Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

13 January 2012

Peribahasa Dewan (H)

1. habis air setelaga arang dibasuh tak putih prb betapa pun diusahakan, perangai jahat susah hendak dihilangkan;


2. habis manis sepah dibuang prb setelah tidak berguna, disingkirkan, tidak diendahkan lagi, dll;


3. habis umpan kerong-kerong tak dapat prb usaha yg sia-sia (menyebabkan kerugian);


4. kalau tiada hak sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati sesuatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja;


5. berhakim kpd beruk (harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg tamak, sudah tentu dapat kerugian;


6. yg hampa biar terbang yg bernas biar tinggal prb yg tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yg baik biarlah tinggal;


7. spt tebu, air dimakan hampasnya dibuang prb perihal gadis ditinggalkan setelah dirosakkan;


8. umpama memerah nyiur, santan diambil hampasnya dibuang prb perihal mendengar nasihat orang yg baik diambil, yg tidak baik dibuang.


9. hangat-hangat tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan);


10. takut dihantu terpeluk ke bangkai prb mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yg tidak patut ditakutkan;


11. hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan;


12. malu berkayuh, perahu hanyut prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan;


13. terapung tak hanyut terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan);


14. hapus laut prb melupakan sesuatu perkara yg tidak baik


15. harap anak buta mata sebelah, harap teman buta kedua-duanya prb setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pd orang lain);


16. harap guruh di langit air di tempayan ditumpahkan prb melakukan pekerjaan yg tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yg sudah dimiliki)


17. ada rupa ada harga prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya;


18. hari baik (pagi) dibuang-buang, hari buruk (petang) dikejar-kejar prb membiarkan peluang yg baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar;


19. ada hari ada nasi prb selalu akan beroleh rezeki sekiranya masih hidup;


20. ia sepanjang hari janji sepanjang jalan prb mudah mengucapkan janji tetapi sukar menepatinya;


21. harimau ditakuti sebab giginya prb orang yg berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya;


22. harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading prb orang yg berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati;


23. harimau mati kerana belangnya prb perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya;


24. harimau mengaum tak akan menangkap = harimau bertempik tak akan makan orang prb orang yg marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul;


25. anak harimau diajar makan daging prb orang yg zalim digalakkan membunuh;


26. anak harimau tak akan menjadi anak kambing prb orang yg berani tak akan jadi penakut;


27. bagai harimau beranak muda prb perihal orang yg sangat bengis (garang dll);


28. spt harimau menyembunyikan (menyorokkan) kuku prb orang berpengetahuan yg menyembunyikan pengetahuannya;


29. sudah masuk ke dlm mulut harimau prb sudah pasti binasa;


30. harta pulang ke tuan prb sudah sangat cocok utk seseorang;


31. haruan makan anak prb bapa atau ketua yg memperkosa anak (anak buahnya) sendiri;


32. bagai haruan dlm tuar prb perihal seseorang yg tidak tetap halnya (kerana berada dlm kesusahan dll).


33. harum menghilangkan bau prb keburukan tidak kelihatan kerana tertutup oleh perbuatan atau nama baik;


34. diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa prb diberi sedikit hendak banyak;


35. mencari yg sehasta sejengkal prb menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kerabat;


36. yg sehasta takkan jadi sedepa prb sesuatu yg tidak dapat diubah;


37. hati bagai baling-baling prb fikiran atau pendirian yg tidak tetap;


38. hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah prb orang yg kurang perasaan malunya;


39. hati gajah sama dilapah, hati kuman (tungau) sama dicecah prb beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit;


40. hati gatal mata digaruk prb perihal orang yg tidak dapat (berkuasa) melakukan sesuatu pekerjaan yg ia sangat-sangat berhajat hendak mengerjakannya;


41. orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi prb mendapat apa yg diingini;


42. sudah diheban dihela pula prb mengalami berbagai-bagai penderitaan terus-menerus.


43. helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga prb orang miskin mahu meniru kelakuan orang kaya;


44. kalau tak ada helang belalang menjadi helang prb kalau orang pandai tidak ada, orang bodoh mengaku dirinya pandai;


45. spt helang menyongsong angin prb gagah dan berani apabila menentang musuh;


46. cerdik helang bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua prb biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yg rendah jua yg terpedaya (menanggung rugi);


47. sepantun helang dgn ayam, lambat laun disambar juga prb jika berhampiran sesuatu yg berlawanan itu akhirnya terjadi juga sesuatu yg tidak baik.


48. hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh prb kalau hendak kaya mestilah berjimat-cermat, kalau boros pasti akan berhutang;


49. bagai hempedu lekat di hati prb perhubungan yg erat, tidak dapat diceraikan (bkn persahabatan, perkahwinan, dll)


50. ada bangkai, adalah hering prb di mana ada perempuan jahat di situ terdapat lelaki jahat


51. hidung dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja;


52. hidung sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang;


53. hidung tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri;


54. beroleh (mendapat) hidung panjang prb mendapat malu;


55. menguak-nguak bagai hidung gajah prb bernafas terngah-ngah;


56. potong hidung rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga;


57. rasa tak mengapa hidung dikeluani prb orang yg membiarkan dirinya dibodohkan orang;


58. spt beranak besar hidung prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru;


59. spt kerbau dicucuk (diatur) hidungnya prb orang bodoh yg menurut perintah orang;


60. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah prb waktu hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yg berlaku, setelah mati terserahlah kpd Tuhan;


61. hidup di hujung gurun orang prb orang yg hidup melarat;


62. hidup dua muara prb hidup dgn dua macam pencarian;


63. hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa prb pd ketika hidup eloklah berbuat baik utk diri sendiri dan utk masyarakat;


64. hidup sandar-menyandar umpama aur dgn tebing prb a) suami isteri yg berkasih-kasihan; b) sahabat yg setia dan bertolong-tolongan;


65. hidup segan mati tak mau prb orang yg hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit);


66. hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah prb berusahalah dgn tenaga dan fikiran sendiri dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain;


67. drpd hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah prb drpd hidup menanggung malu, lebih baik mati;


68. jauh berjalan banyak dilihat, lama hidup banyak dirasa prb sudah banyak pengalaman;


69. kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya prb tunggu dahulu dgn tenang apa yg akan terjadi, kemudian barulah dibuat pertimbangan;


70. hilang adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai;


71. hilang bini boleh dicari hilang budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri;


72. hilang dicari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan;


73. hilang di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati;


74. hilang ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya;


75. hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji;


76. hilang kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan;


77. hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai;


78. hilang kilat dlm kilau prb kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar);


79. hilang pelanduk berganti kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia;


80. hilang rona kena penyakit, hilang bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai;


81. hilang sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya;


82. hilang tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas;


83. hilang tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian;


84. hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya;


85. hilang tukul hilang lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman;


86. patah tumbuh, hilang berganti prb terus-menerus ada gantinya;


87. pertama hilang, kedua terbilang prb berani melakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum;


88. tonggang hilang berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban;


89. hilir malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu prb jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah:


90. sudah terlalu hilir malam, apa hendak dikatakan lagi prb a) orang yg mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dlm janjinya; b) sesuatu kesalahan yg tidak dapat diperbetulkan lagi;


91. tidak mengetahui hulu hilirnya prb tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dll;


92. hinggap mencengkam terbang menumpu prb kalau merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yg sesuku dan apabila hendak pulang dr sana mestilah memberitahu orang itu juga;


93. hinggap saja bagai langau, titik saja bagai hujan prb sesuatu (kemalangan dll) yg terjadi dgn tiba-tiba saja;


94. hendak hinggap tiada berkaki prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya;


95. hitam bagai pantat belanga prb perihal keburukan tabiat seseorang;


96. hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam prb tidak mengatakan yg sebenarnya (berdusta, berbohong);


97. hitam gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri;


98. hitam-hitam bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik;


99. hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya;


100. hitam-hitam gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang;


101. hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu adakalanya kurang berharga);


102. hitam mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah dipisahkan;


103. hitam tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasliannya;


104. hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang;


105. rambut sama hitam hati masing-masing = rambut sama hitam hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya;


106. hujan berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll) meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll);


107. hujan berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya;


108. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = hujan keris lembing di negeri kita, hujan mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri;


109. hujan menimpa bumi prb seseorang itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa;


110. hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dgn sekali gus;


111. ada hujan ada panas, ada hari boleh balas prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang terhadap kita;


112. bagai hujan jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas);


113. ke mana tumpah hujan dr bumbung, kalau tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya);


114. tidak hujan lagi becak, inikan pula hujan prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita;


115. jadi hujung (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan dll;


116. hulu mujur pandai bertenggang (bertengkar) hujung baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan;


117. ke hujung kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya;


118. jikalau di hujung airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya);


119. orang terpegang pd hujungnya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara);


120. habis hulubalang bersiak prb apabila tiba masa, jika perlu wang, dijual apa saja yg ada.


121. dikatakan huma lebar, sesapan di halaman prb memegahkan kekayaan dll tetapi tidak ada bukti kekayaannya dll;


122. hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan;


123. apa gunanya merak mengigal di hutan prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh;


124. apa gunanya bulan terang dlm hutan, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil manfaat daripadanya;


125. hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh tiba pula = hutang samir belum langsai, hutang kajang datang pula = hutang tembilang belum langsai, hutang tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru;


126. hutang sebelit (selilit) pinggang = hutang tiap helai bulu = sebanyak hutang si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya;

No comments: