Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

12 April 2013

Peribahasa Maksud Sama


Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. 

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)

belut pulang ke lumpur
haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

membuka pekung di dada
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)

lain padang lain belalang
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
lain dulang lain kakinya
rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)

masuk telinga kiri keluar telinga kanan
mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)

genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

telur dihujung tanduk
retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)

embun dihujung rumput
abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)

menangguk di air keruh
menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)

bagai pinang di belah dua
bagai cincin dengan permata
seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)

sarang tebuan jangan dijolok
lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)

78 comments:

Anonymous said...

Terima kasih!

Anonymous said...

apa peribahasa yang sama maksud dengan berludah ke langit?

Hasni said...

saya bkn guru bahasa tapi blh sy cuba jawab?

menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri.. sama tak dgn maksud berludah ke langit?

-SPM'89-

FSTM KUIS said...

Kamus Simpulan Bahasa/Peribahasa dibangunkan oleh pembangun M-Ma'thurat . Muat-turun PERCUMA...
Android: http://bit.ly/pbahasa
Windows Phone: http://bit.ly/peribahasadictionary

FSTM KUIS said...

Kamus Simpulan Bahasa/Peribahasa dibangunkan oleh pembangun M-Ma'thurat . Muat-turun PERCUMA...
Android: http://bit.ly/pbahasa
Windows Phone: http://bit.ly/peribahasadictionary

Unknown said...

Peribahasa yang sinonim dengan gagak pulang ke benua?

Anonymous said...

thanks

Anonymous said...

sangat membantu! terima kasih!

Anonymous said...

Sangat membantu ...terima kasih

izzat said...

Trima kasih.....tlng doa kn utk saya sbb besok exam

Anonymous said...

Woooooahhhhh!!!!thank you very much

Unknown said...

assalamualaikum . peribahasa yg sama dengan lesung mencari antan apa ye ?

Anonymous said...

Peribahasa apa yg sama maksud dgn seperti katak disimbah air

Unknown said...

terima kasih,..in sha allah ini dpt membantu sya

Anonymous said...

Sangat mambantu:-)

Anonymous said...

berludah ke langit tak sama dengan membuka pekung di dada
sirih pulang ke gagang
perigi mencari timba
mencurah air ke daun keladi

Karya Langit said...

Tq :)

Anonymous said...

Peribahasa apa yang sama maksud dengan "seperti katak disembah air?"

Anonymous said...

Disimbah

Anonymous said...

Anonymous said...

Anonymous said...

Peribahasa Tak cukup boleh kau pergi Makan najis?

chanwaiwai said...

Apa maksud sama dgn kalau tiada berada-ada,masakan tempua bersarang rendah

chanwaiwai said...

Apa maksud sama dgn kalau tiada berada-ada,masakan tempua bersarang rendah

Anonymous said...

Apa maksud yg sama dengan ayam di kepuk mati kelaparan?

Unknown said...

apa maksud sama dengan seperti hujan jatuh ke pasir , bagaimana acuan begitulah kuihnya , seperti menghitung bulu kambing ?????

Unknown said...

apa maksud sama dengan seperti hujan jatuh ke pasir , bagaimana acuan begitulah kuihnya , seperti menghitung bulu kambing ?????

suzi said...

apa peribahasa berkaitan suasana dalam mesyuarat agung?

Anonymous said...

Terima kasih sgt membantu

Anonymous said...

Tak kenal maka tak cinta apa peribahasa sama arti

Anonymous said...

Terima kasih..ia sngt mmbantu

Unknown said...

Apa peribahasa seerti dgn Seperti Lembu dicucuk hidung

Unknown said...

Apa peribahasa seerti dgn Seperti Lembu dicucuk hidung

Anonymous said...

tdk lengkap langsung

Unknown said...

GOOD LUCK SPM !!!!

Unknown said...

GOOD LUCK SPM !!!!

Unknown said...

peribahasa yang sesuai untuk lawanan dengan berniaga buluh kasap, hujung hilang, pangkal lesap?? apa ye...

Anonymous said...

Salam.......ada tak peribahasa yg maksudnya kita senang tapi orang pain susah

Anonymous said...

Terima kasih. Sangat membantu. Ada tak peribahasa yang sama maksud dengan nasi sudah menjadi bubur ?

Unknown said...

Baling batu sembunyi tangan

Unknown said...

Ada peribahasa sama dengan bagai katak di bawah tempurung ?

Unknown said...

Ada Tak Peribahasa Seperti mencurahkan garam ke laut??

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Jose said...

Peribahasa sama dengan 'ular menyusur tidak akan hilang bisanya'

Unknown said...

Peribahasa apa yang sama dengan carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

Nur Aisyah said...

sama maksud digenggam takut mati dilepaskan takut terbang?thanks

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya, penting sangat untuk 2 markah saya. Kalau peribahasa dinyatakan terbalik tak ada masalah kan? Saya rasa selagi tak ubah maksud masih betul. Saya bagi contoh macam kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya diterbalikkan manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyung. Maksud dia masih sama kan? Boleh tak beri apa apa contoh atau bukti

Peribahasa said...

Terima kasih kerana berkongsi peribahasa ni. Saya nak kongsi laman web https://www.peribahasa.org. Banyak peribahasa kat sana jadi kalau nak cari peribahasa memang senang.

Unknown said...

Bagai air yang dicencang tidak akan putus

Unknown said...

Peribahasa yg sama dgn sudah terang lagi bersuluh apa?

Unknown said...

apa jwpnnya?

secret oky!! said...

Belut pulang ke lumpur

Unknown said...

Apa maksud peribahasa belakang parang sekalipun jika diasah nescaya akan tajam juga

Unknown said...

Melakukan sesuatu yang x Bagus.. tapi terkena dengan diri sendiri.. meludah kelangit.. kan jatuh semula ke bawah..

Unknown said...

Peribahasa yang sama maksud dengan mencegah lebih baik daripada mengubati??

Unknown said...

Ada...akhirnya jatuh ke tanah juga

Anonymous said...

saya ade exam lepas ni doakan eh

Unknown said...

Peribahasa apa yg sama dengan "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"

Hi said...

masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak

Unknown said...

Peribahasa sama maksud dengan seperti katak disimbah air

Anonymous said...

Terima Kasih,Blog ini sangat membantu saya

Unknown said...

Apa peribahasa sama maksud bagai langit dengan bumi

Anonymous said...

Tak ada pon sebab nila setitik hbis susu sebelanga !.

May Heng said...

Awesome! Terima kasih.

Unknown said...

Iya

Unknown said...

adaa . bacs betul' sik

Alieyya@ said...

Apa peribahasa Yang sama maksud dengan rendah diri

Unknown said...

Apa peribahasa yang sama maksud dengan masa itu emas

Unknown said...

Apa peribahasa yang sama maksud dengan nasi sudah menjadi bubur

Eli said...

Apakah maksud sama kepada 1.Nasi sudah menjadi bubur

2.usaha tangga kejayaan

Anonymous said...

Permainan tradisional semakin dilupakan .. apa peribahasa yang sesuai ???

Kuihtradisionalkebanggaankita.blogspot.com said...

Peribahasa yang sama maksud dengan nasi menjadi bubur?

Unknown said...

Apa peribahasa yang sama dengan burung terbang dipipikan lada..apa yang selain dari ni..tapi sama maksud

Anonymous said...

Apa peribahasa yang sama maksud dengan nasi sudah menjadi bubur

Anonymous said...

Apa Peribahasa yang sama maksud dengan masa itu emas??

Unknown said...

maaf, apa peribahasa yang sama dengan tak kenal maka tak cinta ?

swina said...

apa peribahasa yg sama maksud dengan “ ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa yg tahu”

The Dark Attitude said...

Thanks for the article, its really very useful.
plus size corset

seo said...

Continue to send in more valuable and astonishing information on your blog so that we enjoy it.