Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

23 December 2011

Peribahasa Dewan (D)


1. dada manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga;


2. belah dada lihatlah hati prb berkata dgn benar;


3. seluas dada tuma prb terlalu sempit;


4. tepuk dada tanya selera prb berfikir dahulu sebelum membuat keputusan;


5. tiba di dada dibusungkan, tiba di perut dikempiskan prb perlakuan yg tidak adil;


6. laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain;


7. perahu bertambatan, dagang bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya;


8. dagangan bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg diceritakannya kembali;


9. bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku daging prb iri hati melihat kelebihan orang lain;


10. sebusuk-busuk daging, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan;


11. spt janggut pulang ke dagu prb kena pd tempatnya.


12. biar dahi berluluk asal tanduk mengena prb biar bersusah payah asal maksud tercapai;


13. siapa pun jadi raja, tangan aku ke dahi juga prb siapa pun yg berkuasa, aku tetap menghormatinya.


14. nyamuk ditepuk menjadi daki prb tidak berfaedah melawan orang lemah, kerugian yg bertimpa datangnya.


15. bagai dakwat dgn kertas prb tidak pernah bercerai (spt suami isteri yg saling mencintai);


16. alang-alang berdakwat biarlah hitam prb berbuat sesuatu jangan alang kepalang.


17. dalam dua tengah tiga prb tidak jujur;


18. kilat di dalam kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku.


19. tak dan menggesek biola menari dahulu prb berbuat sesuatu sebelum masanya;


20. dapat durian runtuh = dapat harta karun = dapat harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka;


21. lepas putih hitam tak dapat prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang;


22. dapat terpijak prb memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha;


23. bagai anak dara mabuk andam prb lemah dan lesu tetapi tidak berpenyakit;


24. bagai anak dara sudah berlaki prb gadis tidak pemalu, pemalas lagi pengotor;


25. darah baru setampuk pinang prb masih terlalu muda;


26. bersukat darahlah baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah;


27. bersukat darah bertimbang daging prb melawan sampai mati;


28. menakik darah di batu (dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit);


29. minta darah pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya membantu;


30. di laut angkatan, di darat kerapatan prb kekuatan di laut bergantung pd angkatan perang, kekuatan di darat bergantung pd persatuan;


31. datang nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) prb datang dgn baik pergi pun hendaklah dgn baik juga;


32. datang spt ribut, pergi spt semut prb sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya;


33. datang tak berjemput, pulang tak berhantar prb tetamu yg tidak penting;


34. datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin prb keputusan yg adil;


35. datar saja lurah dgn bukit prb tidak membezakan antara kaya dgn miskin;


36. daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga prb tidak sama kasih kpd anak sendiri dgn kasih kpd anak orang;


37. daun nipah dikatakan daun labu prb salah faham yg terbit kerana malas bertanya;


38. daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga prb akan ketahuan juga kekurangan seseorang walaupun tinggi pengetahuannya, yg berguna tinggal dan yg tidak berguna terbuang;


39. bagai kucing main daun prb peri kehebatan seseorang;


40. sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau prb sekali membuat pekerjaan dua tiga maksud tercapai;


41. padi hendakkan dedak, bagai laki hendakkan kendak prb orang yg suka menolak pemberian yg baik dan lebih suka membuat pekerjaan buruk;


42. minta dedak kpd orang mengubik prb minta bantuan pd orang yg tidak mampu menolong.


43. spt dedalu api hinggap di pohon kayu; hinggap di batang, batangnya mati, hinggap di ranting, rantingnya patah prb apabila orang yg jahat bercampur dgn orang yg baik-baik, akhirnya rosaklah orang yg baik-baik itu;


44. cakap berdegar-degar, tahi sangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tidak ada apa yg dikerjakan.


45. dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk prb perkataan atau pengakuan yg dapat dibuktikan kebenarannya;


46. dekat tak tercapai jauh tak berantara prb sesuatu yg diinginkan tetapi tidak berdaya utk mendapatkannya;


47. bagai denai gajah lalu prb kerosakan yg besar;


48. dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk prb hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan mendengar cakap orang;


49. didengar ada, dipakai tidak prb tidak mengikut nasihat;


50. kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi prb orang yg bercakap besar sedang keluarganya melarat


51. deras datang dalam kena prb membuat sesuatu dgn tergesa-gesa akan mendatangkan kerugian;


52. deras spt anak panah terlalu cepat;


53. anak kunci jahat, peti dehaka prb suami yg jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya;


54. diam ubi lagi kental, diam besi lagi sentil = bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi prb diam orang yg berilmu itu berfikir, sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja;


55. kalau tak bermeriam, baiklah besi prb orang yg miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak;


56. yg disangka tidak menjadi, yg besi boleh ke dia prb orang yg bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dgn orang lain;


57. berdiang di abu dingin prb pertolongan yg sia-sia (tidak berguna);


58. sambil berdiang nasi masak prb sekali membuat sesuatu pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;


59. bagai pucuk pisang didiang prb lemah sekali (tidak bertenaga) kerana sakit dll;


60. sedikit kerja banyak berantun prb perihal kemalasan seseorang (orang yg tidak mahu berusaha membuat sesuatu);


61. sedikit- sedikit lama-lama jadi bukit prb sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga


62. dinding teretas, tangga terpasang prb bukti yg cukup utk menyatakan sesuatu hal;


63. jadi dinding tasak peti permainan prb orang harapan raja dan orang besar-besar;


64. nasi tak dingin pinggan tak retak prb perihal cermatnya melakukan sesuatu;


65. berdiri sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn;


66. dongak rupa kerbau jantan kemudian prb orang yg memperlihatkan keangkuhannya;


67. dua badan senyawa prb karib sekali;


68. dua kali dua empat = dua kali lima sepuluh = spt lima belas dgn tengah dua puluh prb sama sahaja;


69. antara dua tengah tiga prb orang sakit yg hampir mati;


70. dlm dua tengah tiga prb tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yg tidak tetap, bimbang;


71. duduk berkelompok, tegak berpusu prb orang yg duduk pd tempat selayaknya dlm sesuatu majlis;


72. duduk berkisar tegak berpaling prb mungkir janji atau tidak menepati cakap;


73. duduk di ambung-ambung taji prb orang yg selalu dlm kerunsingan;


74. duduk di dlm tabir langit-langit berbau tembelang prb perempuan yg berkurung dlm rumah tetapi kejahatannya diketahui orang;


75. duduk dlm duri yg banyak, bersandar di tiang rengas prb hidup yg serba salah kerana menghadapi bencana;


76. duduk dgn cupak gantang prb ketua yg adil;


77. duduk dgn sukatan prb orang yg kaya;


78. duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak prb orang yg sentiasa membuat kerja;


79. duduk sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi prb orang yg sama sedarjat;


80. duduk sehamparan, tegak sepermatang prb orang yg sedarjat dlm adat;


81. duduk seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-lapang prb fikiran yg diperoleh drpd perbincangan lebih bernas drpd fikiran yg bersendiri;


82. duduk spt kucing, melompat spt harimau prb orang pendiam yg tangkas bekerja dan berfikir;


83. belum duduk sudah berlunjur menganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yg belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai;


84. jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga prb jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga;


85. mendukung biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal;


86. didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya;


87. bagai dulang dgn tudung saji prb sesuatu yg berpadanan (spt suami isteri yg sama elok parasnya dll);


88. lain duduk lain kaki, lain orang lain hati prb tiap-tiap orang berbeza kesukaannya;


89. mengata duduk paku serpih, mengata orang awak (aku) yg lebih prb mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk drpd yg dicela


90. dunia diadang, kikir diperbuat, diunia diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan;


91. memakai dunia berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus;


92. duri di hutan siapa pertajam prb kekuasaan Tuhan itu tidak ada batasnya:


93. adakah duri dipertajam prb perselisihan tidak perlu diruncingkan lagi;


94. bagai duri dlm daging prb hal yg selalu menyusahkan orang:


95. air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam prb terlalu bersedih hati;


96. beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh;


97. dapat durian runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah;


98. masak durian masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki;


99. spt durian menunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya;


100. spt mentimun dgn durian prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya).


101. minyak duyung, perendang duyung prb melawan guru dgn ilmunya atau menghabiskan harta tuan atau ibu bapanya sendiri.


No comments: