Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

12 June 2012

Peribahasa Dewan (U)

  1. sudah beruban baru berguam prb perihal orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda
  2. ubat jauh, penyakit hampir prb dlm kesusahan sukar mendapat pertolongan
  3. ada ubi ada talas, ada budi ada balas prb barang siapa berbuat sesuatu tentu akan mendapat balasannya;
  4. lamun ada ubi, tiada ubi, gadung jadilah prb jika tiada yg baik, yg kurang baik pun bergunalah
  5. ucap habis, niat sampai prb hasil yg diperoleh (dicapai) dgn segera (dilaksanakan sesuatu selepas dikatakan)
  6. hendak ucok dilawan damai, hendak perang giling peluru prb tidak menolak kehendak musuh atau lawan
  7. udang hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari;
  8. udang merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya;
  9. udang tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri;
  10. bagai udang dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran;
  11. bagai udang tahi di kepala prb banyak hutangnya;
  12. banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama
  13. uir-uir minta getah prb a) mencari-cari; b) perempuan yg suka menarik perhatian laki-laki
  14. sungguh diuja, dipegang ekor prb walaupun diberi kebebasan tetapi ada juga hadnya
  15. diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri)
  16. sekali lancung keujian, seumur hidup orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lamanya orang tidak percaya
  17. seukur berbaur, bertopang bercerai prb jika sekata tentu bercampur (bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu bercerai
  18. ukur baju di badan sendiri prb tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dgn kebolehan kita;
  19. ulam mencari sambal prb perempuan mencari (mendatangi) lelaki;
  20. hendak ulam pucuk menjulai, = pucuk dicita ~ tiba prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki
  21. ular bukan, ikan pun bukan prb seseorang yg tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya;
  22. ular kepala dua = sekerat ular sekerat belut prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dsb), orang yg munafik;
  23. ular dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = spt memalu ~ dlm benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak prb menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dgn seadil-adilnya;
  24. bagai ular dgn legundi prb perihal seseorang muda yg sangat lekat hatinya pd kekasihnya;
  25. bagai ular dgn orang prb perihal dua orang bersaudara yg tiada mahu berkenalan;
  26. biar ular mati dan kayu tiada patah prb binasakanlah musuh dgn tidak merosakkan diri sendiri;
  27. jika ular menyusur akar, tiada akan hilang bisanya prb orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun;
  28. kerosok ular si rumpun bambu prb jangan takut akan ancaman orang;
  29. macam ular kekenyangan prb perihal seseorang yg buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul;
  30. melangkahi ular prb melakukan sesuatu yg sangat berbahaya;
  31. naga ditelan ular lidi prb anak orang bangsawan berkahwin dgn orang kebanyakan;
  32. spt ular kena palu = cengkeling bagai ular dipukul prb a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah; b) bengkang-bengkok tidak beraturan (spt jalan atau jahitan yg tidak lurus);
  33. sudah tampak kaki ular prb telah diketahui tingkah laku seseorang yg buruk (yg dahulunya tidak diketahui)
  34. limau masak seulas prb kepandaian yg melebihi kepandaian saudara-saudaranya yg lain
  35. bagai ulat nangka terhempas ke batu prb orang yg jahat itu tidak berasa serik oleh kesusahan drpd kejahatannya;
  36. bagai melihat ulat prb sangat benci (meluat) melihat sesuatu;
  37. korek lubang ulat prb sengaja mencari perselisihan;
  38. menggeletik-geletik bagai ulat nangka = menggeletik-geletik bagai ulat cempedak = terloncat-loncat bagai ulat pinang prb a) orang yg gelisah; b) perangai yg tidak tetap dan tidak sungguh ketika duduk (berjalan); c) anak gadis yg lincah perangainya
  39. bagai umang-umang prb orang yg berlagak dgn pakaian yg dipinjam;
  40. laksana bintang umang-umang, di mana sarang udang, di situ tempat menumpang prb perihal kemiskinan seseorang yg bergantung hidup pd orang lain;
  41. sarang unam dimasuki ketam menjadi umang-umang prb a) orang yg menyamar kerana sesuatu muslihat; b) barang yg sama jika berlainan keadaannya maka berlainanlah pula namanya
  42. cari umbut kena buku prb mencari yg baik, mendapat yg buruk;
  43. mencari umbut dlm batu prb membuat pekerjaan yg sia-sia
  44. umpan habis, ikan tak dapat = habis umpan kerong-kerong tak dapat prb perbuatan atau usaha yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja;
  45. umpan seumpan, kail sebentuk prb perbuatan yg sia-sia (kerana tidak mempunyai persediaan yg cukup)
  46. tidak umpat yg membunuh, tidak puji yg mengenyang prb jangan dihiraukan sangat umpat atau puji orang kerana kedua-duanya tidak merugikan atau menguntungkan
  47. umur setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat
  48. unjuk yg tidak diberikan prb berjanji akan memberikan sesuatu tetapi hanya tinggal janji sahaja
  49. bagai unta menyerahkan diri prb a) orang yg sangat patuh menurut perintah; b) mengaku salah serta bertaubat drpd kesalahan itu; c) orang yg bodoh dan lurus itu selalu menjadi keuntungan dan kesukaan orang yg cerdik.
  50. untung ada, tuah tidak prb a) pulang pokok sahaja; b) seseorang yg mendapat sesuatu perolehan atau kelabaan tetapi dgn segera juga balik menjadi rugi dan hilang pendapatannya;
  51. untung melambung, malang menimpa prb seseorang yg mengalami kemalangan dan hilang pengharapan serta beroleh kesusahan pula;
  52. untung sabut timbul, ~ batu tenggelam prb jika bernasib baik, selamat, jika bernasib malang, binasalah;
  53. untung sepanjang jalan, malang sekejap mata prb kemalangan itu datangnya dgn tiba-tiba sahaja (sebab itu orang harus selalu berhati-hati);
  54. untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak prb nasib seseorang itu tidak dapat diubah;
  55. harapan si untung menggamit, kain di badan didedahkan prb kerana mengharapkan laba yg besar tetapi belum tentu dapat, lalu laba yg kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan
  56. harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan prb percaya kpd orang yg malas;
  57. kaki untut dipakaikan gelang prb maksud hendak memperelok tetapi menjadi bertambah buruk;
  58. lain yg bengkak, maka yg bernanah lain, yg untut lain, yg mengisut lain prb lain yg bersalah, lain yg kena hukum.
  59. unyai bak hujan pagi prb a) mesyuarat atau percakapan yg tidak penting tetapi berpanjang-panjang; b) pekerjaan yg dikerjakan lambat-lambat dan terhenti-henti pada hal dapat dikerjakan dgn lekas
  60. belum tentu si upik si buyungnya  prb belum tentu keputusan (kesudahan) sesuatu perkara.
  61. bagai uras katang-katang prb perihal orang yg sedang panas hati (hendak berkelahi)
  62. menghendaki urat lesung prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin akan dapat;
  63. nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk prb Mn orang yg berkaum menurut adat
  64. berhati baja, berurat kawat prb orang yg tabah serta keras hati
  65. usir asap, meninggalkan api prb melepaskan keuntungan kecil yg sudah tentu kerana mengharap keuntungan besar yg belum pasti
  66. usul menunjukkan asal prb perangai menunjukkan bangsa (darjat);
  67. usul usul, asal asal, asal jangan ditinggalkan prb dlm mengerjakan sesuatu patutlah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu dimulakan
  68. yg pekerjaan utus, bukan pekerjaan kera prb orang yg suka mempedulikan pekerjaan orang lain itu biasanya akan ditimpa bencana kerana perangainya yg tidak baik.

1 comment:

Anonymous said...

I’m not that much of a internet reader to be honest but your blogs really nice, keep it up!
I'll go ahead and bookmark your website to come back later. All the best

Stop by my web page ... buy rap beats exclusive
Also see my web page: buy rap beats cheap