Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

07 May 2012

Peribahasa Dewan (T)

  1. habis penabur Palembang tak alah prb sesuatu usaha yg tidak mendatangkan hasil cuma rugi semata-mata
  2. takut akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = takut akan lecah lari ke duri = takut akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar;
  3. takut mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang;
  4. takut pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya;
  5. digenggam mati, dilepaskan takut terbang prb sesuatu yg serba salah halnya;
  6. lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan
  7. tiada terbuangkan tahi mata dgn empu kaki prb aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga
  8. tahu makan tahu simpan prb merahsiakan sesuatu hendaklah dgn sempurnanya
  9. tiada serik dimakan tajak esok lusa ke bendang juga prb kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat atau kesusahan
  10. berapakah tajam pisau parang tajam lagi mulut manusia = keris lembing (pedang) tiada tajam, tajam lagi lidah (mulut) manusia prb kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam;
  11. yg tajam tumpul, yg bisa tawar prb Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana percakapan yg manis sengketa hilang
  12. belum bertaji hendak berkokok prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri
  13. takik darah di batu prb Mn meminta pertolongan kpd orang yg tidak mampu
  14. takut akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = takut akan lecah lari ke duri = takut akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar;
  15. takut mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang;
  16. takut pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya;
  17. digenggam mati, dilepaskan takut terbang prb sesuatu yg serba salah halnya;
  18. lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;
  19. takutkan hantu, terpeluk bangkai prb takut rugi atau susah sedikit, jadi rugi atau susah banyak
  20. spt talam dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg berseteru (utk keuntungan diri sendiri);
  21. spt air dlm talam prb dlm keadaan sentosa.
  22. tali di dlm bungkusan, digerek tikus apa gunanya prb seorang perempuan yg dlm pingitan telah melakukan perbuatan salah dgn diam-diam;
  23. tali jangan putus, kaitan jangan sekah prb menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dgn seadil-adilnya;
  24. tali yg tiga lembar itu tak suang-suang putus prb orang yg sekutu atau sebicara dlm sebarang hal ehwal itu selalu berjaya dlm pekerjaan;
  25. bagai tali berlembar empat, bagai tungku sejerangan prb perbuatan yg dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh seorang yg berilmu lagi berakal dan mahir tentulah jadi dgn sempurna;
  26. bagai menghela tali jala prb melakukan sesuatu pekerjaan dgn hati-hati supaya tidak kerugian;
  27. digantung sehasta tali prb perempuan yg ditinggalkan oleh suaminya dgn tidak diberi belanja dan tidak juga diceraikan;
  28. sepanjang-panjang tali, sekenyang-kenyang banting prb telah habis ikhtiar (tidak ada daya upaya lagi);
  29. sepanjang-panjang tali, tidak sepanjang mulut manusia prb sesuatu rahsia jika diketahui orang sebentar itu juga akan tersiar ke mana-mana
  30. tamak hilang malu, loba dapat kebiasaan prb sesuatu perolehan yg tidak mencukupi menyebabkan seseorang membuat kerja-kerja yg terhina
  31. menambak gunung menggarami laut prb memberi pertolongan kpd orang yg sekali-kali tidak perlu ditolong
  32. tampak duri tak akan mengait = tampak ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut
  33. menampalkan kersik ke buluh prb tidak ada guna (sia-sia) memberi nasihat kpd orang yg tidak mahu mendengarnya
  34. tampan sudah, langgam terbawa prb tiada bercela sedikit pun (orang, binatang, barang)
  35. biar kena tampar dgn jari yg bercincin drpd kena jentik dgn tangan yg berkudis = kalau kena tampar, biarlah dgn tangan yg pakai cincin, kalau kena tendang, biarlah dgn kaki yg pakai kasut prb kalau tersalah dlm sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa atau ditegur oleh orang yg berilmu drpd dianiaya oleh orang yg bodoh;
  36. se tampar seemas, dua tampar seemas baik ditampar benar-benar prb sepala-pala nama jahat jangan kepalang
  37. kalau menampi jangan tumpah padinya prb a) jikalau bekerja hendaklah dibuat dgn baik-baik; b) jikalau memilih sesuatu janganlah pula barang yg berguna sampai terbuang
  38. tampuknya masih bergetah ki ada mata pencariannya;
  39. darah setampuk pinang ki masih muda benar dan kurang berpengalaman;
  40. melanting menuju tampuk prb tiap-tiap usaha tentu ada maksudnya
  41. bagai bertanak di kuali prb bermurah-murah kpd orang lain sehingga mendatangkan kesusahan kpd diri sendiri
  42. ditanaknya semua berasnya prb Mn perihal orang yg suka memperlihatkan kepandaian atau kebijaksanaannya di hadapan orang ramai;
  43. berkotek (berketuk) di luar sangkar, bertanam di luar pagar prb sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan
  44. bagaimana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balasannya
  45. bertandang membawa lapik prb Mn berkunjung ke rumah sahabat dgn membawa bekalan dll sendiri;
  46. bagai bertandang ke surau = bagai bertandang ke rumah meranda prb berkunjung ke rumah orang dgn tidak dijamu apa-apa
  47. tanduk di kepala tak dapat digelengkan prb seseorang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri;
  48. bagai tanduk bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan;
  49. bagai tanduk diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg berlainan fikiran dll);
  50. bagai kerbau runcing tanduk = runcing tanduk prb orang yg terkenal jahatnya sehingga jikalau orang lain yg membuat kejahatan orang menyangka dia juga;
  51. menghendaki (menghendakkan) tanduk kuda = minta tanduk kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat;
  52. sedepa tanduk yg datang, sejengkal tanduk yg menanti, payah juga yg datang prb Mn perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri);
  53.  tak (dapat) tanduk telinga dipulas prb sanggup melakukan apa sahaja asal dapat membalas dendam
  54. tangan bagai lipas kudung prb perihal orang yg tangannya tidak mahu diam (spt kanak-kanak);
  55. tangan kanan jangan percaya tangan kiri = luka tangan kanan oleh tangan kiri prb jangan terlalu percaya pd sahabat kerana kerap kali sahabat juga yg mencelakakan kita;
  56. tangan mencencang (memetik) bahu memikul prb kesalahan yg kita buat itu kita sendirilah yg menanggungnya;
  57. tangan penat memerah, pasu mendapat santannya prb orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg mendapat nikmatnya;
  58. tangan yg celaka, kerja jatuh prb beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yg tidak senonoh;
  59. dlm genggaman tangan orang prb di bawah kuasa orang lain;
  60. digenggamnya tangan nya prb perihal orang kikir yg tidak sedikit pun sudi menolong orang yg sengsara;
  61. makan tangan prb mendapat rezeki lebih drpd yg diharap-harapkan
  62. tolak tanggaberayun kaki, peluk tubuh mengajar diri prb baik-baik dlm kesenangan dan pekerjaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia
  63. berjanjang naik, bertangga turun prb menurut darjat dan kedudukan masing-masing
  64. tangguk rapat keruntung bubus prb perihal suami isteri yg tidak bersetujuan sifatnya (suami banyak mendapat wang tetapi isterinya boros);
  65. bagai tangguk lerak dgn bingkainya prb suami isteri yg tidak pernah bercerai sampai ajalnya
  66. menangguk di air keruh prb mencari keuntungan dll sementara ada kekacauan (perselisihan dll);
  67. hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang prb hendakkan laba tetapi jadi rugi
  68. menangis daun bangun-bangun hendak sama dgn hilir air prb perbuatan yg sia-sia hendak menyamai orang lain yg lebih daripadanya;
  69. dipujuk ia menangis ditendang ia tertawa prb orang yg baru bekerja dgn baik dan sempurna sesudah ia dimarahi
  70. tanjak baru bertinjau prb berbuat sesuatu mengikut aturannya yg lazim
  71. tak lalu dandang di air, di gurun ditanjakkan prb menyampaikan maksud dgn pelbagai ikhtiar
  72. rosak tapai kerana ragi prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak cukup hati-hati itu jaranglah jadi sempurna
  73. cium tapak tangan, berbaukah atau tidak prb lihat diri sendiri, terlebih dahulu sebelum mencela orang lain;
  74. kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan prb menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang
  75. menari di ladang orang prb bersuka-suka memakai harta orang lain dgn tidak mengingat kerugian orang itu;
  76. menari yg tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkat = sebab tiada tahu menari dikatakan tanah lembap prb sebab tidak tahu membuat sesuatu pekerjaan, dikatakan perkakas yg salah atau tidak cukup
  77. ditarik ia menanduk, diiringkan ia menyepak prb a) orang bodoh yg tidak mahu menurut bicara orang; b) orang yg suka mengacau di dlm sesuatu permuafakatan, dikemukakan tidak baik, dikemudiankan pun tidak baik pula
  78. taruh beras dlm padi prb menyimpan rahsia baik-baik;
  79. taruh mata melihat, memerhatikan, mengawasi;
  80. ada beras taruh dlm padi, ada ingat taruh dlm hati prb kalau ada sesuatu cita-cita yg diinginkan tidak perlulah dikhabarkan kpd orang sebelum dikerjakan
  81. seumpama bunga di gaung batu, taruk kaca tangkainya embun prb perihal gadis cantik terjaga dgn baik dan sangat susah hendak didekati
  82. baru dimulai sudah tertarung prb baru dimulai sudah menemui rintangan (halangan);
  83. kaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya prb hendaklah ditunaikan segala janji (apabila berbuat sesuatu harus berani menanggung akibatnya)
  84. menatang setahun hujan di langit, air laut masakan tawar prb nasihat yg baik itu tidak akan dapat mengubah kejahatan yg besar;
  85. ditatang bagai minyak yg penuh = spt menatang minyak yg penuh prb sangat dikasihi dan dipelihara dgn sempurnanya;
  86. ditatang di anak lidah prb sangat kasih kpd anak isteri;
  87. jika secawan air tawar dibuangkan ke laut, bolehkah air laut itu menjadi tawar? prb bolehkah nasihat atau pertolongan yg sedikit itu menghilangkan kejahatan yg banyak (mengayakan orang miskin)
  88. hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan prb Mn hendak berbuat sesuatu dgn sesuka hati tanpa memikirkan sesuatu yg lain
  89. berarak ke tebing prb orang yg berlumba-lumba melakukan sesuatu yg mendatangkan kecelakaan
  90. tebu masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi;
  91. tebu seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya;
  92. tebu setuntung masuk geraham gajah prb pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya;
  93. bertanam tebu di bibir = tanam tebu di bibir mulut prb mengeluarkan kata-kata yg manis utk memujuk (memuji dll);
  94. dapat tebu rebah prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah;
  95. diminta tebu, diberi tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg diminta;
  96. jangan difikirkan kalau tebu itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg jahat itu selamanya jahat;
  97. seliang bagai tebu, serumpun bagai serai prb (orang yg) seia sekata;
  98. seruas tebu yg berulat (sebatangnya dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum;
  99. spt tebu, airnya dimakan, hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat
  100. tebuan meminang anak labah-labah prb jodoh yg tidak sepadan;
  101. sarang tebuan jangan dijolok prb jangan sengaja mencari bahaya (kesusahan);
  102. spt tebuan di dlm tukil prb percakapan yg kurang jelas
  103. kelapa ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya
  104. lagi teduh lagi berkajang, lagi terang lagi bersuluh prb memilih yg sebaik-baiknya (memilih menantu dll)
  105. hujan tempat berteduh, panas tempat berlindung prb orang yg selalu memberikan pertolongan kpd orang banyak dlm segala hal
  106. tegak pd yg datar prb tetap berpegang pd kebenaran;
  107. tegak sama tinggi, duduk sama rendah prb dua orang yg sama darjatnya;
  108. tegak seroman-roman, duduk serupa-rupa prb dipandang rupa sbg orang kaya (orang pandai) tetapi sebenarnya tiada harganya dlm masyarakat;
  109. yg tegak disokong, yg lemah ditopang prb orang yg kaya itu biarlah bertambah kaya tetapi yg miskin patut dibantu pula
  110. alah bisa tegal biasa prb kalau selalu diperbuat pekerjaan itu hilanglah ketakutan dan kecanggungannya (pengalaman praktik lebih berguna drpd teori)
  111. tegang dinanti kendur, keras dinanti lunak prb utk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak reda kemarahannya;
  112. tegang yg berjela-jela, kendur yg berdenting-denting prb pemerintahan yg baik, di dlm keras ada lunaknya dan di dlm lunak ada kerasnya;
  113. kendur mengusut, tegang memutus prb, Mn perihal pentadbiran yg kurang baik (kelemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan)
  114. bertegang urat leher bertegang buku lidah prb tidak ada yg mahu mengaku kalah (dua orang dlm perdebatan)
  115. yg teguh disokong, yg rendah ditindih prb ketidakadilan
  116. sedikit-sedikit teku , lama-lama menjadi bukit prb kalau kita berhemat sedikit-sedikit, lama-lama simpanan menjadi banyak juga
  117. paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka prb sesuatu yg selalu dicita-citakan
  118. telaga di bawah gunung prb perempuan yg banyak mendatangkan untung dan bahagia kpd suaminya;
  119. telaga mencari timba prb perempuan mencari laki-laki;
  120. adakah drpd telaga yg jernih itu mengalir air yg keruh? prb tidak mungkin orang yg bangsawan (berpelajaran) itu melakukan perbuatan yg keji-keji
  121. hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar prb berhadapan dgn sesuatu masalah yg sangat sulit, berada dlm keadaan yg serba salah
  122. telau bagai panas di belukar prb hukuman atau adat yg tidak sama rata
  123. teleng bagai cupak hanyut prb perihal orang yg sombong yg tidak sedarkan kekurangan dirinya
  124. biar teleng asal jangan tertangkup prb tiada mengapa rugi sedikit asal jangan habis semua sekali
  125. telentang berisi air, tertiarap berisi tanah prb perihal orang yg terlalu miskin (lemah), tidak berdaya upaya
  126. telinga bagai telinga rawah prb Mn a) tidak mengendahkan nasihat dan tunjuk ajar orang; b) tidak berasa malu mendengar perkataan yg tajam;
  127. telinga rabit, pasang subang di kaki = telinga rabit dipasang subang kaki, untut dipakaikan gelang, jari kontong dimasukkan cincin prb membuat sesuatu yg tidak layak akhirnya menjadi keaiban;
  128. telinga yg lembut itu kerap dipulas, yg bodoh juga yg ditipu orang prb a) orang yg pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; b) orang yg penurut selalu diperkuda orang;
  129. masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri prb tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yg diberikan;
  130. pilin telinga saring-saring prb Mn hendaklah difikirkan habis-habis sebelum mengerjakan sesuatu;
  131. rasa pedih cuping telinga prb marah kerana mendengar sesuatu yg tidak patut
  132. adat teluk timbunan kapar prb biasanya orang berpangkat (berkuasa dll) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan
  133. telunjuk lurus kelengkeng berkait prb perihal orang yg pd lahirnya kelihatan baik tetapi di dlm hatinya jahat;
  134. telunjuk mencucuk (merosok, menikam) mata (jari) prb orang yg dipercayai berbuat khianat kpd kita;
  135. menggigit telunjuk prb tidak tercapai maksud;
  136. runcing telunjuk memalit sambal lada prb perihal hidup miskin dan melarat;
  137. sebusuk-busuk telunjuk , telunjuk juga pencolek tahi mata prb sejahat-jahat kaum keluarga kalau seorang dihinakan orang semuanya akan turut membelanya
  138. ibarat telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya = spt telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya;
  139. spt telur di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya)
  140. ditetak belah, dipalu belah, tembikar juga akan jadinya prb walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga;
  141. hendaklah spt tembikar, pecah semua prb hendaklah hidup bermuafakat antara satu dgn lain;
  142. memberi makan anjing di tembikar, memberi makan gajah dgn alatnya prb tiap-tiap perbuatan yg dilakukan itu hendaklah bersesuaian dgn tempat dan keadaan
  143. asal berisi tembolok senang hati prb apabila sudah cukup makan dan pakaian, senanglah hati.
  144. kicang-kecoh tembung ciak prb tiap-tiap perkara yg hendak disiasat hendaklah ada buktinya
  145. berebut temiang hanyut, tangan luka, temiang tak dapat = merebut temiang belah prb perihal dua orang yg berkelahi (sampai luka-luka) merebutkan sesuatu tetapi barangnya tidak dapat
  146. tempat berpijak sudah terban, tempat bergantung sudah putus prb kehilangan orang tempat menumpangkan hidup
  147. kalau kubuka tempayan budu baru tahu prb kalau kupecahkan rahsiamu sudah tentu kamu mendapat malu;
  148. mulut tempayan bagaimana menjahitnya prb tidak dapat dilarang seseorang drpd mengatai kita (jika kita berbuat kejahatan);
  149. spt tempayan tertiarap di atas air prb perihal orang yg bebal dan tidak mahu menurut nasihat yg diberikan
  150. tengadah membilang layas, menangkup membilang lantai prb hendaklah difikirkan masak-masak sebelum membuat sesuatu pekerjaan
  151. tengah tulang bumbungan (punggung) prb Mn mahal tidak murah pun tidak (harga)
  152. untung sabut timbul, untung batu tenggelam prb untung-untungan mengerjakan sesuatu (jika untung baik, jika nasib malang binasa);
  153. yg disuruh tenggelam, yg menyuruh pun tenggelam prb orang yg lebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas (sia-sia belaka akhirnya)
  154. bak tengguli ditukar cuka prb Mn kejadian yg bertukar drpd suatu keadaan yg menggirangkan kpd yg menyedihkan (yg senang kpd yg susah)
  155. di tentang langit, langit, di tentang bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;
  156. bertenun sampai ke bunjainya prb mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna
  157. tepuk berbalas, alang berjawat = alang berjawat, tepuk berbalas prb baik dibalas dgn baik, jahat dibalas dgn jahat;
  158. tepuk dada tanya selera prb sesuatu pekerjaan yg akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis;
  159. tepuk nyamuk menjadi daki prb melawan orang yg lemah itu akan memburukkan nama sahaja
  160. bertepuk sebelah tangan tiada akan berbunyi prb tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi drpd satu pihak sahaja
  161. tepungnya ia mahu, kuihnya pun ia mahu prb hal orang yg tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua
  162. teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan prb perihal hati yg cenderung kpd kebaikan;
  163. teraju yg tak palingan prb hukuman yg adil (saksama)
  164. teras terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi teras, gubal melayang teras tinggal prb orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta;
  165. meskipun tertimbun dlm tanah, namun teras timbul juga prb orang yg berbudi baik itu sekalipun dlm keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia;
  166. bertemu teras dgn beliungnya prb dua orang yg berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah
  167. berteras keluar bagai pimping prb tampak di luar sahaja bagus (kaya dll) tetapi sebenarnya melarat;
  168.  di manakah teras kayu mahang prb janganlah diharapkan yg mustahil
  169. terban bumi tempat berpijak prb putus harapan kerana hilang tempat bergantung
  170. terbang bertumpu, hinggap mencekam prb jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya)
  171. terima panjang tangan, menghulur sekali belum prb perangai orang yg tamak hanya mahu menerima pemberian orang sahaja tetapi tidak mahu memberi
  172. tiang pandak hendak menyamai tiang panjang prb hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar)
  173. biar tersenget jangan tertiarap prb lebih baik rugi sedikit drpd habis semua sekali
  174. tidur tak lelap, makan tak kenyang prb perihal orang yg tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dll);
  175. bagai tidur di atas miang (enjelai) prb perihal orang yg sangat gelisah (kerana banyak perkara yg difikirkannya dll)
  176. tiga sudah berdiri habis prb sesuatu perbuatan itu memadailah dgn tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran;
  177. masuk tiga keluar empat prb perbelanjaan melebihi pendapatan
  178. ganti (menggantikan) tikar = lepas bantal berganti tikar prb berkahwin dgn adik isterinya (atau saudara suaminya) yg telah meninggal;
  179. awak tikus hendak menampar kepala kucing prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dicita-citakan atau diharap-harapkan;
  180. bagai tikus membaiki labu prb orang yg mencuba membaiki sesuatu yg tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya;
  181. (labu) ditebuk (dikerebuk) tikus prb gadis yg sudah dinodai;
  182. marahkan tikus, lengkiang dibakar prb kerana sakit hati akan sesuatu yg kecil maka melakukan sesuatu yg mendatangkan kerugian besar;
  183. rumah terbakar, tikus habis keluar prb apabila negeri ditimpa sesuatu malapetaka, penduduknya drpd orang dagang pun keluarlah meninggalkannya;
  184. spt tikus jatuh ke beras prb orang yg mendapat kedudukan yg mewah;
  185. spt tikus masuk roman prb orang yg berasa kecewa kerana tidak mendapat spt yg diharapkannya
  186. jatuh di atas tilam prb beruntung kerana berkahwin dgn perempuan cantik serta kaya dll;
  187. bertilam pasir prb tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di merata tempat)
  188. dahulu timah sekarang besi prb perihal orang yg turun pangkatnya (darjatnya dll)
  189. belum beranak sudah ditimang, belum duduk sudah berlunjur prb sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksud
  190. diperlelar timba ke perigi, tak sekali, sekali pecah = jangan diperlelar timba ke perigi, kalau tak putus, genting prb jangan diulang-ulang perbuatan jahat, lambat-laun mendapat sesuatu bencana juga
  191. timbang sama berat prb menghukum dgn adil
  192. pertimbangannya berat sebelah prb tidak adil
  193. timbun dikais, terbenam diselam prb a) perihal menyelidiki sesuatu perkara yg tersembunyi; b) menolong seseorang yg dlm kesusahan
  194. bagai timun dendang, di luar merah di dlm pahit prb mulut manis hati busuk
  195. timur beralih ke sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perempuan
  196. ditindih yg berat, dililit yg panjang prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd kemalangan dll)
  197. tinggi disusupi, rendah dilangkahi = tinggi disigai, besar ditebang prb dicari (disiasat) sehabis upaya;
  198. tinggi kelepur, rendah tikam = tinggi gelepur, rendah laga prb banyak cakap tetapi tidak ada buktinya;
  199. tinggi lawak-lawak prb perihal hidup melampaui kemampuannya (kuasanya);
  200. awak rendah sangkutan tinggi prb besar belanja drpd pendapatan;
  201. hendak tinggi terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah prb orang yg hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya;
  202. (yg) tinggi tampak jauh, yg dekat julung bersua prb pemimpin yg bertanggungjawab (yg mendapat pujian dan celaan)
  203. tingkalak menghadap mudik, lukah menghadap hilir prb segala sesuatu menurut adat kelazimannya
  204. duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarah prb tidak berhenti-henti bekerja dgn teliti
  205. air digenggam tiada tiris prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang
  206. lalu sembah berlaku prb jika kita turut kehendak orang, kehendak kita pun akan diikutnya pula
  207. titi air polongan asap prb orang pengantara yg menolong kita mencari keuntungan dll;
  208. titi biasa lapuk, janji biasa mungkir prb janji tidak harus dipercayai kerana boleh dimungkiri;
  209. membuat titi berakuk prb berusaha mengenakan tipu muslihat utk mendatangkan bencana kpd seseorang
  210. biar titik jangan tumpah prb biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar;
  211. takut titik lalu tumpah prb hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar;
  212. titik ditampung, meresap dipalit prb pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua
  213. dititik belah, dipalu datar prb kerosakan yg tidak dapat diperbaiki lagi
  214. menohok kawan seiring prb mencelakakan kawan sendiri;
  215. menohok sepeninggal ciling prb sudah selesai pekerjaan baru teringat bagaimana yg baik mengerjakannya
  216. menohokkan lembing ke semak prb (pekerjaan yg) sia-sia
  217. tohor-tohor sealahan prb tiap-tiap kerja itu hendaklah diselesaikan satu-satu (selesai satu barulah dibuat yg lain)
  218. bagai tokak lekat di kening prb malu yg tidak dapat disembunyikan;
  219. bagai rupa tokak dibasuh prb sangat buruk rupa
  220. bagai ayam ditombong kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi prb perihal orang yg bercakap besar dan terdengar ke mana-mana tetapi kaumnya sendiri dlm kehinaan dan kemelaratan
  221. tong kosong nyaring bunyinya = tong kosong berbunyi nyaring prb orang yg bodoh itu biasanya banyak cakapnya;
  222. adakah air yg penuh dlm tong itu berkocak, melainkan air yg setengah tong itu juga yg berkocak prb orang yg tidak berilmu juga yg banyak cakapnya
  223. bagai mengatai tonggak prb perihal memberi nasihat kpd orang yg hanya diam sahaja
  224. tertonggeng bagai kodok dlm lubang prb perihal orang miskin dlm kesusahan.
  225. ke hulu menongkah surut, ke hilir menongkah pasang prb selalu rugi (sial)
  226. tongkat membawa rebah prb orang yg diamanahkan membuat sesuatu dia sendiri merosakkannya;
  227. lagi menongkah lagi senjata prb perihal seorang yg mendapat dua macam pertolongan dlm satu pekerjaan;
  228. patah menongkah bertelekan (berjeremang), habis hulubalang bersiak prb terus berusaha (tidak pernah putus asa)
  229. bertongkat jarum prb sesuatu yg mustahil diperoleh (ejekan);
  230. bertongkat senduk (tempurung) Mn, prb sudah tua sekali (orang); bertongkat tebu Mn, prb berjalan bersama-sama isteri atau kekasih;
  231. patah sayap bertongkat paruh prb tidak putus asa mengerjakan sesuatu dgn sehabis-habis usaha
  232. bandar terbuka dagangan murah, badan sudah bertongkat prb sudah terlambat;
  233. berdengking si bertongkat memekik, mustahil akan menggigit jema prb orang yg terlalu marah yg hanya memekik-mekik sahaja (tidak berani memukul dll);
  234. sudah bertongkat dr kakak, sudah cerdik dr mamak prb anak muda yg takbur (tidak mahu bermuafakat lagi dgn keluarganya dlm sesuatu pekerjaan);
  235. orang bertongkat diajar makan pisang prb sia-sia mengajar orang yg sudah pandai
  236. tuah anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain;
  237. tuah ayam boleh dilihat, tuah manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu;
  238. tuah kerbau gemuk, tuah lumbung berisi, tuah manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu);
  239. tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang yg ditimpa oleh kesusahan besar;
  240. tuah sebesar bukit, celaka menimpa badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaannya, oleh itu penghidupannya menjadi susah;
  241. menghijau tuah, najis keluar prb kerana hendakkan kemuliaan (kehormatan) seseorang boleh mendapat kehinaan;
  242. tiada tertikam tuah oleh berani prb orang yg bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian
  243. hendak kaya berdikit-dikit hendak bertuah tertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani;
  244. sudah dapat gading bertuah tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih baik yg kurang baik ditinggalkan
  245. bagaimana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap perbuatan akan mendapat balasan yg wajar
  246. tuak keras tuak yg mudah memabukkan; tuak manis tuak yg tidak keras (tidak mudah memabukkan);
  247. tuak terbeli, tunjang hilang prb, Mn ditimpa kecelakaan (kekecewaan, kesusahan)
  248. sebelum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis prb a) sebelum ditimpa kesusahan tidak dapat seseorang itu memikirkan bagaimana kesusahan itu; b) berita yg belum sah lagi biasanya sudah diperbesar-besarkan
  249. tuba binasa ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia atau merugikan;
  250. bagai (spt) ikan kena tuba prb tidak berdaya lagi
  251. tolak tangan berayun kaki peluk tubuh mengajar diri prb membuang kehidupan yg senang-lenang
  252. asal ditugal adalah benih prb sesuatu usaha itu tentu ada hasilnya
  253. tukang tidak membuang kayu prb orang yg cerdik sayang kpd sekalian macam orang kerana tiap-tiap mereka itu ada gunanya
  254. minta tulang ke lidah = minta tulang ke lintah prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat;
  255. putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga prb budi bahasa yg baik itu tidak akan dilupakan orang;
  256.  ringan tulang berat perut prb orang yg mahu bekerja berat serta dgn rajinnya tentu akan mendapat rezeki;
  257.  tinggal tulang dgn kulit = tinggal kulit pembalut tulang prb perihal orang yg sangat kurus
  258. spt tulis di atas air prb nasihat yg baik itu tidaklah berguna kpd orang yg memang jahat
  259. perkuda tuma prb sesuatu yg mustahil akan diperoleh;
  260. sembunyi tuma kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg kurang baik dan menyangka tiada siapa yg mengetahui walhal diketahui semua orang;
  261. takutkan tuma dibuangkan kain prb sebab takut akan rugi yg sedikit lalu mendapat rugi yg lebih besar lagi
  262. tumbuh di tanah yg gembur prb anak gadis yg kaya ibunya;
  263. di mana tumbuh di situ disiang prb jika telah terjadi sesuatu perkara atau perselisihan barulah diperiksa (diselesaikan);
  264. kerambil tumbuh di matanya prb a) perempuan muda yg elok rupa parasnya dan kaya pula; b) pembesar negeri yg cerdik lagi berada;
  265. tak tumbuh tak melata prb orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya
  266. tumbuk dlm lesung, bertanam di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya;
  267. bagai tumbuk padi hampa prb hal seseorang yg terbilang kekayaannya tetapi yg sebenarnya dia miskin
  268. tertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri prb kalau tersilap mengerjakan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat diteruskan hendaklah dicari jalan lain
  269. cakap berdegar-degar, tumit di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut.
  270. baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya prb baru sedikit mendapat keuntungan sudah memboros-boros
  271. dlm menunduk ia menyonggeng prb seseorang yg berlainan mulut dgn hatinya
  272. mati ayam, mati tungaunya prb a) apabila tuannya atau ketuanya mendapat kecelakaan anak buahnya turut merasainya juga; b) hal dua orang yg sangat berkasih-kasihan (mati satu mati kedua-duanya)
  273. tunggu tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll)
  274. tunggul kayu ditarah pelicin, (dia) elok juga, jangankan manusia = tunggul itu kalau dipakai, elok juga prb perempuan yg buruk itu akan cantik juga kelihatannya apabila diberi pakaian yg elok;
  275. tunggul terbakar di tengah huma prb rupa seseorang yg sangat hitam;
  276. berunding dgn tunggul prb perihal menanyai dan memberi nasihat kpd seseorang yg hanya mendiamkan diri (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan);
  277. bertunggul pemarasan prb pekerjaan yg tidak sempurna
  278. bagai rupa tungkahan prb muka orang yg sangat buruk;
  279. berunding dgn tungkahan prb perihal menanyai atau menasihati orang yg hanya mendiamkan diri sahaja (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan)
  280. jauh dapat ditunjuk, dekat dapat ditunjal prb sesuatu yg diperkatakan dapat dibuktikan kebenarannya
  281. bertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya
  282. spt mengadu tuntung jarum prb menyatakan fikiran yg sukar-sukar itu terlalu susah
  283. bagai tupai bergelut prb rupa kehebatan langkah seorang pendekar tatkala menarikkan pedang;
  284. sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan gawal juga prb sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya
  285. sama turun dgn malim prb perempuan yg dlm tempoh sebulan sahaja sesudah kahwin diceraikan oleh suaminya

1 comment:

zul said...

Ketahui Kolej Yang Sesuai Untuk Anda Selepas SPM di  website saya ni ;)