Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

08 February 2012

Peribahasa Dewan (K2)


1.                   kata yg benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan prb tidak mahu mengakui kebenaran;
2.                   elok kata dlm muafakat, buruk kata di luar muafakat prb kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat;
3.                   mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata ke hadapan prb memungkiri janji dgn tiba-tiba
4.                   katak di bawah tempurung prb orang yg teramat picik pengetahuannya;
5.                   katak ditimpa kemarau prb berkeluh-kesah dgn tidak keruan;
6.                   katak hendak jadi lembu prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb);
7.                   alim bagai katak tepi air prb orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmunya;
8.                   bagaimana hari tak hujan, katak betung dlm telaga berteriak selalu prb orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi;
9.                   laksana katak , sedikit hujan banyak bermain prb orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil;
10.               tak akan ada katak beranak ular prb a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai);
11.               terkilap-kilap bagai katak disemburi prb tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan;
12.               tiada akan licin katak puru, jika sentiasa berhujan sekalipun prb orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok.
13.               sekati sama berat, diuji sama merah prb sama tinggi darjatnya;
14.               hidup tidak kerana kaul, mati tidak kerana sumpah prb hidup mati terletak di tangan Tuhan
15.               kaut laba dgn siku prb sentiasa hendak beroleh untung banyak;
16.               umpama burung tumpang beramai dgn kawan banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang
17.               sungguh kawat yg dibentuk, ikan ditebat yg diadang prb tipu muslihat yg tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri;
18.               hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani;
19.               kalau ibu kaya, anak jadi puteri, kalau anak kaya, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak;
20.               orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah;
21.               orang kaya suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian);
22.               tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang;
23.               kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan prb pemimpin yg menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya;
24.               kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat prb kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yg menambah-nambah kesalahannya;
25.               kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn tangan prb orang yg tidak sempurna akal fikirannya;
26.               kayu yg banyak akarnya tak takutkan ribut = kayu yg berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak kawan tidak takut akan susah;
27.               bagai kayu lempung ditebuk kumbang tembus-menembus prb orang yg lemah mudah dianiayai oleh orang yg berkuasa;
28.               besar kayu besar dahannya = gedang kayu gedang dahannya prb apabila banyak penghasilan, besar pula perbelanjaannya;
29.               di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti prb tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah yg dimasuki pencuri;
30.               kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu prb kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan menjadi;
31.               laksana pohon kayu tidak berbuah prb ilmu yg tidak diamalkan tidak berguna;
32.               seberat-berat kayu terapung juga dlm air prb fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut;
33.               tak kayu jenjang dikeping prb dlm keadaan yg serba sukar, segala apa pun dibuat utk mencapai maksud;
34.               umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan prb nasib malang yg tidak dapat dielakkan lagi;
35.               umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain;
36.               kayuh sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak;
37.               (malu bertanya sesat jalan), malu kayuh perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan;
38.               kebat erat membuhul mati prb menetapkan sesuatu aturan atau perjanjian yg tidak dapat diubah lagi;
39.               kebat erat-erat membuhul mati-mati prb membuat perjanjian hendaklah dgn sempurna;
40.               kebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang prb orang yg tetap pendiriannya
41.               kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut prb orang yg berani tidak akan menjadi penakut (orang besar tidak akan hilang kekuasaannya)
42.               kecek anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi);
43.               kecek bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan;
44.               kecek bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan);
45.               kecek berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll)
46.               kecil jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa prb pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pd orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pd orang-orang muda);
47.               kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak prb kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yg sukar diubah apabila telah dewasa
48.               kecong-kecoh bertimbang ciak prb setiap dakwaan hendaklah didasarkan pd bukti-bukti yg cukup;
49.               kecubung berulam ganja prb sama-sama jahat;
50.               menggetil puncak kedal orang prb menyakiti hati orang dgn sindiran atau perbuatan
51.               laksana kedidi, di mana pantai terjengget-jengget (tercunggit-cunggit) prb orang yg sentiasa tidak tetap kelakuannya
52.               putih dikejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang;
53.               membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji prb mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain;
54.               tidak kekal bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya;
55.               kelahi di ekor alahan prb memperdebatkan perkara kecil atau perkara yg sudah selesai;
56.               kelahi dlm mimpi prb a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja;
57.               kelahi dgn orang tak berambut prb berkelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya;
58.               bagai kelahi dlm kapuk (kepuk) prb perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan;
59.               kelam disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama;
60.               kelapa ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda).
61.               kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran prb terlalu gemarkan sesuatu hingga sanggup membahayakan (membinasakan) diri
62.               kelekatu hendak terbang ke langit prb berkehendakkan atau mengerjakan sesuatu yg tidak mungkin berhasil;
63.               spt kelekatu masuk api, tidak tahukan mati lakunya prb umpama orang yg cintakan sesuatu hingga tidak menghiraukan bahaya;
64.               di mana kelentung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam prb di mana ada pemerintahan yg baik, di situ rakyat tinggal tetap dan berbahagia.
65.               spt keli dua selubang prb seorang perempuan yg mempunyai dua orang kekasih.
66.               tidak kelih mau tengok prb mahukan hasil (faedah) tetapi tidak mahu berikhtiar utk mendapatkannya
67.               jahit sudah, kelindan putus prb selesai semuanya;
68.               lalu penjahit, lalu kelindan prb apabila berhasil usaha yg mula-mula usaha yg berikut pun akan berhasil juga.
69.               tak kelipat perut prb tidak boleh menyembunyikan sesuatu atau menyimpan rahsia.
70.               spt kelopak pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan:
71.               betisnya spt kelopak pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal kelopak salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm perniagaan)
72.               bagai jawi ditarik keluan prb menurut sahaja semuanya;
73.               menjilat keluan bagai kerbau prb sangat kecewa (kerana tidak tercapai yg diharapkan);
74.               putus tali putus keluan, putus keluan rampung hidung prb perhubungan persaudaraan (kekeluargaan) yg telah putus sama sekali (kerana perselisihan);
75.               bagai keluan bebar petang prb berkerumun (berhimpun) beramai-ramai.
76.               keluh(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran prb Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan;
77.               salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah.
78.               apakah gunanya kemenyan sebesar tungku kalau tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau prb tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain;
79.               gaharu dibakar, kemenyan berbau prb memperlihatkan kelebihan supaya dipercayai orang
80.               patah kemudi dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi;
81.               kena batang hidung sendiri prb menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll);
82.               kena-kena spt santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan;
83.               kalau kena tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut prb kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yg berpanjangan
84.               kenal-kenal Cina prb baru kenal (belum mesra lagi);
85.               guru kencing berdiri anak murid kencing berlari prb murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya);
86.               orang yg kenyang, kalau dijamu dgn lauk yg sedap sekalipun, berkata tawar juga prb orang yg tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah
87.               sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut prb a) drpd sedikit menjadi banyak; b) perkara kecil dibesar-besarkan
88.               kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain prb manusia berlain-lainan pendapat;
89.               diberi (di) bahu hendak (ke) kepala prb diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia terus meminta lagi (bkn seseorang yg dimanjakan);
90.               sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan prb pd lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali;
91.               silap mata pecah kepala prb jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana;
92.               tidak tentu kepala ekor prb a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun
93.               umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang prb sesuatu yg disayangi tetapi merosakkan
94.               kepit daun kunyit prb Mn memuji diri sendiri;
95.               kepit kepala harimau prb menggertak (menakut-nakutkan) orang dgn mempergunakan nama orang yg berkuasa;
96.               kera dapat (diberi) bunga = bagai keradiberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya;
97.               kera lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya;
98.               kera menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya;
99.               kera menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya);
100.           bagai kera dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya;

No comments: