Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

08 April 2012

Peibahasa Dewan (P2)


1.            dianjungkan spt payung, diambak spt kasur prb terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (terutama orang besar-besar); sediakan payung sebelum hujan prb hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yg kurang baik
2.            pecah bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini;
3.            pecah kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diperbaiki lagi;
4.            pecah menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll
5.            pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan = bulat segiling = pecak setapik prb Mn sudah sepakat benar, seia sekata
6.            (spt) kena pedang bermata dua prb terlalu sakit hati; menepek mata pedang prb menentang orang yg kuat (berkuasa);
7.            belum tahu dipedas lada prb belum ada pengalaman;
8.            supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam prb supaya tahu akan susah hidup
9.            bagai memegang buah kepantangan beruk, ditelan mati emak, diludahkan mati bapak prb dlm keadaan serba salah
10.        yg pekak pelepas bedil, yg buta pengembus lesung, yg bisu penggera ayam, yg lumpuh penghuni rumah prb setiap orang ada gunanya
11.        alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan prb membuat sesuatu hendaklah sampai sudah (tidak alang kepalang)
12.        membuka pekung di dada = meraih pekung ke dada prb mendedahkan keburukan diri, sengaja mencari malu (kesusahan)
13.        pelabur habis Palembang tak alah prb modal telah banyak habis tetapi faedah akhirnya tiada.
14.        pelanduk dua serupa prb dua orang yg seakan-akan sama rupanya;
15.        (bagai) pelanduk di dlm cerang = pelanduk dicerang rimba prb gelisah kerana ketakutan (kesusahan); pelanduklah melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk prb orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam;
16.        spt pelanduk terlepas drpd jerat prb perihal terlepas drpd sengsara
17.        pelanting memilihi, terserak mengampungkan prb Mn kewajiban mamak utk menjaga harta benda kemanakannya (menyatukan mereka kembali jika kemanakan itu cerai-berai);
18.        yg pelanting akan dipilih yg terserak tidak dikampungkan lagi prb Mn mestilah hemat tetapi apabila perlu jangan kikir mengeluarkan belanja
19.        pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak prb mestilah ingat bahawa semua yg hidup akan mati juga sudahnya
20.  pelesit dua sejinjang prb perempuan yg menduakan lakinya;
21.  pelesit dua sekampung prb lelaki yg membuat adik ipar sbg isterinya
22.  menanti pelir kambing terputus prb menanti sesuatu yg mustahil.
23.        memasang pelita tengah hari prb menerangkan sesuatu yg sudah jelas, perbuatan yg sia-sia;
24.        pasang pelita dilanggar tikus prb keadaan yg menyenangkan tetapi hapus oleh sesuatu yg kecil
25.        tak empang peluru di lalang = tiada terempang peluru oleh lalang prb orang yg lemah tidak dapat menegah kehendak orang yg berkuasa
26.        laksana pencalang sarat, tiada ke timur tiada ke barat prb orang yg sudah berpakaian cantik dan berhias tetapi duduk di rumah sahaja
27.        pendekar elak jauh prb orang yg amat berhati-hati dan sentiasa bersedia mengelakkan diri drpd bahaya;
28.        tiada ada pendekar yg tak bolos, tak ada juara yg tak kalah prb bagaimana pandai seseorang itu ada kalanya
29.        kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak
30.        pantangan penghulu menyingsingkan lengan prb orang yg berakal budi harus banyak berfikir dan jangan terdorong oleh hawa nafsu
31.        kici itu pun ditutuhnya dibuat penjajap perang; spt penjajap berpaling hendak hilir prb (perempuan) berjalan keluar rumah dgn hebat dan menarik
32.        orang berdendang di pentasnya prb orang berkuasa di rumahnya sendiri
33.        penyu bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri prb keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang
34.        pepas dlm belanga prb mencari keuntungan drpd keluarga atau kawan sendiri
35.        pepat di luar rencong (pancung) di dalam prb baik pd lahirnya tetapi hatinya jahat
36.        perahu bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdagangan); perahu papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan;
37.        ibarat perahu takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh kedua-duanya;
38.        terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati-hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik
39.        perang bermalaikat sabung berjuara prb kita berusaha tetapi Tuhan yg menentukan berjaya atau tidak;
40.        kalau tak takut akan mati tak sedunia perang prb dikatakan tentang pekerjaan yg amat berbahaya tetapi digemari orang
41.        perempuan melangkahi ular tiada lepas prb perihal kelemahan perempuan;
42.        bagai bunyi perempuan di air prb sangat bising (riuh-rendah)
43.        ada pun buah peria itu kalau ditanam di atas batas sakar dan dibaja dgn madu, lagi disiram dgn manisan serta diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga prb orang yg tabiatnya jahat dan tidak akan dapat diperbaiki lagi;
44.        sudah tahu peria pahit prb kesal terhadap orang yg mempercayai orang yg diketahui tidak jujur
45.        bagai bunyi perian pecah prb suara yg buruk (tidak merdu);
46.        bagai mengisi perian bubus prb pekerjaan yg sia-sia sahaja
47.        lopak (men)jadi perigi prb naik darjat (menjadi kaya dll);
48.        orang yg menunggu perigi itu, bilakah ia mati dahaga? prb orang yg hampir dgn orang yg berilmu (kaya dll) tidak mungkin menjadi bodoh (susah dll);
49.        sebab berkelahi dgn perigi akhirnya mati dahaga prb jangan menentang orang yg berkuasa nanti kita juga yg mendapat kesusahan
50.        periuk mengumpat belanga prb mengatakan kekurangan orang padahal keadaan sendiri begitu juga;
51.        barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga prb barang di mana pun kehidupan orang yg miskin itu miskin juga;
52.        besar periuk besar kerak(nya) prb besar pendapatan besar pula perbelanjaan;
53.        di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal prb perihal orang yg mengembara yg tidak menghiraukan di mana ia akan mati atau ditanam;
54.        jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung prb jangan hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar adat kebiasaan;
55.        menumbuk di periuk, bertanak di lesung prb mengerjakan sesuatu dgn cara yg ganjil (luar biasa)
56.        permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya
57.        permata dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan;
58.        permata lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll);
59.        bagai menjaga permata intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll);
60.        spt cincin dgn permata prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll)
61.        perut besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu miliknya sendiri atau tidak;
62.        perut buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya;
63.        perut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan);
64.        perut panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah);
65.        mencarikan perut tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari penghidupan;
66.        tak berkelipat perut prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri;
67.        tiba di perut dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman)
68.        berpesan berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya
69.        sbg petai sisa pengait prb tidak berguna sama sekali;
70.        kulai-balai bagai petai sisa pengait prb seseorang yg lemah-lembut tingkah lakunya;
71.        menjual petai hampa prb bercakap yg bukan-bukan, omong kosong
72.        bagai kilat senja, bagai petir tunggal prb tangkas sikap dan kuat bunyi suaranya (pahlawan dll)
73.        lurus bagai piarit prb rupanya saja baik tetapi hatinya jahat
74.        terpijak benang arang, hitam tapak prb berbuat jahat jahatlah balasannya;
75.        terpijak di bara panas prb sangat gelisah;
76.        terpijak di tanah kapur putih tapak, terpijak di tanah arang hitam tapak prb perbuatan baik, baiklah akibatnya, perbuatan jahat, jahatlah akibatnya
77.        kerana pijat mati tuma prb mendapat kesusahan kerana bersahabat dgn orang jahat;
78.        marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah prb kerana takutkan bahaya yg kecil keuntungan yg besar dibuang akhirnya diri sendiri yg merana;
79.        pijat menjadi kura-kura prb orang kecil (hina) menjadi orang besar (mulia)
80.        spt pikat kehilangan mata prb bingung tidak tentu arah (kehilangan akal)
81.        akan pikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada berwang);
82.        berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung
83.        pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk
84.        pilin kacang hendak mengebat, pilin jering hendak berisi prb suatu pembicaraan atau perbuatan itu mempunyai maksud dan tujuannya
85.        bagai pimping di lereng prb orang yg berpendirian tidak tetap;
86.        lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda prb puji-pujian terhadap perempuan yg cantik potongan badannya;
87.        kesat daun pimping prb lemah tetapi membahayakan;
88.        kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur prb orang miskin dan tidak berilmu yg tidak berguna tetapi jika berperangai baik ada juga faedahnya
89.        spt pinang dibelah dua prb dua orang (suami isteri, teman dll) yg hampir-hampir serupa (sama cantik dan sama padan);
90.        pinang pulang ke tampuk prb sudah cocok benar (sudah pd tempatnya);
91.        pinang tua merah ekor prb Mn perempuan yg sudah berumur tetapi berkelakuan spt perempuan muda;
92.        bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri prb Mn melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa;
93.        darah baru setampuk pinang prb masih muda benar;
94.        kasihkan pinang sebatang drpd aur serumpun prb Mn lebih sayang kpd orang lain drpd kaum keluarga sendiri.
95.        tujuh kali pindah jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan
96.        pinggan tak retak nasi tak dingin prb cermat melakukan sesuatu pekerjaan;
97.        spt pinggan dgn mangkuk, salah sedikit hendak berhantuk prb perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara biasa
98.        pinggang ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai sepinggang prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll
99.        pinjam kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya
bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg membahayakan;

4 comments:

Anonymous said...

Comparable working day fitting financial products really are a sort
of cash advances presented in a calendar month interval
through catastrophe situations. These don’t need any proof of situations’ urgent, neither of them they require surety, history of credit none other things.

Chances are you'll system a secondary, quite a few valuable brings home or maybe take care of your company payments – Same working day payments lending options will assist you in different occurrences. At this time all of these lending products can be purchased online.

Also visit my homepage: pożyczka bez bik

Anonymous said...

Very same time installing funds are actually a type of fast payday loans furnished for your 30 days phase around emergency instances.
That they don’t need your proof of situations’ unexpected emergency, or
they need surety, credit file none other things. You'll program a holiday, certain very important brings home or maybe even deal with your business bills – Exact working day fitting personal loans will let in any incidents. In these days these kind of financial products are accessible on-line.

Feel free to visit my web-site - pożyczki pozabankowe

Anonymous said...

Similar morning payment financial loans are generally
a make of cash advances available for one week time period in crisis cases.
Many don’t have to have that proof situations’ sudden,
neither they might require surety, credit rating neither other things.
You could possibly schedule a holiday, a number of crucial products
and services as well as cover your organization obligations – Identical day sequel
financial loans can help you in different scenarios.
Presently all these financial loans can be bought internet.



Here is my site chwilówki

Anonymous said...

Payday lοаn aгe rapid ρrofіt lenԁіng products that are available
within bricks-and-moгtar organіsаtions,
just like network pаy day loan firms, or maybe on line.
All these quickly, hassle-free lоanѕ often bring a better interest aѕ opρosed to typiсal, short-term financial products rіght from banks οr maybe credit unions.
Intendeԁ to asѕistanсе typical most pеoplе like еvеrуone еlse to maκe this bу іncome towardѕ paycheck,
a maϳoritу οf these loans агe actually
thаt will passage all the hole that hаppens travellers have the “too a great deаl month
in the end within your moneу”.

Oncе you selеct а unѕecured guaгantоr loаn on thе nеt, you’ll сonnеctiοn quicκlу income who
assist you in appointment any neaгly all puѕhing bills, right from the ease and comfort and adԁitіonally secrecy of one's property. That’s how come numerous present day ındividuals are selecting to take over the money them to demand by the web, ınstead of pounding all the tarmac, on the lookout for cost effective in addition to respected pay day loan chain stores to their individual area.

Feel free to surf to my web blog kredyty na dowod