Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

18 December 2011

Peribahasa Dewan (C)

1. kecil-kecil cabai melaka = kecil-kecil cabai rawit prb sungguhpun kecil, tetapi garang (berani);


2. siapa makan cabai dialah berasa pedas prb siapa yg bersalah dialah yg berasa tersindir (siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung akibatnya);


3. spt orang kecabaian prb tidak tentu hala rupanya (tidak boleh diam, gelisah sangat, dsb).


4. cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yg dilakukan;


5. dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk prb sesuatu pekerjaan itu kalau tidak difikirkan sendiri dgn betul-betul dan hanya mendengar cakap orang adalah mudarat akibatnya;


6. mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih cakap di mata-mata sahaja prb memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kpd orang yg tiada tentu;


7. calak ganti asah, menanti tukang belum datang prb menggunakan apa yg ada sementara menunggu yg lebih baik lagi (dipakai utk sementara waktu sahaja);


8. bercampur dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga;


9. minyak dgn air adakah bercampur prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat;


10. spt orang pemakan candu, dgn candu sampai mati prb sesuatu kebiasaan itu payah hendak dihentikan;


11. carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga prb perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga;


12. kata dahulu bertepati, kata kemudian kata bercari prb janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan;


13. sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga prb betapa pun kemajuan perubahan yg berlaku dlm negeri, tetapi kita (dia, mereka) tetap spt keadaan yg lama juga;


14. cekur jerangau berbau lagi = ~ jerangau belum habis lagi prb masih mentah lagi (belum matang), masih muda benar;


15. memanjat pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima kesusahan (hukuman) yg berat drpd kesalahan yg sedikit.


16. air dicencang, tiada putus prb perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga;


17. mencencang memampas, membunuh membangun prb yg bersalah mesti diberi hukuman yg sewajarnya;


18. sepandai-pandai mencencang, landasan juga yg habis prb walaupun banyak pertolongan, orang yg membuat kenduri (kahwin) juga yg banyak berhabis;


19. bagai cendawan kememeh prb mudah sahaja menangis;


20. bagai cendawan disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya;


21. bagai cendawan tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa;


22. di mana cendawan tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan;


23. cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;


24. cerai tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = cerai tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhubungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll)


25. cerdik bagai ekor kerbau prb orang yg melakukan sesuatu yg bodoh dan merugikan diri sendiri;


26. kalau hutang akan berbayaran juga, tidak guna orang cerdik pandai prb orang yg cerdik itu dapat mempertahankan yg salah menjadi benar (yg buruk menjadi baik);


27. siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung prb orang yg pandai bercakap putar belit akhirnya dipercayai juga cakapnya;


28. burung burung, anak di pangku dilepaskan prb kerana mendengarkan manis cakap orang, pekerjaan sendiri disia-siakan;


29. buruk muka cermin dibelah prb kerana kesalahan sendiri, orang lain yg dipersalahkan;


30. bagaimana cetak begitu kuihnya prb anak menurut kelakuan (sifat) bapanya (sesuatu itu menurut asalnya)


31. spt cicak makan kapur prb a) beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; b) bersenang hati (gembira).


32. yg dikejar tak dapat, yg dikandung (dikendong) berciciran prb apa yg dicari itu tidak diperoleh, barang yg ada pula hilang atau habis;


33. bertukar beruk dgn cigak prb tidak ada perubahan (sama sahaja halnya).


34. memperjuali orang cina penjahit prb mengajar orang yg sudah memang pandai;


35. cincin emas takkan tampan bermata kaca prb gadis yg elok dan hartawan takkan sejodoh dgn orang miskin dan hodoh;


36. bagai si kudung mendapat ~ prb berasa terlalu gembira mendapat sesuatu yg tidak pernah diperoleh;


37. spt cincin dgn permata prb sama padan, cocok benar


38. menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya prb menginginkan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh;


39. termakan (di) cirit berendang prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang;


40. jikalau kita duduk di atas ciu emas sekalipun, namun hati tiada senang jua prb jika hati tidak suka, bagaimana senang pun, tetap berdukacita juga.


41. condong yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan;


42. condong ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan;


43. condong yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka;


44. ke mana ciu, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharusnya atau menurut adat;


45. mengambil contoh kpd yg sudah, mengambil tuah kpd yg menang prb sesuatu yg hendak ditiru itu biarlah drpd contoh yg telah memberi hasil yg baik


46. bagaimana contoh, begitulah kuihnya prb anak itu menurut sifat atau teladan drpd orang tuanya;


47. cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang prb Mn telah lama adat berdiri bagi tiap-tiap pekerjaan;


48. kalau secupak tidak boleh jadi segantang prb sesuatu yg sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi;


49. lenggang-lenggok bagai cupak hanyut prb lenggang dan langkah yg lemah lembut;


50. membawakan cupak ke negeri orang prb Mn mamakai adat sendiri di negeri orang;


51. mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan;


No comments: