Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

04 November 2012

Panduan Umum menjawab Kertas Bahasa Melayu SPM (Kertas I)

KERTAS 1


Bahagian A
1. Baca arahan dengan teliti. Gariskan kata kunci kehendak soalan.
2. Terdapat 2 bentuk kehendak soalan iaitu umum dan terperinci. Bagi soalan kehendak umum, anda boleh menulis karangan apa sahaja berkaitan dengan bahan grafik contohnya “huraikan tentang kemalangan jalanraya di Malaysia” atau “huraikan tentang amalan gotong-royong di negara kita” manakala kehendak terperinci, tulislah karangan mengikut kehendak soalan contohnya ‘huraikan langkah-langkah”, “huraikan faktor-faktor” dan sebagainya.
3. Tulis pendahuluan seperti yang telah dipelajari tetapi memadai jika anda membincangkan serba sedikit isu/fenomena semasa berkaitan topik.
4. Bagi bahan berpandu yang mempunyai senarai isi, tulislah karangan berdasarkan senarai isi yang diberikan, isi di luar daripada senarai boleh juga diterima.
5. Buat lima perenggan: pendahuluan, isi (3) dan kesimpulan.
6. Masukkan sekurang-kurangnya satu ungkapan menarik (peribahasa, kata-kata hikmat, slogan dan sebagainya) dalam karangan.
7. Jangan tulis terlalu panjang kerana anda perlu menulis satu lagi karangan yang panjang dalam Bahagian B.
8. Panjang karangan bagi Bahagian A sekitar 250 hingga 300 patah perkataan sudah memadai.
9. Karangan Bahagian A, 1½ muka surat sudah memadai.


Bahagian B
1. Baca semua soalan terlebih dahulu. Pilih soalan yang anda mampu jawab.
2. Buat rangka isi bagi soalan yang telah dipilih.
3. Tiga isi diterima, tetapi sebaik-baiknya lima isi dengan huraian lengkap.
4. Masukkan sekurang-kurangnya satu ungkapan menarik.
5. Bina ayat yang mudah untuk mengelakkan ayat berbelit-belit. Seboleh-bolehnya tidak perlu ayat majmuk yang terlalu kompleks. Ayat majmuk yang mempunyai 2 predikat sudah mencukupi.
6. Gunakan formula IMBAKUP (isi, mengapa, bagaimana, kesan, ungkapan menarik daan penegasan)
7. Pemerengganan amat penting. Lima perenggan bagi karangan 3 isi dan 7 perenggan bagi karangan 5 isi.
8. satu perenggan mempunyai 60-70 patah kata sudah memadai.
9. Tulis jumlah perkataan di akhir karangan anda.
10. 4 halaman sudah memadai.

Catatan: 1. Karangan pendek menggambarkan isi kurang dan karangan terlalu panjang menggambarkan huraian meleret-leret dan terjadi isi berulang-ulang.
2. Anda dinasihatkan menjawab Bahagian B terlebih dahulu. Sediakan 2 helai (4 halaman) kertas jawapan untuk menjawab Bahagian A.

2 comments:

Anonymous said...

saya salah buat , dia minta bina sebuahcerita tentang peribahasa yng diberi tetapi saya buat karangan pendapat , adakah saya dapat kurang dari 10 markah ?

Anonymous said...

adakah empat isi layak dapat cemerlang dalam karangan bahagian B