Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

06 January 2012

Peribahasa Dewan (G)

1. gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas prb tanda-tanda akan berlakunya sesuatu.


2. gadai terdorong kpd Cina prb terlanjur, tidak mungkin ditarik kembali;


3. menggadaikan terdorong ke pajak, sehari sebulan juga prb sesuatu perbuatan yg terlanjur walaupun kecil akibatnya sama spt yg besar juga;


4. tercacak bagai lembing tergadai prb tertegun kehairanan;


5. gading pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi;


6. bagai tanduk bersendi gading prb sepasang yg elok dan padan;


7. pucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit;


8. spt gading dilarik prb rupa yg cantik dan bersih;


9. sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang;


10. tak ada gading yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;


11. bagai gadis julung bersubang prb angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dll);


12. bagai gadis julung menumbuk prb rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan;


13. spt gadis sudah berlaki prb anak dara yg kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dll);


14. gagak bersuara murai prb seorang yg hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yg baik;


15. gagak lalu punggur rebah prb orang yg ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kpd yg lemah);


16. ketika gagak putih bangau hitam prb pd zaman dahulukala;


17. selama hitam gagak, selama air mengalir jua prb kekal abadi (selama-lamanya);


18. spt burung gagak pulang ke benua prb walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya.


19. spt sirih pulang ke gagangnya prb orang yg kembali kpd asalnya;


20. gagak dibakar kemenyan berbau prb orang yg menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang;


21. spt buku gaharu prb memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya;


22. sudah gaharu cendana pula (sudah tahu bertanya pula) prb orang yg berlagak tidak tahu.


23. gajah berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya;


24. gajah dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah;


25. gajah dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya;


26. gajah ditelan ular lidi = gajah mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan;


27. gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi;


28. gajah mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya;


29. gajah mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga;


30. gajah mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya;


31. gajah seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan;


32. gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = gajah bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah;


33. gajah turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar);


34. bangkai gajah bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh gajah lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan;


35. spt gajah masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya;


36. spt gajah putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya;


37. spt gajah rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya;


38. bagai galah dijual prb Mn sudah habis hartanya (kerana berjudi dll);


39. bagai galah di tengah arus prb a) sangat gementar; b) sentiasa gelisah (berkeluh-kesah dll);


40. galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak menguntungkan;


41. galas terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik;


42. bagai menyandang galas tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya;


43. dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan prb zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi;


44. sambil menyerodok (menyorok) galas lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll);


45. gali lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang;


46. nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan;


47. sampai gamak ia menipu aku; gamak - gamak spt orang menyambal prb membuat keputusan tentang perbuatan dll dgn diagak-agak saja;


48. orang gamang mati jatuh, orang pendingin mati hanyut prb Mn orang yg takut-takut tidak akan mencapai kehendaknya.


49. melukut di tepi gantang prb perkara kecil yg tidak mendapat perhatian;


50. mengisi gantang pesuk prb membuat pekerjaan yg tidak menguntungkan;


51. secupak tak akan jadi se gantang prb sesuatu yg tetap dan sukar diubah lagi;


52. menggantang gantang asap mengingini sesuatu yg sukar dicapai;


53. menggantang anak ayam prb membuat pekerjaan yg amat susah;


54. penuh sudah bagai menggantang prb cukup (benar-benar) penuh.


55. bergantung di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan;


56. bergantung di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap;


57. bergantung kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya;


58. bergantung pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah;


59. bergantung tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah;


60. garam dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia;


61. garam jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll);


62. garam tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan;


63. dicecah orang bagai garam prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai;


64. membuang garam ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah;


65. sbg garam dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri);


66. sayang garam sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak;


67. sudah seasam segaram nya prb tiada bercela;


68. hendak garuk tidak berkuku prb ingin melakukan sesuatu tetapi tidak mempunyai alatnya;


69. tidak ada orang garuk keluar badan prb orang biasanya berpihak (pd kaum dll) kalau timbul pergaduhan;


70. kini gatal besok digaruk prb pertolongan yg datang terlambat;


71. diturutkan, gatal tiba ke tulang prb sesiapa yg menurutkan nafsu akhirnya akan menyesal juga;


72. kini gatal besok digaruk prb pertolongan yg terlambat;


73. lain gatal lain digaruk prb lain yg disoal, lain yg dijawab;


74. siapa gatal dialah menggaru prb siapa yg berkehendak, berusahalah sendiri;


75. gayung bersambut kata berjawab prb mengelakkan serangan musuh atau menjawab percakapan orang;


76. gayung tua, gayung memutus prb cakap orang tua-tua biasanya benar;


77. orang bergayung sama pandai sama bak kundi atas dulang prb sama arif dan bijaksana;


78. gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan prb orang-orang berpangkat di tempatnya masing-masing;


79. gedang kayu, gedang dahannya prb kalau hasilnya banyak, banyak pula belanjanya;


80. gedang sbg dilambuk-lambuk, tinggi sbg dijunjung prb membanggakan diri kerana kelebihan yg tidak ada;


81. gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja;


82. bagai menambah gelang bini prb Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama;


83. tak pernah masuk gelanggang bergong prb tercengang-cengang (kehairanan);


84. hilang geli kerana geletek prb sesuatu yg kurang menyenangkan itu hilang apabila menjadi kebiasaan;


85. habis geli oleh geletek, habis bisa oleh biasa prb kalau sudah biasa, sengsara pun akan tidak dirasai lagi;


86. salah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik prb hati-hatilah membuat pekerjaan kalau menginginkan keuntungan.


87. bagai gelombang dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang);


88. sama naik bak gelombang, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau kejadian yg sama keadaannya;


89. bagai gembala diberi keris prb orang yg mendapat sesuatu yg tidak berguna baginya;


90. gajah seekor gembala dua prb satu pekerjaan diketuai oleh dua orang (dua orang laki-laki yg mencintai seorang perempuan);


91. gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan prb Mn enggan bergaul dgn saudara-mara;


92. dibilang genap, dipagar ganjil prb apa yg nampak pd zahirnya ialah untung tetapi sebenarnya rugi;


93. empat gasal, lima ganjil prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya;


94. masuk tak ganjil, keluar tak ganjil prb orang yg tidak berguna dlm pergaulan masyarakat;


95. bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya prb patuh pd segala perintah;


96. situ juga gendang berbunyi prb sentiasa sama sahaja (tidak berubah);


97. gendang erat, membuhul mati = memegang erat, gendang teguh prb memegang suatu keputusan dgn tidak berubah lagi;


98. digenggam tiada tiris prb paling hemat dgn wang dll;


99. genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan);


100. genting menanti putus, biang menanti tembuk prb Mn perkara yg hampir selesai;


101. genting putus, biang tembuk prb Mn perkara yg telah putus dan tidak dapat diubah lagi;


102. spt gergaji dua mata prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak


103. gerundang tinggallah di kubangan prb jangan mencampuri pekerjaan orang lain;


104. gedang gedang di kubangan, gedang ikan raya di lautan prb tiap-tiap orang besar mulia di tempatnya masing-masing.


105. gesel kena miang, tergegar kena rebas prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);


106. kalah adat dik muafakat, kalah kemat dik geseng prb tali perhubungan antara seorang laki-laki dan perempuan dapat dieratkan oleh pergaulan.


107. tergeser kena miangnya, terlanggar kena rebasnya prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);


108. getah-getah dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yg bergaul dengannnya;


109. getah-getah dibawa ke semak prb perkara yg semakin kusut;


110. getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan,


111. getah jatuh ke perdu juga prb anak sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara;


112. getah terbangkit, kuaran tiba prb salah langkah (utk mencari keuntungan);


113. berseleleran bagai getah di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak beraturan;


114. ditakik getah di daun prb hidup melarat;


115. tak sama getah daun dgn getah batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih kpd anak saudara;


116. tak sungguh getah daun, yg sebenarnya getah batang prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baik juga drpd kerabat yg lain;


117. gigi dgn lidah ada kala tergigit juga prb suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah);


118. gigi tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) prb keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi;


119. tinggal gigi dgn lidah sahaja prb habis segala harta;


120. yg bulat datang bergolek, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca;


121. laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku prb pengetahuan yg tidak mencukupi tidak ada gunanya;


122. menggongkan gong pesuk prb memegahkan kemuliaan (kekayaan dll) yg telah tidak ada lagi.


123. spt gagak menggonggong telur prb perihal lelaki yg buruk atau hitam beristerikan perempuan cantik atau berkulit putih


124. bunga gugur, putik pun gugur prb setiap yg hidup akan mati (dgn tidak memandang umur);


125. ada gula ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul;


126. hitam-hitam gula jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya;


127. semanis-manis gula, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat;


128. umpama gula di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai)


129. gulai lampau serai tentu maung prb perbuatan yg berlebihan tidak mendatangkan faedah;


130. gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah prb sesuatu perbuatan atau perkataan yg tidak sempurna;


131. spt gunting makan di hujung prb mencapai sesuatu dgn diam-diam;


132. gunting juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan;


133. gunung yg tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan;


134. ke gunung tak dapat angin prb hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal;


135. niat hati hendak memeluk gunung apakan daya tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati (dicita-cita);


136. niat hati nak peluk gunung sudah terpeluk biawak celaka (sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati, kehinaan yg diperoleh);


137. rendah gunung tinggi harap(an) prb dipakai utk menyatakan besarnya harapan;


138. tak ada gunung yg tinggi yg tak dapat didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan);


139. tak akan lari gunung dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu;


140. guru kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik)


141. harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan;


142. tak ada guruh pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran.

No comments: