Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

08 April 2012

Peibahasa Dewan (P1)


1.            pacat hendak menjadi ular sawa prb a) perihal orang yg hina (miskin) berlagak spt orang yg mulia (kaya); b) berangan-angankan sesuatu yg tidak mungkin tercapai;
2.            spt pacat melompat prb lintah darat;
3.            spt pacat (kenyang) prb perihal orang yg setelah habis makan di rumah orang lalu pergi dgn tidak menunggu-nunggu dahulu
4.            di mana api padam, di sanalah puntung tercampak = padam nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah dikuburkan
5.            padang perahu di lautan, padang hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sungguh-sungguh sebelum melakukan sesuatu menurut kehendak hati;
6.            di padang orang berlari, di padang sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri;
7.            lain padang lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya;
8.            tersesak padang ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi
9.            padi dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua;
10.        padi masak jagung mengupih prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda;
11.        padi segenggam dgn senang hati, lebih baik drpd padi selumbung dgn bersusah hati prb kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan;
12.        padi sekepuk hampa, emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg nampaknya kaya tetapi sebenarnya miskin;
13.        padi selumbung dimakan orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri lebih drpd satu;
14.        padi setangkai bernas semuanya prb keluarga yg bahagia dan beruntung semuanya;
15.        baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang = spt buah padi, makin berisi makin rendah, jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu padi kian berisi kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong);
16.        bukan tanahnya menjadi padi prb bukan tampannya akan jadi orang baik-baik;
17.        jika ada padi, tentu ada hampanya = jika ada padi berhampalah, jika ada hati berasalah prb siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu;
18.        jika kasih akan padi, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan anak isteri berhentikanlah drpd mengasihi orang lain;
19.        menyisip padi dgn bilalang (lalang) prb mencampurkan yg baik dgn yg jahat, akhirnya musnahlah yg baik itu;
20.        spt padi hampa, makin lama makin mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya;
21.        tak ada padi yg bernas setangkai prb tidak ada sesuatu yg sempurna segala-galanya
22.        pagar makan padi (tanaman) prb orang yg dipercayai utk menjaga sesuatu, dia pula yg mengkhianati kita;
23.        bagai melompati pagar tiga hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi prb keadaan atau pertolongan yg tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi (serba tanggung)
24.        bergendang paha prb bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan;
25.        cubit paha kanan, paha kiri sakit juga prb kiranya seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, ia pun akan berasa juga kesusahannya;
26.        diberi betis hendak paha prb diberi sedikit, kemudian hendak banyak
27.        memahat di dlm baris, berkata dlm pusaka prb Mn mengerjakan sesuatu dgn aturannya (supaya selamat)
28.        pahit-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat prb perkataan yg keras tetapi mengandungi pelajaran itu mendatangkan kebaikan
29.        memulangkan paku buah keras prb membangkitkan kembali perkara yg sudah lepas, menempelak;
30.        mengata ke dulang paku serpih prb mencela perbuatan orang, tetapi perbuatan sendiri lebih buruk lagi
31.        sepala-pala jahat jangan alang kepalang; pala bapa hamba mengasihi hamba, hantarkanlah hamba kpd ayah hamba; pala mandi, biar basah prb jika hendak melakukan sesuatu biarlah betul-betul sampai kesudahannya (jangan setengah-setengah)
32.        roda yg paling, kuda sudah digerindin prb kelihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg sebenarnya susah; tegak paling, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikatakan atau dijanjikan
33.        seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit prb seorang yg membuat jahat (salah) semuanya mendapat nama buruk dll
34.        elok palut , pengebat kurang prb kelihatannya sahaja bagus tetapi keadaan sebenarnya belum baik
35.        panas setahun hujan sehari, liput tanjung dgn pulau = panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari prb jasa atau kebaikan yg banyak boleh hilang oleh kesalahan yg sedikit;
36.        bagai panas mengandungi hujan prb walaupun dibawa ketawa, nampak juga kesusahannya (orang dlm kesusahan);
37.        disangka panas sampai petang, kiranya hujan tengah hari prb disangka senang (baik dll) selama-lamanya tiba-tiba ditimpa kesusahan (bahaya dll); memegang besi panas prb melakukan sesuatu dgn kebimbangan (kekhuatiran dll);
38.        menyeladang bagai panas di padang prb sesuatu hal (perbuatan dll) yg mengenai semuanya;
39.        redup atau panas keras prb hidup atau mati, untung atau rugi, beradu nasib sahaja;
40.        sudah panas berbaju pula prb sudah susah ditambah lagi dgn kesusahan;
41.        tak panas punggung Kl prb sebentar sahaja;
42.        tidak lekang dek (oleh) panas; tidak lapuk dek (oleh) hujan prb tiada berubah-ubah, tetap selama-lamanya (bkn adat)
43.        bagai pancang digoncang arus prb tidak tegas (tetap) pendiriannya (berubah-ubah mengikut mana yg kuat dll);
44.        pandai menyipat, tidak pandai menarah prb tahu menyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu membuat kerja;
45.        pandai makan, pandai simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia
46.        pandang anak, pandang menantu prb memilih menantu biar sepadan dgn anak;
47.        pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan prb Mn memeriksa sesuatu dgn cermat (teliti)
48.        dipanggang tiada hangus prb beberapa kali menempuh kesusahan (bahaya) tetapi selamat;
49.        terlampau panggang jadi hangus prb terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya
50.        belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb terlalu rajin (lekas mengerjakan sesuatu yg disuruh);
51.        kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg tepat bagi sesuatu pertanyaan
52.        pulai pangkat naik, manusia pangkat turun prb manusia mati mestilah
53.        jangan pangku ayam jantan, baik pangku ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan
54.        pangsa menunjukkan bangsa, umpama durian = spt durian menunjukkan pangsa nya prb kelakuan dan percakapan seseorang itu menunjukkan baik atau jahat asalnya (perangainya)
55.        panjang langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia;
56.        ditindih yg berat dililit yg panjang prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan;
57.        hendak panjang terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh;
58.        kalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau;
59.        mendapat panjang hidung prb mendapat malu; sama panjang dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong;
60.        sudah panjang langkahnya prb sudah meninggal
61.        panjat bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadi adat (kebiasaan);
62.        panjat dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani);
63.        panjat pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit;
64.        spt panjat terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha
65.        spt panji, ditiup angin berkibar-kibaran prb tidak tetap pendirian, ikut mana pihak yg kuat
66.        pantang  kutu dicukur, pantang manusia dihina prb berhati-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap;
67.        pantang lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua;
68.        pantang mati sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya;
69.        pantang si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat mendengar kata (nasihat) orang
70.        hitam bagai pantat belanga prb tidak cantik (hitam dll);
71.        mulut disuapnya pisang, pantat dikaitnya dgn onak prb pujukan yg mengandungi tipu muslihat;
72.        spt lebah, mulut membawa madu pantat membawa sengat prb rupa elok dan manis cakapnya tetapi berperangai jahat (bkn perempuan)
73.        tujuh kali pindah jadi papa prb pekerjaan yg tiada tetap itu menambahkan kerugian sahaja
74.        belayar sambil memapan prb melakukan dua pekerjaan (perkara) sekali gus
75.        parak awak sahajalah siangi prb jaga sahajalah diri (keluarga) sendiri, janganlah pedulikan hal orang lain;
76.        diperluas parak tidak tersiangi prb jika mata pencarian ditambah, penjagaannya tidak sempurna
77.        parang gabus menjadi spt parang besi prb tidak disangka orang yg lemah menjadi kuat dan berkuasa;
78.        bagai parang buruk, tali sabut tiada tergolok prb perihal orang yg lemah, pekerjaan yg ringan pun tiada terdaya melakukannya;
79.        belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam prb a) orang yg bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya; b) orang yg sabar (setia) kalau dihasut boleh juga menjadi jahat;
80.        spt parang mata dua prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak;
81.        mendebek mata parang prb melawan orang yg lebih berkuasa, kita juga yg menyesal
82.        luka itu sembuh parutnya tinggal juga = luka sudah hilang parut tinggal juga prb walaupun sudah berbaik-baik tetapi dlm hati, pertelingkahan yg lepas itu terasa jua
83.        besar pasak drpd tiang prb besar belanja drpd pendapatan
84.        adat pasang berturun naik = air pun ada pasang surutnya = takkan pasang selalu, di mana surut sentiasa prb keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu tiada tetap;
85.        ibarat pasang masuk muara prb perkataan (celaan) yg tiada ditahan-tahan keluarnya;
86.        kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai prb kalau takutkan kesusahan, jangan buat sesuatu pekerjaan;
87.        tidak mengenang pasang surut prb tidak memikirkan kesusahan yg mungkin terjadi di kemudian hari
88.        pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang prb Mn orang tentu menjadi mahir dlm sesuatu lapangan kalau selalu mengerjakannya
89.        bersuris bagai pasir, berbau bagai embacang prb kaum kerabat yg jauh tidaklah sangat kuat pd hak waris; spt pasir di tepi pantai, tatkala air timpas bolehlah dibahagikan prb hendak menyatakan kebenaran kpd orang yg berkuasa janganlah tatkala ia marah, tunggulah ketika kurang marahnya
90.        patah dahan tempat bernaung, patah lantai tempat berpijak prb tidak ada lagi (habis langsung) tempat meminta pertolongan dll;
91.        patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan = patah tongkat berjeremang prb tidak putus harapan, terus berikhtiar (bekerja);
92.        patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati prb tidak pandai membela sesuatu perkara tanda kalahlah;
93.        patah tumbuh hilang berganti prb seseorang ketua dll yg mati (pergi) yg lain ada gantinya; siapa melalah siapa patah prb siapa yg berhajat sangat, dialah yg datang meminta (peminangan);
94.        sudah patah yg bertaji prb Mn kalau kematian bapa (mamak) yg berharta (disegani) susahlah kaum keluarganya yg tinggal;
95.        tiada patah yg tak tempang prb tiap-tiap kecelakaan (perselisihan) tetap meninggalkan bekas (perasaan) yg tidak baik
96.        ayam tak patuk, itik tak sudu prb dlm keadaan hina (tidak dipedulikan orang); ayam patuk anaknya prb memukul (menghukum) anak dll bukan utk menyeksa tetapi utk mengajarnya
97.        berpaut sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati
98.        terpaut bertali, tertambang berlantak prb terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi
99.        ayam pulang ke pautan prb sudah pd tempatnya;
100.    pipi laksana pauh dilayang ki pipi yg licin dan penuh (bkn perempuan)


22 March 2012

Peibahasa Dewan (O)


  1. ombaknya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi;

  2. ombak yg kecil jangan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh mendatangkan bahaya;

  3. bagai ombak Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai;

  4. menguap-nguap bagai orang ombak prb perihal orang yg ketagihan candu dll;

  5. payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi prb setelah beberapa lama menanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara);

  6. spt ombak membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan;

  7. silih berganti bagai ombak di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang);

  8. yg ombak itu ombak jua, yg air itu air jua prb serupa benar

  9. lagak Padang, omong Betawi prb cakap tinggi tetapi tidak berisi

  10. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya prb mengikut rasa hati masing-masing;

  11. orang kaya suka dimakan, orang elok selendang dunia prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian);

  12. orang muda menanggung rindu, orang tua menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirinduinya (nasihat kpd orang tua);

  13. orang tua diajar makan pisang (dadih) = jangan diajar orang tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai dll) itu jangan diajar lagi;

  14. apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg berkuasa Tuhan jua;

  15. bak orang gombang di lebuh prb elok di luar sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna);

  16. lain orang, lain hati = makin banyak orang makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll);

  17. spt menanti orang dahulu, mengejar orang kemudian prb pekerjaan yg sia-sia;

  18. takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi);

  19. orang tabung seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiatnya (iaitu seorang suka berahsia dan yg satu lagi lurus)

  20. bukan otak minyak prb perihal seorang yg bodoh

09 March 2012

Peibahasa Dewan (N)

1. tinggal nadi prb perihal orang yg sakit tenat


2. nafsu-nafsi, raja di mata, sultan di hati prb melakukan sesuatu dgn sesuka hati sendiri


3. bulan naik, matahari naik prb mendapat untung dan bahagia kiri kanan;


4. naik dr janjang, turun dr tangga prb membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya;


5. naik melompat, turun terjun = naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi = naik spt semut, turun spt ribut prb hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali


6. membasuh najis dgn mala prb menutup kesalahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi


7. bagai nakhoda kasap, hujung hilang pangkal lesap prb membuat pekerjaan yg membawa kerugian (perbelanjaan yg berlebih-lebihan);


8. belayar dgn nakhoda, berjalan dgn yg tahu, berkata dgn yg pandai prb sebarang pekerjaan yg besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yg ahli supaya selamat


9. orang makan nangka, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita yg mendapat kesusahan (menanggung akibatnya);


10. siapa makan nangka maka kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung hukuman


11. nasi habis, budi bersama prb sahabat yg ketahuan buruk lakunya;


12. nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg bersekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri;


13. nasi sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi);


14. nasi tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak;


15. apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar prb seseorang itu apabila rosak hatinya akan berubahlah perangainya;


16. biar nasi terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin);


17. buat nasi tambah prb penambah penghasilan yg telah ada;


18. membuangkan nasinya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah;


19. menantikan nasi (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja


20. negeri gedang, rumah gedang, berapa pun panjang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah;


21. alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa;


22. ibarat negeri berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya;


23. ke negeri cacing prb mati;


24. spt negeri dialahkan geroda prb negeri atau kampung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau malapetaka yg lain


25. neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan prb fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah;


26. neraca yg palingan, bungkal yg piawai prb perihal hakim yg adil hukumannya


27. nikah maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa;


28. masam bagai nikah tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin


29. sebab nila setitik, rosak susu sebelanga prb kerana yg sedikit, rosak yg banyak


30. padam nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah ditanam


31. nyamuk mati gatal tak lepas prb menaruh dendam terhadap orang yg berbuat jahat kpd kita walaupun ia sudah dihukum


32. nyawa bergantung di hujung kuku prb dlm keadaan yg sulit dan berbahaya;


33. satu nyawa dua badan prb sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau sepasang suami isteri)


34. bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian prb murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru (terutama yg tidak baik)


35. apabila patah tumbuh nyiur itu, tumbuh nyiur juga akan gantinya prb ganti yg hilang itu mestilah yg sama pula;


36. laksana nyiur, mumbang dibuat pincuk hendak menghilangkan kelat prb tidak boleh orang yg bukan bangsawan itu disuruh mengatur kedudukan orang besar-besar dlm sesuatu majlis;


37. orang yg bertanam pokok nyiur, terkadang-kadang tiada makan buahnya prb orang yg menghimpun harta atau berbuat sesuatu itu adakalanya tidak mendapat faedah daripadanya;


38. umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang prb mendengar perkataan orang hendaklah dipilih mana-mana yg baik dan benar, dan yg buruk dibuang