Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

08 February 2012

Peribahasa Dewan (K3)


1.                   memberi barang kpd tangan kera prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat mengerjakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai);
2.                   (spt) kera kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari-lari, terloncat-loncat, dll);
3.                   (spt) kera sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai.
4.                   bagai kerakap atas batu (tumbuh di batu), hidup enggan mati tak mahu prb hidup melarat dan miskin
5.                   biarpun setandan bagai kerambil , namun untung berlain-lain prb walaupun bersaudara kandung, keadaan masing-masing masih berlainan;
6.                   memagar kerambil condong, buahnya jatuh ke ladang orang prb kita yg memelihara (bersusah payah), orang lain yg mendapat faedah atau hasilnya.
7.                   keras bagai batu, tinggi bagai langit prb tidak mahu menurut perintah orang atasan;
8.                   keras ditakik, lunak disudu prb Mn hendaklah diberikan segala perintah dgn bijaksana (dgn lemah lembut kpd yg menurut dan dgn memaksa kpd yg melawan);
9.                   lunak tak tersudu, keras tak tertakik prb perkataan orang yg bijaksana baik dgn lemah lembut atau dgn kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya;
10.               kerbau berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat;
11.               kerbau diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya;
12.               kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang;
13.               kerbau menanduk, kerbau pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya;
14.               kerbau punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian;
15.               kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik;
16.               bagai kerbau runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya;
17.               bagai kerbau terkejut oleh gong prb tercengang-cengang kehairanan;
18.               bagai jelongak kerbau rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang;
19.               bagai melulutkan jebat pd kerbau prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya);
20.               bermain-main dgn kerbau , dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian;
21.               jangan buat kerbau tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain;
22.               jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah ditepati;
23.               laksana kerbau , di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya;
24.               mencongak (mendongak) rupa kerbau jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya;
25.               menghambat kerbau melabuh (berlabuh) prb menghalang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya;
26.               menolong kerbau ditangkap harimau prb menolong orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan;
27.               seekor kerbau berkubang, sekandang kena loloknya = seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama;
28.               spt kerbau dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahuan orang lain;
29.               spt kerbau menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa;
30.               spt kerbau tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan;
31.               terambu kerbau kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda;
32.               tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu;
33.               keris panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok prb orang yg boleh dipergunakan utk sebarang tujuan;
34.               keris pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia prb kata-kata lebih tajam drpd senjata;
35.               keris tersisip di dinding, pedang tajam dlm sarungnya prb perbuatan bodoh
36.               kerja baik berimbauan, datang buruk (malang) berhamburan prb ketika hendak mengadakan kerja, baik dirundingkan terlebih dahulu, ketika timbul kemalangan, dibantu beramai-ramai;
37.               kerja raja dijunjung kerja kita (sendiri) dikelek prb kerja sendiri pun boleh dibuat di samping membuat kerja orang;
38.               kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat prb bekerja dgn tidak berperaturan;
39.               sedikit kerja banyak berantun prb orang yg malas;
40.               tidak kerja cari kerja prb orang yg sengaja melakukan sesuatu yg akhirnya menyusahkan dirinya juga;
41.               dikerkah dia menampar pipi, dibakar dia melilit puntung prb selalu hendak membalas perbuatan jahat orang
42.               melekatkan (menampalkan) kersik ke buluh prb sesuatu yg dikerjakan dgn bersusah payah tetapi sia-sia;
43.               spt kersik di pulau prb terlalu banyak (bkn benda-benda kecil spt buah-buahan yg bertaburan dll)
44.               ibarat dakwat dgn kertas, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain;
45.               buang yg keruh ambil yg jernih prb lupakan perkara atau peristiwa yg tidak baik dan ambil (ingatkan) yg baik-baik sahaja
46.               kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur prb orang yg miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yg bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya;
47.               kesat-kesat daun pimping prb perihal orang yg lazimnya lemah tetapi pd masa-masa yg tertentu berlaku keras juga;
48.               bertunggal ditarah kesat diempelas prb Mn sudah diselesaikan dgn sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan)
49.               kesturi mati kerana baunya prb perihal orang yg ditimpa bencana (kecelakaan) kerana perbuatannya (perkataannya) atau kerana menunjukkan kelebihannya.
50.               barang siapa yg berketuk dialah yg bertelur prb orang yg berasa tersinggung oleh sesuatu sindiran itulah yg telah melakukan perkara yg disindirkan itu;
51.               berketuk di luar sangkar, bertanam di luar pagar prb mengemukakan keterangan-keterangan lanjut sesudah selesai perkara diputuskan
52.               indah khabar dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya melebih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar;
53.               kijang dirantai dgn rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan prb seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang;
54.               dapat kijang teruit prb mendapat keuntungan (faedah) dgn tiada bersusah payah;
55.               spt kijang lepas ke rimba prb orang yg telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi.
56.               kilangan patah awak itulah menghimpitnya prb mendapat kesusahan oleh sebab perbuatan sendiri;
57.               sudah mengilang membajak pula prb sentiasa menanggung kesusahan (bekerja sepanjang masa dll)
58.               kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka prb orang yg bijaksana segera memahami kias (sindiran) orang;
59.               kilat di dlm kilau, kabus di dlm hujan prb dlm percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya;
60.               bagai kilat senja, bagai petir tunggal prb perihal kepantasan dan kegagahan seseorang pahlawan;
61.               hilang kilat dlm kilau prb tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dll) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yg pandai (mulia dll)
62.               busuk daging dikincah dimakan, busuk ikan, dibuang prb kalau saudara-mara yg melakukan kesalahan, dicari jalan utk membersihkan namanya, tetapi kalau orang lain, dibiarkan sahaja.
63.               kocak tanda tak penuh prb orang yg suka bercakap banyak itu menunjukkan pengetahuannya kurang (atau cetek);
64.               laksana kodok dapat bunga sekuntum prb tidak tahu menghargai (mempergunakan) barang yg baik;
65.               laksana kodok ditimpa kemarau prb sangat gelisah (berkeluh-kesah);
66.               spt kodok kena air tahi prb orang hina yg berlagak sombong;
67.               tertonggeng bagai kodok dlm lubang prb orang miskin yg mendapat kesusahan
68.               (bagai ayam si tombong) kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi prb orang yg bersikap sombong (bercakap besar) sedangkan saudara-maranya hidup melarat;
69.               agih-agih kongkang prb terlalu dermawan atau murah hati hingga diri sendiri mendapat kesusahan;
70.               korek dompet kawan prb memperdaya supaya kawan membayar perbelanjaan;
71.               siapa berkotek siapa bertelur prb orang yg mula-mula bersuara itulah biasanya yg melakukan perbuatan yg dikatakannya itu.
72.               kotor dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan;
73.               koyak baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan);
74.               koyak tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang;
75.               tak mahu koyak kulit, koyak kain mahu juga prb sanggup berkorban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri;
76.               kuah sama dihirup, sambal sama dicolek prb bersama-sama dlm senang dan susah;
77.               kuah tumpah (tertuang, tertunggang) ke nasi a) prb Mn dikatakan mengenai anak yg dikahwinkan dgn kemanakan (anak saudara perempuan); b) ki sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya;
78.               ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi prb baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya;
79.               harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan yg besar (tapi belum tentu diperoleh) keuntungan yg kecil tapi sudah tentu, dilepaskan
80.               kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat prb perihal orang besar (mulia) yg membuat kesalahan;
81.               kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap, kuat ikan kerana radai prb a) berasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihan padanya; b) tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasanya
82.               besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan prb tiap-tiap orang mulia dan berkuasa di tempatnya masing-masing;
83.               tiada kubangan yg tiada berkodok prb tiada negeri yg tidak ada keburukannya
84.               (menantikan) kucing bertanduk prb menantikan perkara yg tidak mungkin berlaku;
85.               kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi prb apabila orang yg ditakuti datang maka diamlah mereka yg bising;
86.               kucing melompat, orang terkejut drpd tidurnya, ayam berkokok hari pun siang prb kesusahan dan kesukaan orang yg terasa sampai kpd kita;
87.               anak kucing menjadi harimau prb perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai;
88.               bagai kucing dgn panggang prb dikatakan kpd laki-laki dan perempuan yg selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yg sumbang;
89.               bagai kucing dibawakan lidi prb terlalu (amat) ketakutan;
90.               bagai kucing kehilangan anak prb perihal orang yg hilang akal atau kebingungan;
91.               bagai kucing lepas senja prb a) susah (sukar) hendak dicari; b) berasa lapang (senang);
92.               bagai kucing main daun perihal kehebatan rupa dll seseorang (pahlawan);
93.               bagai kucing menjemput api prb yg diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dlm pengusahaan itu hilang pula;
94.               bagai kucing takut akan balur prb laki-laki yg takut atau malu kpd perempuan;
95.               bagai kucing tidur di bantal prb perihal kehidupan yg senang dan mewah;
96.               bagai mengail ~ hanyut prb perbuatan yg sia-sia;
97.               berburu kucing di dapur prb perihal anak muda dan gadis yg tinggal serumah dan membuat perhubungan haram;
98.               biar pun kucing naik haji, pulangnya mengeong juga prb pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah;
99.               duduk spt kucing, melompat spt harimau prb perihal orang yg pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu;
100.           kalau kucing tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi prb orang besar yg hilang martabatnya (pangkatnya) tidak disegani orang lagi;
101.           membeli kucing dlm karung prb membeli sesuatu dgn tidak melihatnya;
102.           memukul kucing di dapur prb menganiaya sanak saudara atau orang yg karib dgn kita;
103.           mengadu kucing dgn babi prb bermain ceki;
104.           spt kucing berakkan rambut prb keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan;
105.           spt kucing biang prb berkeluh-kesah;
106.           spt kucing di atas tampuk prb perihal orang yg mempunyai dua tugas dan tiada tahu yg mana harus diberikan perhatian;
107.           spt anjing dgn kucing prb selalu berkelahi (bergaduh);
108.           terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak prb tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan
109.           anak kuda bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira;
110.           asalnya kuda itu kuda juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya;
111.           bak rasa kuda pula kukuran prb perihal orang miskin yg berlagak spt orang kaya;
112.           spt kuda lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pembelengguan)
113.           kudis menjadi tokak prb perkara kecil menjadi besar (kerana dibiarkan);
114.           mengubik kepala kudis orang prb membuka rahsia orang
115.           bagai si kudung mendapat cincin prb beroleh untung tetapi tidak dapat merasai nikmatnya;
116.           bagai kuku dgn isi (daging) prb sangat erat (karib) perhubungan atau persahabatan (tidak berenggang atau bercerai);
117.           (harimau) memperlihatkan kukunya prb (seseorang) menunjukkan kuasanya;
118.           kalau dibalun sebalun kuku, kalau digumpal segumpal tanah prb alam rohani yg tidak terbatas tetapi dapat dikecilkan sekecil-kecilnya
119.           kukur apa kpd kukur, nyiur juga yg binasa = apa peduli pd kukuran, nyiur juga yg akan habis prb mudah bagi seseorang menyuruh melakukan sesuatu tetapi yg melakukannya juga yg menemui kesukaran;
120.           murah terbelingut bagai kukuran timah prb mudah merajuk atau berkecil hati;
121.           satu hadap bagai kukuran prb orang yg mahir dlm satu pekerjaan sahaja;
122.           kulit babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu;
123.           buka kulit ambil isi prb perundingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi);
124.           kalau tak kulit leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya);
125.           tebal kulit muka prb tidak malu;
126.           kuman menjadi barah (pekung) prb perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan;
127.           kuman di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak prb kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari;
128.           matilah kuman kena pelantik sekalian alam limpah darahnya prb orang kebanyakan berkahwin dgn orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya;
129.           mencungkil kuman dgn alu prb membuat pekerjaan yg sia-sia.
130.           kumbang melilit gedung prb orang yg bersiul-siul berkeliling rumah gadis yg dikasihinya;
131.           kumbang tidak seekor, bunga tidak sekaki (sekuntum) prb bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perempuan utk dijadikan kekasih atau pasangan hidup;
132.           bagai kumbang putus tali(nya) prb sangat pantas larinya (jalannya)
133.           anak kunci jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya;
134.           mengeluarkan kunci hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad
135.           kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak;
136.           kalau spt kundur labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran.
137.           kuning oleh kunyit, hitam oleh arang prb mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian
138.           bagai kunyit dgn kapur prb lekas atau mudah berlaku (mesra, berpadu, dll);
139.           tidak resan kunyit resan serai prb tidak ada perhubungan keluarga antara dua orang
140.           pitis sekupang genap, hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb orang miskin yg tidak berkemampuan hendak berbelanja spt orang kaya.
141.           kura-kura dlm perahu prb perbuatan yg bodoh;
142.           kura-kura pandai kerebat kayu = spt kura-kura hendak memanjat pohon kayu prb orang yg hendak melakukan sesuatu yg mustahil dapat dilakukannya.
143.           kurang tambah-menambah, senteng bilai-membilai prb sesuatu pekerjaan hendaklah dikerjakan bersama-sama (dgn bergotong-royong) supaya sempurna
144.           memperlihatkan kurus tidak berbaju prb mendedahkan kemiskinan kita kpd orang
145.           kusut diselesaikan, keruh diperjernih prb persengketaan hendaklah diselesaikan (didamaikan);
146.           kusut di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah;
147.           kusut hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna pekerjaan yg dibuat kerana salah memulakannya;
148.           tidak ada kusut yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan
149.           (bagai) mencari kutu dlm ijuk prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil;
150.           di mana kutu makan kalau tidak di kepala prb sudah menjadi adat, anak bergantung pd ayah dan yg miskin pd yg kaya;
151.           ibarat kutu boleh diselisik prb sesuatu kesalahan atau tipu muslihat walaupun disembunyikan, akhirnya akan diketahui orang juga;
152.           pantang kutu dicukur, pantang manusia dihina prb tidak ada orang yg mahu dihina
153.           ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja prb kalau melanggar perjanjian atau keputusan yg telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya

No comments: