


647 Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya [Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu di lakukan]


648 Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh [Berasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh]


649 Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam [Melakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan]


650 Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa itu]


651 Bakar air hendakkan abu [Membuat pekerjaan yang mustahil]


652 Balik belakang lain bicara [Mungkir janji]


653 Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? [Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai]


654 Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam [Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang tidak sama]


655 Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas ke tangan orang lain]


656 Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup [Belum banyak untungnya sudah berbelanja besar]


657 Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak mernulakan sesuatu sudah berhadapan dengan pelbagai masalah]


658 Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaimana diajar sekalipun tidak akan pandai]


659 Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga [Lelaki yang belum cukup umur sudah mahu beristeri]


660 Baung di bawah bangkar [Bunyi orang bersungut tetapi tidak jelas hujung pangkalnya]


661 Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya dia akan pandai juga]


662 Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang [Orang yang arif dan rajin]


663 Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembiral


664 Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum ada keputusan]


665 Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya]


666 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian [Merempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan]


667 Beranak tidak berbidan [Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiri]


668 Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar]


669 Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya]


670 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah]


671 Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua orang yang setaraf dan sepadan]


672 Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian]


673 Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik semula]


674 Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui orang]



675 Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan mendatangkan kerugian]


676 Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang]


677 Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji]


678 Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang sama-sama handal]


679 Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain juga yang beruntung]


680 Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]


681 Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar [Lebih besar belanja daripada pendapatan]


682 Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]


683 Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak lagi ditakuti oleh orang bawahannya]


684 Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung]


685 Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya untuk berbuat baik]


686 Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu pekerjaan ta adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat]


687 Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan]


688 Bunga disunting, perdu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci mentuanya]


689 Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah padam kerana marah akan sesuatu]


690 Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan masyhur dan menjadi sebutan di mana-mana]


691 Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan isterinya, tidak mahu menjenguknya lagi]


692 Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya]


693 Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi rancangan untuk menggunakannya telah dibuat]


694 Busut juga yang ditimbuni anai-anai [Orang yang sememangnya kaya bertambah kaya]



C


695 Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi]


696 Cacing menelan naga [Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat berkahwin dengan anak gadis orang bangsawan]


697 Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar [Orang yang cakapnya sahaja besar, hasil pekerjaan tiada)


698 Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar]


699 Calak-calak ganti asah, menaniti tukang belum datang [Dipakai untuk sementara waktu sahaja sementara belum ada yang lebih baik]


700 Cari umbut kena buku [Mencari yang baik, mendapat yang buruk]


701 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]


702 Cencaru makan petang [Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yang baik dan lumayan]


703 Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan sebagainya) kepada orang yang dalam kesusahan]


704 Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]


705 Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan mendatangkan basil kelak]


706 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga [Sekiranya seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan turut berasa susah]



D


707 Dada manusia tidak dapat diselami [Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita ketahui]


708 Dalam kilat ada kilau [Dalam percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu maksud yang tersembunyi]


709 Daun mengenalkan pohonnya [Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengenali peribadinya]


710 Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata [Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh]


711 Datang seperti ribut, pergi seperti semut [Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih]


712 Datang tak berjemput, pulang tak berhantar [Tetamu yang tidak pentingi]


713 Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga [tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang lain]



714 Dekat dapat ditunjal, jauh dapatditunjuk [Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya]


715 Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk [Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya]


716 Deras datang dalam kena [Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian]


717 Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat [Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja]


718 Diam penggali berkarat [Ilmu yang disimpan sahaja, lama-kelamaan akan hilang]


719 Dianjak layu, dianggur mati [Keputusan yang tidak dapat diubah lagi]


720 Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kening, direndam tidak basah, ditetak tidak putus [Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras hati atau berkuasa]


721 Dibalik-balik bagai memanggang [Difikirkan semasak-masaknya]


722 Dihujani kering, dijemur basah [Membuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain]


723 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai]


724 Di mana anjing menyalak di situlah biawak memanjat [Jika hendak menyiasat sesuatu kejadian jahat, carilah puncanya di tempat kejadian itu]


725 Di mana kayu bengkok, di situlah musang meniti [Tempat yang tidak dijaga dengan baik akan didatangi pencuri]


726 Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala [Sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin bergantung pada yang kaya]


727 Di mana tumbuh, di situ disiang [Jika tenjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga]


728 Ditelan mati emak, diluah mati bapak [Dalam keadaan serba salah]


729 Dua badan senyawa [Dua orang yang berteguh janji taat setia sehidup semati; sangat karib]


730 Dua kali dua empat [Dua orang yang sama sifat atau perangai]


731 Duduk berkisar, tegak berpaling [Memungkiri apa-apa yang telah dikatakan dahulu]


732 Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat ketua yang adil]


733 Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau [Orang yang pendiam tetapi tangkas bekerja dan berfikir]


734 Dulu besi sekarang timah [Seorang yang telah turun pangkat]



E


735 Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat [Sesuatu yang hendak dilakukan, elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat]


736 Emas berpeti, kerbau berkandang [Harta benda harus disimpan di tempat yang betul supaya selamat]


737 Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali]


738 Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing [Orang yang mementingkan diri sendiri]


739 Enau sebatang dua sigainya [Jika sesuatu pekerjaan mempunyai dua orang ketua, tentu hasilnya tidak menjadi / Seorang isteri yang menduakan suami]


740 Enggang lalu ranting patah [Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan berada di tempat berlakunya jenayah, tentulah dia disyaki walaupun dia tidak melakukannya]


741 Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama [Hubungan, ikatan, atau jodoh yang sama taraf kedudukannya]


742 Esa hilang, dua terbilang [Berusaha dengan sungguh-sungguh dan tidak takut menghadapi risikonya]



G


743 Gagak bensuara murai [Rupanya hodoh tetapi suaranya mendu dan baik budi bahasanya]


744 Gajah berak besar kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan [Seseorang yang berbelanja seperti orang kaya, akhirnya menderita]


745 Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama [Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia]


746 Gajah mati, tulang setimbun [Apabila seseorang jutawan mati, tentu sekali banyak meninggalkan hanta]


747 Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah [Dua pihak yang berkuasa bengaduh, rakyat yang menderita]


748 Gantung tak bertali, salai tak berapi [Seseonang suami yang meninggalkan isteni tanpa memberi nafkah atau menceraikannyal


749 Garam dikulum tidak hancur [Orang yang pandai menyimpan rahsia]


750 Garam jatuh di air [Nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi]


751 Gayung tua, gayung memutus [Kata-kata orang tua biasanya benar dan tepat]


752 Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan [Sesudah kaya atau berpangkat, tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarga sendiri]


753 Geruh tak berbunyi, malang tak berbau [Kemalangan terjadi tanpa diketahui]


754 Getikkan puru di bibir [Susah hendak membenci anak atau isteri sendiri walaupun perangai mereka buruk]


755 Gigi dengan lidah adakala tergigit juga [Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga]


756 Gigi tanggal, rawan murah (Keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi]


757 Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali [Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak ditambah]


758 Guru kencing berdiri, murid kencing berlari [Murid mencontoh kelakuan guru terutama dalam perkara yang tidak baik]



H


759 Hanya air dingin yang dapat memadamkan api [Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan hati yang marah]


760 Hapus panas setahun oleh hujan sehari [Jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit]


761 Harapkan pagar, pagar makan padi [Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu]


762 Hari guruh takkan hujan [Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul orang lain]


763 Harimau mengaum tak makan orang [Orang yang marah-marah sambil bersungut, tidak berniat membenci atau menganiaya orang lain]


764 Harimau menunjukkan belangnya [Orang yang menunjukkan kekuasaan atau keberaniannya]


765 Harimau menyembunyikan kukunya [Orang yang berilmu tidak mahu menunjukkan kebolehannya]


766 Hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai [Tidak berdaya mencapai apa-apa yang dihajati atau dicita-citakan]


767 Hati bak serangkak dibungkus [Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang diingini] 768 Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah [Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit]


769 Hendak harum terlalu hangit [Kerana terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya mendapat malu]


770 Hendak dapat pisang terkupas [Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha]


771 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih [Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan]


772 Hendak terbang tiada bersayap, hendak hinggap tiada berkaki [Seseorang yang tidak berupaya membuat sesuatu]


773 Hilang bahasa lenyap bangsa [Jika sesuatu bahasa itu tidak digunakan lagi bererti bangsanya pun sudah tidak ada / Hilang budi bahasa, hilang darjat diri]


774 Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong [Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya]


775 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah [Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan]


776 Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang [Barang yang buruk tetapi berguna akan disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna dibuang]


777 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [Walau bagaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri]


778 Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung [Orang yang selalu memberikan pertolongan kepada orang lain yang mendapat kesusahan]


779 Hujung lurus pangkal berkait [Orang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak]


780 Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa, nyawa padahnya [Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan kesalahannya]


781 Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati [Budi-baik seseorang tidak dapat dibayar melainkan dikenang selama-lamanya]



I


782 Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka duka [Membuat sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu akhirnya mendatangkan kesusahan]


783 Indah khabar daripada rupa [Keadaan sesuatu yang tidak sama seperti yang digambarkan]


784 Ini hari orang, esok hari kita [Malang sukar ditentukan, oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat]


785 Intan disangka batu kelikir [Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]


786 Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya [Kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan]


787 Itik berenang dalam air mati kehausan [Menderita kesusahan walaupun banyak wang]



J


788 Jauhari juga yang mengenal manikam [Orang yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan sesuatu ilmu]


789 Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa [Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah pengalamannya]


790 Jauh panggang dan api [Jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku] 791 Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya [Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati]


792 Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang [Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu]


793 Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya [Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan]794 Jiwa hergantung di hujung rambut [Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya]



795 Jong pecah, yu yang kenyang [Dalam keadaan huru-hana tentu ada onang yang mendapat keuntungan]


796 Jual sutera beli mastuli [Mendapat ganti yang lebih berharga lagi]



K



797 Kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut [Melakukan sesuatu tanpa membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan]


798 Kain basah kering di pinggang [Keadaan orang yang terlalu miskin]


799 Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang [Pendapatan yang diperoleh cukup untuk sehari sahaja]


800 Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau [Orang yang berketurunan baik, ke mana-mana sahaja dia pergi akan tetap menjadi baik]


801 Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi [Tidak mungkin perselisihan atau percintaan tenjadi daripada satu pihak sahaja]


802 Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar [Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan sebagai milik sendiri]


803 Kalau dicampak bunga takkan dibalas dengan tahi [Budi baik seseorang tidak akan dibalas dengan kejahatan]


804 Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang [Orang yang pandai membawa diri, hidupnya akan selamat]


805 Kalau secupak takkan jadi segantang [Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi]


806 Karam berdua basah seorang [Dua onang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum]


807 Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan [Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi]


808 Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan [Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri tetapi urusan orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama]


809 Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan]


810 Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa [Pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur berdasarkan rupa/ umurnya]


811 Kecil tapaktangan nyiru ditadahkan [Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hati kerana nasihat atau pertolongan orang lain]


812 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? [Sifat seseorang ibu atau bapa sedikit banyak akan turun kepada anaknya]


813 Kena parang bermata dua [Sangat menyakitkan hati (perasaan)]


814 Kepala sama hitam, hati lain-lain [Lain orang, lain fikirannya]


815 Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya [Segala janji yang telah dilafazkan mestilah ditepati]


816 Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal [Sukar menjaga seorang gadis supaya nama baiknya tidak tercemar]


817 Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia [Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata]


818 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [Kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan tidak akan dapat diselesaikan]


819 Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek [Kerja yang disuruh oleh ketua diutamakan daripada kerja sendiri]


820 Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur [Orang yang miskin serta tidak berilmu tiada gunanya di kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya, ada juga faedahnya]


821 Ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri berbuat salah]


822 Ke tengah boleh ke tepi pun boleh [Orang yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana dia berada]


823 Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [Orang yang bijaksana selalu mencapai sesuatu maksud lebih dahulu daripada orang lain]


824 Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi [Orang miskin yang bercakap besar dan berlagak seperti orang kaya]


825 Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan [Kesalahan orang walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendini yang lebih besar tidak disedari]


826 Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari [Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak]


827 Kura-kura hendak memanjat kayu [Melakukan sesuatu yang mustahil]



L



828 Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami sesuatu perkara tetapi masih bertanya lagi]


829 Lain bengkak lain bernanah [Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dipersalahkan]


830 Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati [Manusia mempunyai sifat atau kehendak yang berbeza]


831 Lain lubuk, lain ikannya [Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan]


832 Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh [Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik]


833 Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan [Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan / Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabarannya]


834 Lemak-lemak santan berlada [Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi sindiran yang tajam]


835 Lembah diraih, pantai dititi [Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah atau arahan]


836 Lembu punya susu, sapi dapat nama [Orang lain yang membuat sesuatu pekerjaan, orang lain pula yang mendapat nama]


837 Lembut gigi daripada lidah [Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan diri kerana berhajatkan sesuatu]


838 Lempar batu sembunyi tangan [Membuat sesuatu yang tidak baik kemudian berpura-pura tidak tahu]


839 Lenggang-lenggok bagai cupak hanyut [Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik]


840 Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang [Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya]


841 Lepas bantal berganti tikar [Mengahwini saudara atau ahli keluarga isteri atau suami yang telah meninggal dunia]



842 Luka sudah hilang, parut tinggal juga [Sungguh pun orang yang berselisih faham itu telah berdamai namun peristiwa itu tetap berbekas di hati masing-masing]


843 Lulus jarum lulus kelindan [Kalau kehendak pertama itu tencapai kehendak lain akan tercapai juga]


844 Lurus sumpitan hendak mengena [Tipu muslihat untuk mencani keuntungan bagi diri sendiri]



M



845 Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih [Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan mencuba untuk mendapatkan dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai alasan akan diberikan]


846 Makan hati berulam jantung [Perasaan sedih yang amat sangat]


847 Makan keringat orang [Mengecap kesenangan dengan cara memeras orang lain]


848 Makin murah makin menawar [Seseorang yang telah dituruti kehendaknya, berkehendakkan lebih lagi]


849 Malu jika anak harimau menjadi anak kambing [Tidak patut anak orang baik-baik menjadi jahat]


850 Malu bertanya sesat jalan [Kalau tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat kejayaan]


851 Manikam itu kalau jatuh ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya [Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya]


852 Mara jangan dicari, rezeki jangan ditolak [Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari tetapi jangan pula menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan]


853 Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah [Disebabkan takut akan bahaya yang kecil, keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi]


854 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]


855 Masuk telinga kanan keluar telinga kiri [Nasihat dan pengajaran yang tidak diterima]


856 Melentur aur/buluh biarlah dan rebungnya [Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi kerana apabila sudah besar, susah hendak mendidiknya]


857 Meludah ke langit, timpa atas batang hidung sendiri [Memburukkan keluanga sendiri, diri sendiri juga yang malu]


858 Membasuh arang yang terconteng di muka [Menghilangkan aib]


859 Membeli kerbau di padang [Melakukan sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu]


860 Memberakkan periuk nasi sendiri [Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat kita bekerja]


861 Membesarkan kerak nasi [Berbelanja lebih dan membazir]


862 Membujur lalu melintang patah [Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau dugaan]


863 Memulangkan paku buah keras [Membangkitkan perkara yang sudah lepas]


864 Menabur benih di atas batu [Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi tentulah sia-sia]


865 Menabur benih di tanah subur [Berbuat baik kepada orang yang tahu mengenang budi]


866 Menahan lukah di pergentingan [Mencari keuntungan dalam keadaan kecemasan / Mengambil kesempatan daripada orang yang susahi]


867 Menantikan kucing bertanduk [Mengharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku]


868 Menantikan nasi disajikan ke lutut [Seseorang yang malas berusaha tetapi mengharapkan kesenangan datang kepadanya]


869 Mencurahkan air di daun keladi [Memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu menerimanya]


870 Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan [Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang]


871 Menetak dengan belakang parang [Menyuruh orang malas bekerja]


872 Mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih [Menegur keburukan orang, sedangkan keburukan diri sendiri tidak disedari]


873 Minyak takkan bercampur dengan air [Sesuatu yang tidak dapat disatukan]


874 Muka ditampal kulit babi [Orang yang berasa amat malu]


875 Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersebar ke mana-mana sahaja]


876 Murai berkicau hari siang [Sesuatu yang sudah terang dan nyata]



N



877 Naga ditelan ular lidi [Anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan]


878 Nak menangguk ikan, tertangguk batang [Mengharapkan untung tetapi mendapat kerugian]


879 Nasi masak periuk pecah [Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta belas kasihan lagi]


880 Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang [Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya diambil seorang]


881 Nasi sudah menjadi bubur [Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan lagi]


882 Nasi tak dingin, pinggan tak retak [Cermat melakukan sesuatu pekerjaan]


883 Nasib penyapu, banyak jasa [Turun darjat terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri]



O



884 Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan [Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada]


885 Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik]


886 Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah [Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain pula yang menenima akibatnya]


887 Orang mandi berselam, kita mandi bertimba [Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan kecil]


888 Orang mencubit, kita menampar [Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya sama sahaja]


889 Orang mengantuk disorongkan bantal [Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah berasa gembira]


890 Orang yang menunggu perigi itu, bilakah ia mati dahaga? [Orang yang berdampingan dengan orang yang berilmu, lambat-laun akan berilmu juga]


P



891 Padi setangkai bernas semuanya [Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia]


892 Patah kemudi perahu hanyut [Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan kumpulan itu akan menjadi kucar-kacir]


893 Patah tumbuh hilang berganti [Sesuatu yang hilang itu ada gantinya]


894 Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh memberitahu orang lain tentang hal itu]


895 Perahu papan bermuat intan [Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai]


896 Pinang pulang ke tampuk [Sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya / Suami isteri yang telah bercerai berbalik semula]


897 Pipit hendak meminang enggang [Ingin membuat sesuatu di luar kemampuan diri]


898 Pipit pekak makan berhujan [Sangat rajin]


899 Pokok yang besar juga yang dinaiki sakat [Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya]


900 Pucuk dicita, ulam mendatang [Orang mengantuk disorongkan bantal]


901 Pukul anak sindir menantu [Memarahi seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu ditujukan kepada orang lain]


902 Punggur rebah belatuk menumpang mati [Jika orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya turut menerima akibatnya]



903 Putus tali boleh disambung, patah arang patah sekali [Bercerai hidup masih ada peluang berjumpa tetapi bercerai mati bercerai selama-lamanya]




R



904 Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah [Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]



905 Rajin bekerja mudah belanja [Orang yang rajin sentiasa murah rezeki]



906 Rantai besi dimakan bubuk [Cerita yang tidak logik]



907 Rasa pedih cuping telinga [Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati]



908 Rebung tidak jauh dan rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka]



909 Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang [Rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain]



910 Ringan mulut berat punggung [Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja]



911 Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul [Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama]



912 Ringan tulang berat perut (Rajin bekerja mudah belanja]



913 Rosak anak oleh menantu [Orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan kepadanya]



914 Rosak badan kerana mulut [Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa berfikir panjang yang boleh menyusahkan diri sendiri]



915 Rosak bawang ditimpa jambak [Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri]



916 Rosak tapai kerana ragi [Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan sempurna]



917 Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat keputusan]



918 Rumah terbakar tikus habis keluar [Apabila berlaku sesuatu mala petaka di sesebuah negara, rakyat di negara itu akan melarikan diri]



919 Runcing tanduk berbelang kening [Sudah terkenal jahatnya]



920 Rupa harimau hati tikus [Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut]




S



921 Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk [Sama-sama ikut bertanggungjawab]



922 Sambil berdiang, nasi masak [Membuat dua kerja dalam satu masa]



923 Sambil menyelam minum air [Membuat dua pekerjaan dalam satu masa]



924 Sebesar-besar bumi ditampar tak kena [Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk membuatnya]



925 Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya keluarga atau kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya]



926 Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang [Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup senang, inikan pula tanpa pekerjaan]



927 Sekali air bah sekali pantai berubah [Lain ketua lainlah pula kemahuannya]



928 Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu [Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datangl



929 Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana panda] seseorang itu pasti akan melakukan kesilapan]



930 Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga [Orang yang tidak mengendahkan kemajuan dan perubahan]



931 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari]



932 Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan [Kalau tidak mencapai kata sepakat dalam perundingan, hendaklah berbalik kepada pokok persoalannya]



933 Siapa makan nangka, maka kena getahnya ]Siapa yang membuat kesalahan dia sendiri yang menanggung akibatnya]



934 Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah apabila orang lain menyindirnya]



935 Si bingung makanan Si cerdik [Orang yang bodoh seringkali diperdayakan oleh orang yang cerdik]



936 Si kudung mendapat cincin [Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu menggunakannya dengan baik]



937 Si mandul baru beranak [Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka]



938 Sirih naik junjungan patah [Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat kecelakaan]



939 Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi [Orang yang mendapat sesuatu yang lebih baik, yang lama ditinggalkannya]



940 Sudah diludah, dijilat balik [Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula]



941 Sudah gaharu cendana pula [Bertanya akan sesuatu perkara yang memang sudah diketahui]



942 Sudah jatuh ditimpa tangga [Mendapat kemalangan yang berturut-turut]



943 Sudah menjadi abu arang [Dalam keadaan yang telah rosak binasa]



944 Sudah patah yang bertaji [Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]



945 Sudah terhantuk baru tengadah [Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu muslihat]



946 Sukakan kemenyan, dibakar [Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya]



947 Sumpit penuh tidak berisi lOrang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang pandai-pandai]




T



948 Tak dapat tanduk telinga dipulas [Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat membalas dendam]



949 Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk itu]



950 Takkan pisang berbuah dua kali [Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu]



951 Takkan sama getah daun dengan getah batang [kasih sayang terhadap anak sendiri tidak akan sama dengan anak saudara yang ada dalam jagaan kita]



952 Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga [Tak tahan merantau akhirnya balik ke kampungnya semula]



953 Tak tahu membalas guna [Tidak tahu membalas budi orang]



954 Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri]



955 Takut jatuh lain tertiarap, takut titik lalu tumpah [Takut rugi sedikit langsung rugi banyak]



956 Tanam padi lalang yang tumbuh [Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa pun]



957 Tatang (Menatang) di anak lidah [Sangat mengasihi anak isteri]



958 Tebas buluh serumpun [Merosakkan nama keluarga kerana perbuatan yang tidak baik] 959 Tebu habis manis, sepah dibuang [Seorang isteri yang diceraikan setelah kecantikannya tidak menarik lagi]



960 Telinga yang lembut itulah selalu dipulas orang [Orang yang lemah-lembut dan murah hati] kerap menjadi suruhan orang]



961 Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya [Orang yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi tidak akan menonjolkan diri]



962 Tepuk dada tanya selera [Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis]



963 Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina [Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud seseorang daripada gerak-gerinya]



964 Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik [Berfikir baik-baik sebelum bercakap kerana kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik]



965 Terlepas dan mulut buaya masuk ke mulut harimau [Setelah terlepas daripada satu bahaya, mendapat bahaya yang lain pula]



966 Tiada beban batu digalas [Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan din sendiri]



967 Tiada gading yang tak retak [Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang itu tentu ada cacatnya]



968 Tiada rotan akar pun berguna [Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh digunakan juga]



969 Tidak sama air hujan dengan air telaga [Tidak sama orang yang mulia dengan orang yang hina]



970 Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]



971 Tinggal kain sehelai sepinggang [Kehabisan harta kerana ditimpa kece]akaan]



972 Tong yang kosonglah yang selalu berkocak [Orang yang tidak berilmu selalu bercakap besar]



973 Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi [Orang tua yang berperangai seperti orang muda]



974 Tukang tidak membuang kayu [Orang yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati dalam segala perkara]



975 Tunggang hilang berani mati [Tidak gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela agama, bangsa, dan negara]



976 Tunggul terbakar di tengah huma [Rupa yang hitam]



U



977 Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata [Untuk berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah]



978 Ukur baju di badan sendiri [Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan dengan kemampuan diri sendiri]



979 Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang [Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati]



980 Ulat di dalam batu pun hidup juga [Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan]



981 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam [Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan tetapi kalau sebaliknya, dia akan kerugian]



982 Upah bidan pun tak terbayar [Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa]



983 Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa [Dengan memperhatikan perangai seseorang dapatlah kita menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yang baik atau daripada baka yang tidak baik]



W



984 Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga [Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik]



985 Wayang kepadaman damar [Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]




Y



986 Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan [Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya]



987 Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher [Orang yang menjadi penjamin kepada seseorang yang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila orang yang berhutang itu melarikan diri]



988 Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang [Seseorang yang bertuah akan mendapat rezeki di mana-mana sahaja]



989 Yang bongkok juga dimakan sarung [Orang yang bersalah tetap akan menerima hukuman]



990 Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam [Orang yang malas disuruh mengawasi orang yang malas akhirnya sia sia belaka]



991 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran [Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lalu barang yang ada dibuang]



992 Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat [Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu perolehan]



993 Yang tajam tumpul, yang bisa tawar [Dengan kata-kata yang lemah lembut dapat menyelesaikan segala sengketa]



994 Yang tegak disokong, yang lemah ditopang [Orang kaya dimuliakan, manakala orang miskin dibantu]




Z



995 Zaman beralih, musim bertukar [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa]


996 Zaman Tuk Nadur berkajang kain [Zaman yang telah lalu; sangat lama]