Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

19 April 2012

Peribahasa Dewan (R)

  1. telinga rabit dipasang subang, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan cincin prb pemuliaan kpd yg tidak patut dimuliakan
  2. sehabis rabuk sehabis putaran prb kerja selesai wang pun habis;
  3. spt rabuk dgn api prb mudah terjadi perkara yg kurang baik kalau didekatkan (jika gadis didekatkan dgn teruna)
  4. tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan prb orang yg biasa bercampur dgn orang yg berakal itu susah hendak dikalahkan
  5. jikalau air racun, rembesnya pun racun juga prb jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga
  6. bagai dirahap kain basah prb dingin sejuk badan kerana melihat (mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri;
  7. meraih pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana;
  8. meraih pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri;
  9. malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd untung (nasib)
  10. raja adil raja disembah, raja tak adil raja disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci;
  11. siapa pun menjadi raja tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga;
  12. spt raja dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal;
  13. tak ada (tiada) raja menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati
  14. rajuk pd yg kasih (sayang) prb barang kehendak janganlah yg mustahil (hendaklah mana yg mungkin)
  15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian prb bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang
  16. ramai beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama
  17. rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan;
  18. bagai rambut dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil);
  19. spt bergantung pd (di) rambut sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya;
  20. spt menghela rambut dlm tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya
  21. gelagah boreh rambutan jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak prb perihal nasib yg malang seseorang yg berbuat spt orang lain tetapi tidak beroleh faedah (spt orang lain)
  22. ranap petulang, ijuk penebal prb pencarian tambahan selain gaji (tetap)
  23. tampak ranggas tak akan meleting prb perihal mengetahui bahawa seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau penakut
  24. rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendanai prb harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat;
  25. rantau jauh tidak terulangi, rantau dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg sangat tua yg tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan bergalah hanyut serantau prb kalau malas berusaha bencanalah akibatnya;
  26. teluknya dalam, rantaunya sakti prb sukar dialahkan
  27. di mana ranting dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya;
  28. ingat ranting yg akan melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg akan mengait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan
  29. rapat sambil belayar prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;
  30. turutkan rasa binasa, turutkan hati mati prb perihal orang yg menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya binasa juga;
  31. yg dimakan rasa, yg dilihat rupa, yg didengar bunyi prb melihat sesuatu menurut keadaannya yg terbukti dan sudah dipersaksikan
  32. gar-gar kata pelantar, rasuk juga yg menahannya prb kita tidak boleh mendengar cakap orang yg tidak bertanggungjawab
  33. ratap petolong ijuk penebal prb penghasilan tambahan (bukan penghasilan sbg pokok penghidupan)
  34. harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam prb kerana hendak hidup dgn kemewahan habis harta benda
  35. dapat tebu rebah prb mendapat untung; sokong membawa rebah prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri
  36. rebung tidak jauh dr rumpun prb perangai anak hampir sama dgn perangai orang tuanya;
  37. rebung tak miang, bemban pula miang prb orang yg bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut campur;
  38. tatkala lagi rebung tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya prb mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi;
  39. berebut rampas bertanda beti prb semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah cukup buktinya
  40. rendah di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat
  41. berendam sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba kekurangan)
  42. termakan cirit rendang prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai orang
  43. retak batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll);
  44. retak-retak bulu ayam prb mudah didamaikan (perselisihan dll);
  45. retak menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi besar; b) hanya tinggal menantikan timbulnya malapetaka yg lebih besar (pergaduhan, kematian, dll);
  46. retak pertujuh Mn prb perasaan hati yg hancur (kerana tersangat merindu);
  47. bukan di retak panas prb Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan);
  48. rezeki elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain
  49. riak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya)
  50. bak kambing rega serial prb perihal orang yg tidak senonoh kelakuannya (tidak tentu kedudukannya, bercakap ke sana sini dgn cakap yg tidak ada ertinya);
  51. jikalau tiada rial di pinggang, saudara yg rapat menjadi renggang prb jikalau sudah miskin, orang pun tidak menyukai kita lagi
  52. tak ada ribut masakan daun bergoyang prb tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu perkara
  53. ringan sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ringan sejinjing prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama mengerjakan sesuatu; ringan tulang berat perut prb siapa yg rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki
  54. untung sbg roda pedati prb nasib manusia berubah-ubah (yg miskin menjadi kaya, yg kaya menjadi miskin)
  55. rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok
  56. ada rotan ada duri prb ada kesenangan tentu ada kesusahannya;
  57. bagai rotan, asal berinsang dicucuk sahaja prb perihal orang yg tidak memilih pekerjaannya (perbuatannya);
  58. kerat rotan patah arang prb putus pertalian (perhubungan) yg tidak dapat disambung (didamaikan) lagi;
  59. tiada rotan akar pun berguna (jadi) prb kalau tidak ada yg baik sekali, yg kurang baik pun berguna juga
  60. merajukkan air di ruang, hendak karam ditimba juga prb marah yg tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kpd kita
  61. bertemu (berjumpa) ruas dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ruas prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal);
  62. terhentak ruas ke buku prb Mn hilang akal;
  63. tinggi terbawa oleh ruas nya prb perihal seseorang yg masih bodoh walaupun tubuhnya besar
  64. rugi menentang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk mendapat sesuatu yg dikehendaki
  65. rumah buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek;
  66. rumah gedang ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa bahagia kpd suami;
  67. rumah gedang bersendi perak prb orang bangsawan dan kaya pula;
  68. rumah sudah, tukul (pahat) berbunyi prb mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan;
  69. dalam rumah membuat rumah prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja dgn orang lain;
  70. diseluduki bawah rumahorang berluluk kepala = masuk ke bawah rumah orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu;
  71. memperlihatkan rumah buruk kpd orang maling prb mempertontonkan rahsia sendiri kpd orang;
  72. tiada berorang di rumah prb perihal seorang perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi
  73. alah di rumpun betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di rumpunnya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya
  74. rumput mencari kuda prb perempuan yg mencari laki-laki;
  75. bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai ke kaki tangga prb kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar;
  76. embun di hujung rumput prb sesuatu yg mudah hilang atau tidak tetap;
  77. ibarat rumput yg sudah kering, ditimpa hujan segar kembali prb perihal orang yg sengsara yg dgn tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga hidupnya terasa sangat berbahagia;
  78. terhenti-henti bagai rumput di tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu prb perihal kehidupan yg melarat;
  79. runcing tanduk bangkah kening prb sudah terkenal kejahatannya
  80. runding banyak nan ka disebut prb jika banyak berembuk akan dicapai keputusan
  81. langit runtuh bumi cair = langit runtuh bumi telah terban prb kehilangan orang tempat menumpang hidup
  82. rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati prb terlalu susah hendak mengubah tabiat;
  83. rupa harimau hati tikus prb nampaknya gagah berani tetapi sebenarnya penakut;
  84. bagai rupa orang terkena beragih prb muka masam kerana rugi dll (ketika berbagi barang-barang syarikat);
  85. indah khabar dr rupa prb khabar selalunya lebih baik drpd keadaan sebenarnya
  86. jika tidak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagu prb tidak akan tercapai cita-cita dgn tidak berusaha kuat;
  87. awak yg payah membela ruyung, orang lain yg beroleh sagunya prb kita yg berusaha dan bersusah payah tetapi orang lain yg mendapat faedahnya

1 comment:

garancafiero said...

Casino & Racetrack - Mapyro
The Casino at Penn National Race Course features 24 live games, and more than 메이피로출장마사지 200 제주도 출장샵 slot machines. 대구광역 출장마사지 This racetrack features 포천 출장안마 a 창원 출장마사지 seating area,