Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

14 February 2012

Peribahasa Dewan (L)

1. laba sama dibagi, rugi sama diterjuni prb bersahabat (bermuafakat) sehidup semati;


2. belum tahu akan laba rugi prb belum tahu akan baik buruk sesuatu hal;


3. kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang prb berdiam diri sahaja sewaktu dlm kesenangan tetapi meminta pertolongan orang lain apabila dlm kesusahan;


4. mengaut laba dgn siku prb orang yg selalu mencari keuntungan yg banyak;


5. akal labah-labah ki pandai menipu orang;


6. sebesar labah-labah ki pandai menyembunyikan kejahatan (tipu daya);


7. akal labah-labah, di gua buruk suka merakut prb orang jahat yg suka menipu orang;


8. berkelahi spt labah-labah dlm gelas prb perkelahian hebat di tempat yg sempit;


9. spt labah-labah cinta kpd telurnya prb kasih sayang atau cinta yg mendalam sekali.


10. labu dikerbuk tikus prb gadis yg sudah dinodai (tidak dara lagi);


11. belum tahu dipedas lada prb belum banyak pengalaman (masih mentah);


12. burung terbang dipipiskan lada prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh;


13. kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut;


14. siapa makan lada dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya


15. ladang yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin;


16. lain ladang lain belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya;


17. merentak di ladang orang prb bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu;


18. berladang tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat;


19. lading tajam sebelah prb orang yg mahu menerima sahaja tetapi tidak mahu memberi;


20. lading tak tahu akan majalnya prb orang yg tidak insaf akan keadaan dirinya;


21. belakang (punggung) lading kalau diasah lama-lama tajam juga prb orang bodoh kalau diajar dgn baik akan menjadi pandai juga;


22. mencencangkan lading patah prb berbangga dgn sesuatu yg tidak ada harganya (yg telah hilang harganya);


23. memakuk dgn belakang (punggung) lading prb membuat permintaan atau pertanyaan yg menyakiti hati orang.


24. di lahir serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur);


25. yg lahir menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya


26. laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan prb lebih mementingkan urusan orang lain drpd urusan sendiri;


27. bagai menanti laki pulang maling prb selalu dlm kegelisahan;


28. ternanti-nanti bagai berlaki raja prb berhajat kpd orang yg tidak berkehendak kepadanya;


29. bak menanti orang dahulu, bak lalah orang kemudian prb membuat kerja yg sia-sia


30. lalang yg terbakar, si carik menumpang mati prb mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain;


31. di mana lalang habis, di situ api padam prb di mana mati di situ dikuburkan;


32. padi ditanam tumbuh lalang prb perihal nasib yg malang;


33. spt api memakan lalang yg kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb kedatangan bahaya yg tidak dapat dihalang-halang lagi;


34. tanam lalang takkan tumbuh padi prb perkara yg jahat akan dibalas dgn jahat juga


35. lalat langau mengerumuni bangkai prb orang lelaki yg berhimpun di rumah perempuan jahat;


36. lalat memanglah mencari puru prb lelaki jahat tentulah mencari perempuan jahat;


37. bagai lalat mencari puru prb membuat sesuatu pekerjaan dgn cepat dan tergesa-gesa atau terlalu rakus mengejar keuntungan;


38. belum terbang lalat prb pagi benar;


39. spt lalat buta prb berpusing-pusing tidak tentu arah;


40. tak ada lalat langau prb tidak ada seorang pun;


41. lalu penjahit lalu kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka usaha yg berikutnya pun akan tercapai juga;


42. lambat laga asalkan menang prb mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud tercapai;


43. biar lambat asal selamat, tak akan lari gunung dikejar prb membuat sesuatu kerja biarlah dgn cermat dan hati-hati


44. spt lampu kekurangan minyak prb hidup yg sangat melarat;


45. lancar kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih


46. sekali lancung keujian seumur hidup orang tak percaya prb sekali diketahui perangai yg buruk sepanjang masa orang tidak percaya lagi


47. lang menerap buaya prb pemuda yg merenggut bunga drpd sanggul seorang gadis;


48. lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam prb orang jahat (pencuri) yg tidur siang dan berjaga malam;


49. di tempat tiada lang, kata belalang, akulah lang = tak lang si pungguk menjadi lang prb di tempat tiada orang yg pandai si bodoh mengaku dirinya cerdik;


50. pantang lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb dikatakan bkn sesuatu yg tidak baik apabila diperdekatkan.


51. bagai langau di ekor gajah prb orang yg menurut kemahuan orang besar atau orang yg pandai;


52. hinggap bak langau titik bak hujan = hinggap saja bagai langau prb sesuatu yg berlaku dgn tiba-tiba;


53. masuk langau ke mulutnya prb terlalu hairan sehingga ternganga mulutnya


54. langit berkelikir bumi bertemberang, salah-salah fikir, jadi hamba orang prb fikiran yg mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa kpd kehinaan;


55. langit dapat dilukis sudut kambut diserayakan prb kesalahan orang lain walaupun kecil tampak tetapi kesalahan sendiri tidak;


56. langit menyungkup kepala prb tidak dapat melepaskan diri drpd perintah orang yg berkuasa (raja);


57. langit runtuh bumilah terban = langit runtuh bumi cair prb kehilangan tempat menumpang hidup;


58. di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung prb hendaklah menurut adat dan resam tempat yg kita diami;


59. disangkakan langit itu rendah, dipandang dekat, dicapai tak boleh prb sebelum mencuba sesuatu pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang;


60. kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dgn telunjuk prb orang kecil tidak dapat menolak kehendak orang besar-besar


61. hutang samir belum langsai, hutang kajang tumbuh pula prb hutang dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula;


62. sekali mengorak pura dua tiga hutang langsai prb menyelesaikan beberapa perkara dgn sekali lalu (buat)


63. datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin prb sesuatu hukuman yg adil atau fikiran (pertimbangan) yg baik;


64. mencari lantai terjungkit prb suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat disengsarakan;


65. menjungkit-jungkit bagai bilah lantai prb hal kelakuan yg mengada-ngada akan sesuatu yg baru diperoleh (spt kekayaan, kebesaran, dll)


66. sudah patah baru hendak lantai prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.


67. umpama lanyau di air, sebarang tertadung menjadikan daki prb melakukan perbuatan yg jahat tentu akan menerima balasannya


68. darahnya sama dicecah, dagingnya sama dilapah; hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah prb pembahagian yg sama banyak (yg adil)


69. duduk seorang bersempit-sempit duduk bersama berlapang-lapang prb perundingan menghasilkan fikiran yg lebih bernas drpd fikiran kita seorang


70. menggantikan lapik prb mengahwini janda saudaranya;


71. selapik seketiduran sebantal sekalang hulu prb terlalu karib;


72. sudah bergulung lapik sahaja prb hal orang yg terlalu miskin


73. tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas kekal dan tidak dipinda-pinda (adat dll);


74. lapik oleh kain sehelai prb sejak mulanya beristeri atau bersuami hanya seorang sahaja;


75. lapik-lapik diganti, usang-usang dibarui = usang dibarui, lapik dikajangi prb adat atau kebiasaan lama yg jarang dipakai dihidupkan kembali;


76. dilapur ayam betina prb dikalahkan oleh perempuan.


77. guru kencing berdiri murid kencing berlari prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik


78. sebusuk-busuk lauk kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan


79. enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diperkatakan prb nasihat yg baik perlu diulang-ulang menyebutnya;


80. lagi lauk lagi nasi prb makin kaya makin banyak sahabat;


81. memberi lauk kpd orang membantai prb menolong orang yg tidak perlu ditolong;


82. mencencang lauk tengah alat prb menceritakan cacat cela sendiri pd banyak orang;


83. sebusuk-busuk lauk kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan


84. laut budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai;


85. laut ditembak darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajatkan;


86. laut ditimba akan kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu dibelanjakan;


87. laut mana yg tak berombak, bumi mana yg tak ditimpa hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (segala pekerjaan ada kesulitannya);


88. tak ada laut yg tidak berombak prb tidak ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya


89. layang-layang putus talinya prb sudah putus harapan (bergantung pd nasib);


90. ke mana hendak pergi layang-layang itu, talinya di tangan kita prb orang yg lemah itu tidak akan lepas drpd hukuman orang yg berkuasa (orang yg berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pd kita);


91. macam memegang tali layang-layang prb perihal orang yg berkuasa ke atas orang lain


92. belayar atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain;


93. belayar bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman;


94. belayar sambil memapan, merapat sambil belayar prb sekali melakukan kerja dua tiga maksud tercapai;


95. berbuat di alang tahun, belayar di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil


96. dianjak layu, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) layu, dicabut mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi)


97. pucuk leban gading gajah, kerja segan makan gagah prb (orang yg) malas bekerja tetapi kuat makan


98. lec leban di kaki prb suami yg tidak bertanggungjawab;


99. dr leban lari ke duri prb perihal seseorang yg menghindarkan dirinya drpd kesukaran yg kecil tetapi jatuh dlm kesukaran yg lebih besar


100. akal sbg makan nasi lecek prb fikiran spt anak-anak


101. tak lekang di bibir selalu disebut-sebut;


102. tak lapuk dek hujan, tak lapuk dek panas prb adat yg tidak berubah-ubah


103. lekat kersik buluh prb melakukan sesuatu yg sia-sia


104. kalau tidak berlela baiklah berela-rela prb kalau tidak berdaya upaya baiklah menurut sahaja;


105. lelap kemalingan prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya


106. dilelar timba ke perigi, tak sekali, sekali pecah juga prb perbuatan yg tidak baik itu kalau diselalukan akan buruk juga padahnya;


107. jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting prb jangan membiasakan perbuatan yg jahat


108. habis cupak dr leleh prb adat yg dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali


109. lemah diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah;


110. lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan


111. lemak penyelar daging prb memboroskan harta benda tuannya.


112. bersandar di lemang hangat prb berlindung kpd orang yg zalim akan binasalah akhirnya;


113. memakan hendak lemang , membeli hendak pelo prb inginkan barang yg elok tetapi enggan membayar harga yg sepatutnya;


114. menyandang lemang hangat orang prb menanggung akibat perbuatan orang lain


115. sehari selembar benang lama-lama menjadi kain prb tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan


116. menohokkan lembing ke semak prb melakukan perbuatan yg sia-sia;


117. tercacak bagai lembing tergadai prb tertegun kehairanan


118. lembu dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh;


119. lembu punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg mendapat kepujian;


120. lembu tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya;


121. laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) melawan dgn seberapa kuasanya dlm perkelahian;


122. laksana lembu kasi prb badan sahaja yg besar tetapi hati penakut;


123. menghela lembu dgn talinya, menghela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut


124. lempar batu sembunyi tangan prb orang yg berbuat sesuatu kemudian berpura-pura tidak tahu


125. bagai kersik ke buluh prb melakukan pekerjaan yg sia-sia


126. bagai kayu lempung ditebuk kumbang tembus-menembus prb orang yg lemah mudah dianiaya oleh orang yg berkuasa;


127. umpama kayu lempung belum ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain


128. dipegang lengan sudah bak lengang, dipegang betis sudah bak betis = dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan prb perihal angkuh atau sombongnya seseorang


129. lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu prb orang yg tidak sedarkan kekurangan diri;


130. lenggang-lenggok bagai cupak hanyut = lenggang patah sembilan prb gaya jalan yg lemah lembut dan menarik;


131. elok lenggang di tempat datar prb bersuka-suka biarlah pd tempat dan waktunya;


132. harap lenggang serdadu, destar teleng belanja kurang prb cakap sahaja yg lebih tetapi buktinya tidak ada;


133. tak berasak lenggang dr ketiak prb tidak berubah-ubah dan masih tetap spt lama juga


134. lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang prb kesalahan yg kita lakukan kita jugalah yg menanggung akibatnya


135. rebung apabila telah menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; budak-budak umpama rebung, boleh dilenturkan dan dibentuk; lemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat prb orang yg berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan


136. sedang rebung baik dipatah, jadi buluh lepuh jari prb masa kecillah diajar dan dididik jangan tunggu hingga besar


137. tidak lerai dgn janjang prb perihal tidak dapat diceraikan (orang yg berkasih-kasihan dll)


138. lesung mencari alu (antan) prb perempuan mencari lelaki;


139. ke mana dialih, lesung berdedak juga prb pekerjaan yg selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan itu walaupun di mana dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga;


140. menumbuk di lesung, bertanak di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya;


141. menumbuk di periuk, bertanak di lesung prb melakukan sesuatu yg menyalahi kebiasaan;


142. sebuah lesung seekor ayam jantannya (gedangnya) prb bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpinnya


143. biar jatuh terletak jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll


144. meletup di sana, di sini bunyinya prb orang lain yg bersalah lain pula orang yg menanggung akibatnya


145. lidah bercabang bagai biawak prb selalu berubah-ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya;


146. lidah tidak bertulang prb a) mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya; b) orang yg mengeluarkan celaan dgn tidak tersangkut-sangkut;


147. apa payahnya menggoyangkan lidah sahaja prb banyak janji tetapi tidak ditepati;


148. berkata peliharakan lidah prb hendaklah beringat-ingat mengeluarkan kata-kata;


149. berniaga di hujung lidah prb orang pandai yg tidak jujur (suka menipu dll);


150. jadi hujung jari sambungan lidah = jadi penghubung hujung lidah prb orang yg menyampaikan pesan orang lain dlm sesuatu mesyuarat atau peralatan;


151. kebenaran di hujung lidah prb tidak ada keadilan (hanya menurut kata orang yg berkuasa sahaja);


152. membuat tergigit lidah prb memberi nasihat yg sia-sia kpd orang yg berkelakuan jahat;


153. menyepitkan lidah ke lantai prb menahan nafsu dan kehendak;


154. patah lidah alamat kalah patah keris alamat mati prb jika tidak pandai berkata-kata tentu akan kalah;


155. tercabut lidah mati prb tidak berguna mempercakapkan orang yg jahat, sebab ia tetap jahat juga


156. sesimpai bagai lidi prb orang yg seia sekata


157. ke mana kelok lilin, ke sana kelok loyang prb perihal orang yg hanya menurut fikiran orang yg di atasnya sahaja.


158. kuat lilit kerana simpulnya prb kekuatan persatuan terletak pd anggota-anggotanya


159. dua kali lima = spt lima belas dgn tengah dua puluh prb sama sahaja


160. limau masak sebelah, perahu karam sekerat prb hukuman atau aturan yg tidak adil (memilih-milih orang kerana kedudukan atau kekayaan);


161. mengajar limau berduri prb mengajar orang yg telah pandai;


162. spt limau masak seulas prb mempunyai kelebihan drpd orang lain;


163. spt lipas kudung prb selalu bergerak dgn cepat (pantas lagi cekap membuat kerja)


164. menjilat air liur prb yg sudah dicela dipuji kembali, sudah dibuang diambil balik


165. bagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan prb perihal kanak-kanak yg subur tubuhnya (cepat membesar)


166. selompat hidup, selompat mati prb perihal orang sakit yg hampir maut (entah hidup entah mati)


167. longgar sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu;


168. sempit lalu, longgar ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur penduduknya malas


169. harap hendak melonjak, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda


170. lotong kekah kumput jarinya, kembung segah ketul jadinya prb kesusahan itu akhirnya akan mendatangkan kesenangan


171. barang siapa menggali lubang, ia juga terperesuk ke dalamnya prb barang siapa yg berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan mendapat kecelakaan;


172. gali lubang timbus lubang prb berhutang utk membayar hutang lama;


173. korek lubang ulat prb sengaja mencari perselisihan (perbantahan, pertengkaran, dll);


174. masuk sebesar lubang penjahit, keluar sebesar lubang tabuh prb besar belanja drpd pendapatan


175. lubuk akal lautan (tepian) ilmu = lubuk akal lautan (tepian) budi prb sangat luas dan banyak pengetahuan;


176. lubuk menjadi pantai, pantai menjadi lubuk prb nasib seseorang itu tidak tetap;


177. batu jatuh ke lubuk prb hilang lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yg meninggalkan tempatnya);


178. lain lubuk lain ikannya prb lain negeri lain adatnya;


179. tahu di dlm ~ prb tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara;


180. tentang ~ lepas tuba, tentang ikan akan mati prb Mn menyampaikan sesuatu maksud (kehendak dll) biarlah tepat pd tempat dan waktunya


181. meludah ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah;


182. sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali


183. luka sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut tidak akan spt keadaan sediakala;


184. lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg berasa (susah dll);


185. siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh prb orang yg berasa tersindir, dialah yg membuat sesuatu yg disindirkan itu;


186. takkan serik luka dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah


187. bagai lukah, tak penuh oleh air prb perihal budak yg tidak berasa kenyang (selalu hendak makan sahaja);


188. bagai menyandang lukah tiga prb menjalankan (melakukan) pekerjaan yg sukar sungguhpun tidak berat;


189. memasang (menahan) lukah di penggentingan prb mencari keuntungan dr kesempitan (kesukaran) orang


190. bagai lulur bersetonggeng prb melakukan sesuatu yg sukar kerana malu (takut, terpaksa, dll)


191. lulus tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya;


192. sudah lulus maka hendak melantai prb Mn sesudah mendapat kesusahan (kemalangan) baru ingat


193. bagai si lumpuh pergi merantau prb tidak mungkin dilakukan;


194. yg lumpuh penghuni rumah = yg lumpuh pengejut ayam prb setiap orang itu ada gunanya


195. beroleh lumpur di tempat yg kering prb beroleh kesusahan dgn tidak disangka-sangka;


196. takut akan lumpur, lari ke duri prb mengelakkan kesusahan yg kecil dapat kesusahan yg besar


197. lunak disudu, keras ditakik prb yg mahu menurut kata diperlakukan dgn lemah lembut, yg menentang digagahi;


198. lunak gigi drpd lidah prb bersikap lemah lembut atau merendahkan diri


199. dihentak alu luncung prb dikalahkan oleh orang bodoh


200. berapa panjang lunjur, begitulah selimut prb membuat sesuatu biarlah menurut kesanggupan diri sendiri


201. lupa ketinggalan, terlelap kemalingan prb Mn kalau kurang hati-hati tentu mendapat kerugian;


202. lupa mengingatkan, terlelap menjagakan prb Mn sikap ingat-mengingatkan (tolong-menolong) antara sahabat


203. lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb Mn perihal orang yg sangat tua dan lemah;


204. adat lurah timbunan sarap prb orang yg berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal;


205. bukit sama didaki, lurah sama dituruni = ke bukit sama mendaki, ke lurah sama menurun prb sepakat (seia sekata);


206. di lurah air yg besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah menerima hukuman;


207. di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air prb berkehendakkan sesuatu tidak pd tempatnya;


208. berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi


209. luruh upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat.


210. terlampau lurus, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik)


211. berkata-kata dgn lutut prb berkata-kata dgn orang yg bodoh;


212. bersaksi ke lutut prb a) menjadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b) minta petunjuk kpd orang yg bodoh

No comments: