Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

Soalan SPM








SPM 2012

Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i)  Membaca jambatan Ilmu.
(ii)  Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Jawapan:
(i)  Ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan melalui pembacaan.
(ii)  sedikit-demi sedikit lama-lama berhasil juga.
(iii)  kata sepakat tercapai dengan rundingan/perbincangan/mesyuarat.



SPM 2011

Baca maksud peribahasa dibawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i)    Pasangan yang sepadan
(ii)   Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
(iii)  Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

Jawapan:
(i) bagai pinang dibelah dua
(ii) bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
(iii) belut pulang ke lumpur/ haruan pulang ke lubuk




SPM 2010

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

         Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai ___________(i)__________.
         Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana ________(iii)__________.


Jawapan:
i. bagai aur dengan tebing
ii. usaha tangga kejayaan/di mana ada kemahuan, di situ ada jalan/yang bulat tidak datang bergoleh, yang pipih tidak datang melayang/kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
iii. muafakat membawa berkat/bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat




SPM 2009

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah        : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu ________(i)_______

Syafik      : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah        : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa _______(ii)_________

Syafik      : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah       : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak banyaknya kerana _________(iii)_________

Jawapan:
i. di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung/masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
ii. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
iii. jauh berjalan luas pandangan/pemandangan.




SPM 2008

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
(i) Bagai menatang minyak yang penuh
(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

Jawapan:
i. Mak Jah menjaga anak angkatnya bagai menatang minyak yang penuh kerana dia tidak mempunyai anak sendiri.
ii. Walaupun Ahmad hanya belajar di sekolah yang biasa, tetapi dia mampu mendapat semua A dalam peperiksaan SPM kerana benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
iii. Penduduk kampung itu sentiasa menghadapi susah senang bersama ibarat hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.





SPM 2007

Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i) Bahasa Jiwa Bangsa
(ii) Bagai dakwat dengan kertas
(iii) Seperti air dalam kolam

Jawapan:
i. bahasa merupakan lambang keperibadian bangsa/bahasa identiti bangsa
ii. tidah pernah bercerai/suami isteri yang saling mencintai/tidak pernah bercerai/saling memerlukan/serasi/intim/akrab
iii. orang yang bersikap tenang/keadaan/suasana/situasi yang tenang




SPM 2006

Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Amir     :  Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.

Sofea    : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul.

Amir     : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana ___________(i)_________________

Sofea    : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah ________(ii)__________________

Amir     : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritika dengan lebih berkesan kerana ____________(iii)__________________

Jawapan:
i. Bahasa Menunjukkan Bangsa/Bahasa Jiwa Bangsa/Bahasa Melambangkan Bangsa
ii. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
iii. mata pena lebih tajam daripada mata pedang




Soalan SPM 2005

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

Jawapan:
(i) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
(ii) Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.
(iii) Ukur baju di badan sendiri.





Soalan SPM 2004

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebalinya mereka akan kehilangan segala-galanya.

Jawapan:
1. Bersatu teguh, bercerai roboh.
2. Bagai tanduk diberkas.
3. Kalah jadi abu, menang jadi arang