Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

23 August 2016

Peribahasa Mengikut Tema


PERIBAHASA  DAN TEMA

1. PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Tepuk dada tanya selera
Air dalam terenang
Yang muda disayangi yang tua dihormati
Sudah terang lagi bersuluh

2. PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA:
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Tepuk dada tanya selera
Sudah terang lagi bersuluh
Melukut di tepi gantang

3. KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
Sudah terang lagi bersuluh

4.FAEDAH MEMBACA KARYA SASTERA
menyelam sambil minum air
tak kenal maka tak cinta
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Sudah terang lagi bersuluh

5.JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
 tak kenal maka tak cinta.
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
seperti aur dengan tebing
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Sudah terang lagi bersuluh
mulut biar manis, hati biar baik
bersatu teguh bercerai roboh
Hancur badan dikandung tanah,     budi baik dikenang juga
Buang yang keruh , ambil yang jernih
Adat pulau limburan pasang
Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa
Jiran sepakat membawa berkat
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai

6.FAEDAH SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
menyelam sambil minum air
tak kenal maka tak cinta.
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
Sudah terang lagi bersuluh


7.KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN
Produk Malaysia, Kebanggaan Kita
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
menyelam sambil minum air
 tak kenal maka tak cinta.
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Sudah terang lagi bersuluh

8. USAHA-USAHA MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
menyelam sambil minum air
tak kenal maka tak cinta.
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Sudah terang lagi bersuluh
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai
Alah membeli menang memakai

 9.USAHA-USAHA MENGURANGKAN KADAR  KEMALANGAN JALAN RAYA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
seperti api dalam sekam
Bagai duri dalam daging
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
sediakan payung sebelum hujan
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
Biar lambat asalkan selamat
Sudah terang lagi bersuluh
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai
Sudah terantuk baru terngadah
Mencurah air ke daun keladi
Bagai enau dalam belukar melepaskan puicuk masing-masing
Masuk telinga kiri keluar telinga kanan
Pandu cermat jiwa selamat
Berhati-hati di jalan raya
Ingat orang tersayang

10.CIRI- CIRI PENULIS BERJAYA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
tak kenal maka tak cinta
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Angan-angan menerawang langit
Asal ditugal, adalah benih
Sudah terang lagi bersuluh

11.KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN  KAUM
Bagai duri dalam daging
Sudah terang lagi bersuluh
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
seperti api dalam sekam
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
sediakan payung sebelum hujan
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
seperti aur dengan tebing
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bersatu teguh bercerai roboh
 Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
mulut biar manis, hati biar baik
Agak-agak bertutur malam hari
Asal ditugal, adalah benih
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.

12. USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN.
Bagai duri dalam daging
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
sediakan payung sebelum hujan
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
seperti api dalam sekam
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
seperti aur dengan tebing
 berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bersatu teguh bercerai roboh
mulut biar manis, hati biar baik
.Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
Adat pulau limburan pasang
Agak-agak bertutur malam hari
Asal ditugal, adalah benih
Sudah terang lagi bersuluh
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang

13.KEPENTINGAN  ILMU PENGETAHUAN
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
tak kenal maka tak cinta.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Ke tengah  boleh ke tepi boleh
ketam mengajar anaknya berjalan betul
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian
Ilmu penyuluh hidup
Ilmu itu pelita hati
Ilmu pelita hidup

Asal ditugal, adalah benih
Sudah terang lagi bersuluh
Sudah terantuk baru terngadah
Mencurah air ke daun keladi
Tanpa ilmu, seseorang itu diibaratkan seperti si buta kehilangan tongkat

14.PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
Bagaiman acuan begitulah kuihnya
serampang dua mata
ketam mengajar anaknya berjalan betul
melentur buluh biar dari rebungnya
anak-anak ibarat kain putih
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Sudah terang lagi bersuluh
Mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir di atas air
Bapa borek anak rintik
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’.
Hal ini bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud ”Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”, malah Nabi sendiri menggesa umatnya supaya menuntut ilmu walaupun hingga ke negeri China.
surah al-Quran yang pertama sekali diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. berbunyi ”Bacalah, bacalah olehmu wahai Muhammad”.


15.PUNCA-PUNCA KEJADIAN TANAH RUNTUH
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Tepuk dada tanya selera
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
seperti api dalam sekam
sediakan payung sebelum hujan
Sudah terantuk baru terngadah
Mencurah air ke daun keladi
Sudah terang lagi bersuluh
Ada tangga hendak memanjat tiang
Tiada angin masakan pokok bergoyang
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang

16. CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
Yang muda disayangi yang tua dihormati
Sudah terang lagi bersuluh
Air susu dibalas dengan air tuba
Kacang lupakan kulit
Melukut di tepi gantang
Banyak makan garam
Patah tumbuh hilang berganti

17. KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
menyelam sambil minum air
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
sediakan payung sebelum hujan
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Sudah terang lagi bersuluh
Badan yang sihat datangnya daripada badan yang sihat
Mencegah lebih baik daripada mengubati
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara;muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati”
“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas

18.PERANAN IBU BAPA MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Tepuk dada tanya selera
sediakan payung sebelum hujan

19. USAHA-USAHA UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Tepuk dada tanya selera
sediakan payung sebelum hujan.
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.
Sudah terang lagi bersuluh
Air dicencang tidak akan putus
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang

20 .CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL.
Tepuk dada tanya selera
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
menyelam sambil minum air
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
melepaskan batuk di tangga
serampang dua mata
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Sudah terang lagi bersuluh
Hidup segan mati tak mahu
Lain hulu lain parang lain dahulu lain sekarang
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang

21. CARA BADAN PENGAWAS MENINGKATKAN DISIPLIN PELAJAR
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
Tepuk dada tanya selera
seperti api dalam sekam
Bagai duri dalam daging
Ada tangga hendak memanjat tiang
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Adat tua menahan ragam
Sudah terang lagi bersuluh
Ikut hati mati ikut rasa binasa
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang

Dari blogPuan Tuminah bt Baharom
http://cikgutum.blogspot.my

04 June 2015

Pagar vs Pegar & Batuk vs Batok


SINAR HARIAN 16 Disember 2014


Pagar dan Pegar Yang Makan Padi


Rahman Shaari
Rahman Shaari
 

SAYA  telah berkali-kali menemukan bicara tentang pembaikan peribahasa. Apabila saya sebutkan peribahasa, ertinya termasuklah pepatah, simpulan bahasa, perumpamaan dan beberapa lagi. Saya tertarik pada kemungkinan tersalah pilih kata yang kini kian giat dipersoalkan.

Pertama, “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.” Ketika saya melawat sekolah, seorang  guru muda bertanya: “Jika murid itu berlari, bolehkah dia buang air?” Saya berfikir tentang tujuan dia bertanya. Saya dapati dia agak serius, lalu saya mengatakan, itu ialah unsur hiperbola dalam peribahasa. Hiperbola bererti pernyataan berlebih-lebihan untuk maksud seni.

Dalam satu majlis ceramah penulisan kreatif untuk pengkarya guru, seorang guru bahasa dan Komsas bertanya, “Adakah munasabah peribahasa “Telaga mencari timba?” Katanya lagi, dia tidak dapat membayangkan telaga berjalan ke sana sini mencari timba. Saya menjawab, bahawa itu ialah unsur absurditi dalam peribahasa Melayu. Bicara tentang itu kemudiannya beranjak ke maksud pantun, misalnya “Lautan api lagi kurenang” dan “Di mulut naga lagi kurebut”.  Pernahkah kita lihat lautan api dan mulut naga?

Ini dunia bahasa dan sastera, yang menyamai dunia sains sosial, iaitu dunia yang dipenuhi tafsiran. Sekarang perkataan ‘batuk’ dalam peribahasa “melepaskan batuk di tangga” telah kalah. Orang percaya, bunyi yang betul ialah “melepaskan batok di tangga.” Kemenangan ‘batok’ mengatasi ‘batuk’ berasaskan ‘batok’ ialah tempurung yang berada dekat tangga. Orang yang melepaskan batok di tangga ialah orang yang tidak cermat, kerana batok hendaklah diletakkan dekat tempayan untuk memudahkan orang mengambilnya bagi tujuan membasuh kaki.                    

Apakah makna “melepaskan batuk di tangga?” Maknanya, orang berkenaan berkunjung ke rumah orang lain, batuk-batuk di tangga, dan pergi begitu saja. Orang berkenaan boleh mendakwa bahawa dia telah menjalankan tugasnya pergi ke rumah berkenaan, tetapi tidak mendapat layanan, lalu beredar. Dia sepatutnya memberi salam, atau memanggil tuan rumah, bukan sekadar batuk-batuk!  

Perkataan ‘batok’ daripada bahasa Jawa, manakala ‘batuk’ ialah perkataan Melayu.  

Maksud makalah ini ialah untuk menyatakan kita boleh saja mencadangkan yang lain, namun kita jangan terus mempersalah sesuatu yang telah diterima pada masa silam. Contoh lain dalam hal ini ialah “Harapkan pagar, pagar makan padi.” Saya telah membaca tulisan Johardy Ibrahim (Mingguan Malaysia, 14 Disember 2014) dan beberapa tulisan lain sebelumnya. Kita hormati pandangan yang mengatakan berkemungkinan “ayam pegar” telah disalah sebut, jadi “pagar”.

Sekarang, beberapa peminat bidang ini menyuarakan pandangan bahawa ‘pegar’ perlu mengatasi ‘pagar’, kerana ‘pagar’ tidak mungkin makan padi. Jika fikiran logik biasa telah digunakan dalam kawasan absurdity hasilnya tentulah gambaran kartun. Tadi telah saya sebutkan telaga merayau di serata kampung mencari timba, dan juga murid berlari di padang sambil buang air. Kedua-duanya bukan kartun setelah diterima baik.

Ayam pegar yang berada dekat padi tentulah akan makan padi, jadi tidak munasabah kita akan mengharapkan ayam itu menjaga padi. Jadi, peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” membawa maka penanda kebodohan. Peribahasa ‘pagar makan padi’ adalah sehebat ‘telaga cari timba’, biarpun tidak munasabah dalam logika realisme. Kedua-duanya  membawa kita ke imaginasi, membayang kejadian di luar kebiasaan harian.    

Dalam realiti politik, jika tokoh A menghendaki jawatan menteri besar, janganlah dia mengharapkan pertolongan daripada tokoh B yang mengimpikan jawatan sama. Tokoh B akan berusaha memadam peluang  tokoh A. B akan “makan padi”, sebelum “padi” tiba ke tangan A.  

Jadi, perkataan ‘pagar’ itu sesuai untuk membawa makna penjaga,   kerana tokoh A percaya kepada tokoh B yang tampaknya berusaha menjaga kepentingannya.
   
Bagaimana dengan pegar? Wujudkah ‘pegar makan padi’ dalam politik. Kita ambil contoh ini: Perdana Menteri memberi peluang kepada tokoh pembangkang menjadi timbalannya. Dalam keadaan demikian, tentulah pembangkang yang ‘berjiwa pegar' akan berusaha untuk makan  padi sebanyak-banyaknya. Sudah diketahui pegar sejati, disuruh juga menjaga padi!

*Datuk Rahman Shaari ialah  penerima Sea Write Award daripada kerajaan Thailand (2007), dan penerima Anugerah Penyair Gapena (2013). Beliau ialah mantan profesor Jabatan Pengajian Media, Universiti  Malaya.

12 April 2013

Peribahasa Maksud Sama


Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. 

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)

belut pulang ke lumpur
haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

membuka pekung di dada
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)

lain padang lain belalang
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
lain dulang lain kakinya
rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)

masuk telinga kiri keluar telinga kanan
mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)

genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

telur dihujung tanduk
retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)

embun dihujung rumput
abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)

menangguk di air keruh
menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)

bagai pinang di belah dua
bagai cincin dengan permata
seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)

sarang tebuan jangan dijolok
lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)