Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

08 February 2012

Peribahasa Dewan (K1)


1.                   jangan disesar gunung berlari, hilang kabut tampaklah dia prb tidak usah tergesa-gesa mengerjakan sesuatu pekerjaan yg telah pasti jadi;
2.                   terang kabut , teduh hujan prb merasa kesenangan selepas menderita
3.                   bagai kaca terhempas ke batu prb sangat sedih atau kecewa;
4.                   bulang sali kacak sama, tinggal lagi mujur malang prb sama kuat dlm pertandingan dll dan kalah menangnya terpulang pd nasib
5.                   kacang lupakan kulitnya = panas hari, lupa kacang akan kulitnya prb orang yg lupa akan asalnya (orang yg telah menolongnya dll) setelah menikmati kesenangan dll;
6.                   bagai kacang direbus satu prb meloncat-loncat kerana kesukaan;
7.                   bagai kacang tengah dua bulan prb Mn sangat subur tubuh badannya (bkn kanak-kanak);
8.                   spt kaduk kena air tahi prb orang yg tiada berguna tetapi panjang umurnya;
9.                   spt kaduk naik junjung prb orang yg hina apabila mendapat pangkat dll berbuat mengada-ngada
10.               kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut = umpan seumpan kail sebentuk prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan (spt berniaga dgn modal alang kepalang dll);
11.               bongkok kail hendak mendapat (mengena) prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri;
12.               kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga prb kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dll) sesuatu yg besar
13.               kain basah kering di pinggang = kain ditangkap maka duduk = kain tak bertepi = kain dibakar tiada berbau = spt kain buruk dibakar berbau prb peri kemiskinan yg amat sangat;
14.               kain dlm acar (di)kutip cuci, dia hendak masuk ke longkang juga prb orang yg bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi;
15.               kain jadi basahan prb orang yg jatuh martabatnya atau orang kaya jatuh miskin;
16.               kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari prb isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula;
17.               kain sehelai berganti-ganti prb perihal kemiskinan dua orang suami isteri;
18.               kain sehelai peminggang habis prb kehabisan harta kerana kecurian dll;
19.               laksana kain putih prb pekerti (orang yg lembut hati) yg dapat dipengaruhi orang;
20.               mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata berhadapan prb memutar perkataan (mungkir janji) mudah sahaja dilakukan;
21.               sekain sebaju, selauk senasi, sebantal sekalang ulu, setikar seketiduran prb tersangat erat atau rapat (bkn persahabatan);
22.               spt kain dlm lipatan prb perihal perempuan yg pd zahirnya baik tetapi berbuat jahat dgn diam-diam;
23.               spt kain khasah di atas duri prb perihal penyakit (perkara) yg amat susah diubati (diselesaikan);
24.               spt berselimut kain sehasta prb tiada cukup (serba tanggung);
25.               sudah tahu di kain beragi prb perihal orang susah yg mulai baik penghidupannya;
26.               tak tahu akan kain lagi = telah meraba-raba tepi kain prb perihal orang yg sakit payah
27.               ibarat ayam, tiada kais tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja;
28.               kais pagi makan pagi, kais petang makan petang prb pendapatan hanya cukup utk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan)
29.               lancar kaji  kerana diulang, pasar jalan kerana diturut prb kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya;
30.               sukar kaji pd orang alim, sukar wang pd orang kaya prb Mn orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan
31.               kaki naik, kepala turun prb tidak berhenti-henti bekerja utk mencari rezeki;
32.               kaki pekuk lenggang ke perut prb orang yg hodoh;
33.               kaki sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan Mn prb sudah melakukan kesalahan;
34.               berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah prb berhati-hati apabila melakukan atau memperkatakan sesuatu;
35.               cepat kaki ringan tangan prb sangat cekap dan suka menolong;
36.                naik basuh kaki sahaja prb mendapat sesuatu dgn mudah sahaja;
37.               terikat kaki tangan prb tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi);
38.               kalah jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi);
39.               kalah membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll)
40.               tidak tentu kalang tumpuan, tidak tentu kalang batang prb apabila marah semua orang digusari;
41.               selapik seketiduran, sebantal sekalang ulu prb karib sekali (persahabatan)
42.               kambing randuk menjadi kambing hitam ki orang yg dipersalahkan;
43.               senyum(-senyum) kambing senyum sedikit;
44.               spt kambing putus tali (pergi, lari) dgn cepat;
45.               kambing keramat prb orang yg ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya;
46.               anak kambing tak akan jadi anak harimau prb orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai);
47.               bagai kambing dlm biduk prb perihal orang yg ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa);
48.               bagai kambing harga dua kupang = menggelinjang bagai kambing berulat prb tidak senonoh perangainya, keanak-anakan;
49.                bagai kambing diseret ke air = bagai kambing dimandikan pagi prb perihal orang yg malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu;
50.               bagai kambing dijunjung prb jerit atau teriak orang yg sangat penakut;
51.               bagai kambing lepas ke parak prb dapat memilih apa sahaja pd tempat yg mewah dll;
52.               masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn golongan yg dicampuri atau pd tempat seseorang itu berada;
53.               menanti pelir kambing terputus prb menantikan sesuatu yg mustahil sampainya;
54.               spt kambing dgn harimau prb orang yg lemah bertanding dgn orang yg kuat;
55.               spt kambing dikuliti hidup-hidup prb kesakitan yg amat sangat;
56.               umpama kambing kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi prb orang yg dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa.
57.               spt kancah ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincangan dll);
58.               pitis sekupang genap, hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya.
59.               ayam laga sekandang prb orang yg bersanak saudara berkelahi tidak perlu dicampuri;
60.               masuk kandang kambing mengembek (membebek), masuk kandang kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn masyarakat di sekeliling;
61.               memperlapang kandang musang, mempersempit kandang ayam prb memberi kesempatan kpd orang yg membahayakan tetapi tidak melindungi orang yg kesusahan;
62.               pulang ke kandang prb pulang ke tempat asal;
63.               kapak menelan beliung prb yg baik dibuang dan ditukar dgn yg buruk;
64.               bagai kapak naik pemidangan (peminangan) prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup kebolehan atau alat;
65.               di mana kapak jatuh, di situ baji makan prb di mana perkara terjadi, di situ pula diselesaikan;
66.               habis kapak berganti beliung prb sangat rajin bekerja;
67.               spt kapak menyelam beliung prb orang yg terlebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas bekerja.
68.               kapal besar ditunda jongkong prb orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan);
69.               adat teluk timbunan kapal prb orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dll;
70.               besar kapal besar gelombang prb makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yg menimpa;
71.               satu kapal dua nakhoda prb a) satu pekerjaan dua orang yg mengarahkannya; b) perempuan yg menduakan suami;
72.               sepuluh kapal datang, anjing bercawat ekor juga prb perihal rakyat yg tidak bertambah maju keadaannya meskipun banyak ilmu pengetahuan yg datang
73.               salangkan bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang prb sedangkan sewaktu ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud (yg dihajati), apalagi sewaktu tidak berpencarian
74.               spt kapas yg dibusur prb putih bersih (amat putih);
75.               untung bagai untung kapas prb perihal orang yg banyak tanggungannya
76.               bagai kunyit dgn kapur prb perbuatan yg lekas menjadi (serasi sekali);
77.               spt kapur di hujung telunjuk prb perihal seseorang yg tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat menolong saudara mara dlm kesusahan;
78.               karam berdua basah seorang prb dua orang yg melakukan kesalahan tetapi seorang yg kena hukum;
79.               karam di darat prb mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yg tidak sepatutnya);
80.               karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali prb mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga meminta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara;
81.               karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah prb kesedihan kerana kematian kekasih adalah lebih drpd kehilangan harta;
82.               karam Kampar oleh Kuantan prb orang yg dikasihi merosakkan harta yg diberikan, tetapi ia tetap disayangi;
83.               karam sambal oleh belacan prb mendapat kerugian oleh orang yg dipercayai (dikasihi);
84.               karam tidak berair prb mendapat kecelakaan dgn tidak tentu sebab-sebabnya;
85.               orang karam di laut, aku karam di darat prb mendapat bencana di tempat yg tidak patut mendapatnya;
86.               telah karam maka bertimba prb setelah mendapat bencana baru ingat (menyesal)
87.               dapat karam timbul = dapat harta karam prb mendapat keuntungan besar dgn tidak bekerja susah-susah.
88.               kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan prb kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang;
89.               kasih sepantun tulisan pinggan prb kasih yg tidak kunjung hilang (bagi orang yg terlalu mesra pergaulannya);
90.               kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yg ada, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa prb kasih yg sama berada itulah kasih yg sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya);
91.               kasih itu semangat (roh) yg buta prb kasih itu tidak memilih yg baik atau yg cantik sahaja;
92.               kasih tidak bersekutu dgn bijak prb apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya;
93.               kerja sebarang tempat, kasih sebarang tempat prb orang yg tidak berperaturan dlm pekerjaannya;
94.               jatuh di kasur prb mendapat kesenangan hidup;
95.               tidur di kasur prb berbinikan orang kaya.
96.               kata berjawab, gayung bersambut prb baik dibalas dgn baik dan jahat dibalas dgn jahat;
97.               kata dahulu bertepati, kata kemudian bercarian = kata biarlah kota prb janji hendaklah ditepati;
98.               kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan prb hal seseorang boleh diputuskan dgn orang itu sendiri tetapi perkara bersama hendaklah dirundingkan;
99.               kata periuk, belanga hitam prb orang yg memburukkan orang lain sedangkan dirinya sendiri buruk juga;
kata tidak dipegangnya, janji tidak ditepati prb orang yg suka mungkir janji;

No comments: