Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

22 March 2012

Peibahasa Dewan (O)


  1. ombaknya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi;

  2. ombak yg kecil jangan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh mendatangkan bahaya;

  3. bagai ombak Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai;

  4. menguap-nguap bagai orang ombak prb perihal orang yg ketagihan candu dll;

  5. payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi prb setelah beberapa lama menanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara);

  6. spt ombak membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan;

  7. silih berganti bagai ombak di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang);

  8. yg ombak itu ombak jua, yg air itu air jua prb serupa benar

  9. lagak Padang, omong Betawi prb cakap tinggi tetapi tidak berisi

  10. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya prb mengikut rasa hati masing-masing;

  11. orang kaya suka dimakan, orang elok selendang dunia prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian);

  12. orang muda menanggung rindu, orang tua menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirinduinya (nasihat kpd orang tua);

  13. orang tua diajar makan pisang (dadih) = jangan diajar orang tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai dll) itu jangan diajar lagi;

  14. apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg berkuasa Tuhan jua;

  15. bak orang gombang di lebuh prb elok di luar sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna);

  16. lain orang, lain hati = makin banyak orang makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll);

  17. spt menanti orang dahulu, mengejar orang kemudian prb pekerjaan yg sia-sia;

  18. takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi);

  19. orang tabung seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiatnya (iaitu seorang suka berahsia dan yg satu lagi lurus)

  20. bukan otak minyak prb perihal seorang yg bodoh

No comments: