Menu

12 April 2013

Peribahasa Maksud Sama


Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. 

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)

belut pulang ke lumpur
haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

membuka pekung di dada
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)

lain padang lain belalang
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
lain dulang lain kakinya
rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)

masuk telinga kiri keluar telinga kanan
mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)

genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

telur dihujung tanduk
retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)

embun dihujung rumput
abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)

menangguk di air keruh
menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)

bagai pinang di belah dua
bagai cincin dengan permata
seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)

sarang tebuan jangan dijolok
lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)

80 comments:

  1. apa peribahasa yang sama maksud dengan berludah ke langit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melakukan sesuatu yang x Bagus.. tapi terkena dengan diri sendiri.. meludah kelangit.. kan jatuh semula ke bawah..

      Delete
    2. Ada...akhirnya jatuh ke tanah juga

      Delete
  2. saya bkn guru bahasa tapi blh sy cuba jawab?

    menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri.. sama tak dgn maksud berludah ke langit?

    -SPM'89-

    ReplyDelete
  3. Kamus Simpulan Bahasa/Peribahasa dibangunkan oleh pembangun M-Ma'thurat . Muat-turun PERCUMA...
    Android: http://bit.ly/pbahasa
    Windows Phone: http://bit.ly/peribahasadictionary

    ReplyDelete
  4. Kamus Simpulan Bahasa/Peribahasa dibangunkan oleh pembangun M-Ma'thurat . Muat-turun PERCUMA...
    Android: http://bit.ly/pbahasa
    Windows Phone: http://bit.ly/peribahasadictionary

    ReplyDelete
  5. Peribahasa yang sinonim dengan gagak pulang ke benua?

    ReplyDelete
  6. sangat membantu! terima kasih!

    ReplyDelete
  7. Sangat membantu ...terima kasih

    ReplyDelete
  8. Trima kasih.....tlng doa kn utk saya sbb besok exam

    ReplyDelete
  9. Woooooahhhhh!!!!thank you very much

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum . peribahasa yg sama dengan lesung mencari antan apa ye ?

    ReplyDelete
  11. Peribahasa apa yg sama maksud dgn seperti katak disimbah air

    ReplyDelete
  12. terima kasih,..in sha allah ini dpt membantu sya

    ReplyDelete
  13. Sangat mambantu:-)

    ReplyDelete
  14. berludah ke langit tak sama dengan membuka pekung di dada
    sirih pulang ke gagang
    perigi mencari timba
    mencurah air ke daun keladi

    ReplyDelete
  15. Peribahasa apa yang sama maksud dengan "seperti katak disembah air?"

    ReplyDelete
  16. Anonymous said...

    ReplyDelete
  17. Peribahasa Tak cukup boleh kau pergi Makan najis?

    ReplyDelete
  18. Apa maksud sama dgn kalau tiada berada-ada,masakan tempua bersarang rendah

    ReplyDelete
  19. Apa maksud sama dgn kalau tiada berada-ada,masakan tempua bersarang rendah

    ReplyDelete
  20. Apa maksud yg sama dengan ayam di kepuk mati kelaparan?

    ReplyDelete
  21. apa maksud sama dengan seperti hujan jatuh ke pasir , bagaimana acuan begitulah kuihnya , seperti menghitung bulu kambing ?????

    ReplyDelete
  22. apa maksud sama dengan seperti hujan jatuh ke pasir , bagaimana acuan begitulah kuihnya , seperti menghitung bulu kambing ?????

    ReplyDelete
  23. apa peribahasa berkaitan suasana dalam mesyuarat agung?

    ReplyDelete
  24. Terima kasih sgt membantu

    ReplyDelete
  25. Tak kenal maka tak cinta apa peribahasa sama arti

    ReplyDelete
  26. Terima kasih..ia sngt mmbantu

    ReplyDelete
  27. Apa peribahasa seerti dgn Seperti Lembu dicucuk hidung

    ReplyDelete
  28. Apa peribahasa seerti dgn Seperti Lembu dicucuk hidung

    ReplyDelete
  29. tdk lengkap langsung

    ReplyDelete
  30. peribahasa yang sesuai untuk lawanan dengan berniaga buluh kasap, hujung hilang, pangkal lesap?? apa ye...

    ReplyDelete
  31. Salam.......ada tak peribahasa yg maksudnya kita senang tapi orang pain susah

    ReplyDelete
  32. Terima kasih. Sangat membantu. Ada tak peribahasa yang sama maksud dengan nasi sudah menjadi bubur ?

    ReplyDelete
  33. Ada peribahasa sama dengan bagai katak di bawah tempurung ?

    ReplyDelete
  34. Ada Tak Peribahasa Seperti mencurahkan garam ke laut??

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. Peribahasa sama dengan 'ular menyusur tidak akan hilang bisanya'

    ReplyDelete
  37. Peribahasa apa yang sama dengan carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

    ReplyDelete
  38. sama maksud digenggam takut mati dilepaskan takut terbang?thanks

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum. Saya nak tanya, penting sangat untuk 2 markah saya. Kalau peribahasa dinyatakan terbalik tak ada masalah kan? Saya rasa selagi tak ubah maksud masih betul. Saya bagi contoh macam kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya diterbalikkan manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyung. Maksud dia masih sama kan? Boleh tak beri apa apa contoh atau bukti

    ReplyDelete
  40. Terima kasih kerana berkongsi peribahasa ni. Saya nak kongsi laman web https://www.peribahasa.org. Banyak peribahasa kat sana jadi kalau nak cari peribahasa memang senang.

    ReplyDelete
  41. Peribahasa yg sama dgn sudah terang lagi bersuluh apa?

    ReplyDelete
  42. Apa maksud peribahasa belakang parang sekalipun jika diasah nescaya akan tajam juga

    ReplyDelete
  43. Peribahasa yang sama maksud dengan mencegah lebih baik daripada mengubati??

    ReplyDelete
  44. saya ade exam lepas ni doakan eh

    ReplyDelete
  45. Peribahasa apa yg sama dengan "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"

    ReplyDelete
  46. masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak

    ReplyDelete
  47. Peribahasa sama maksud dengan seperti katak disimbah air

    ReplyDelete
  48. Terima Kasih,Blog ini sangat membantu saya

    ReplyDelete
  49. Apa peribahasa sama maksud bagai langit dengan bumi

    ReplyDelete
  50. Tak ada pon sebab nila setitik hbis susu sebelanga !.

    ReplyDelete
  51. Apa peribahasa Yang sama maksud dengan rendah diri

    ReplyDelete
  52. Apa peribahasa yang sama maksud dengan masa itu emas

    ReplyDelete
  53. Apa peribahasa yang sama maksud dengan nasi sudah menjadi bubur

    ReplyDelete
  54. Apakah maksud sama kepada 1.Nasi sudah menjadi bubur

    2.usaha tangga kejayaan

    ReplyDelete
  55. Permainan tradisional semakin dilupakan .. apa peribahasa yang sesuai ???

    ReplyDelete
  56. Peribahasa yang sama maksud dengan nasi menjadi bubur?

    ReplyDelete
  57. Apa peribahasa yang sama dengan burung terbang dipipikan lada..apa yang selain dari ni..tapi sama maksud

    ReplyDelete
  58. Apa peribahasa yang sama maksud dengan nasi sudah menjadi bubur

    ReplyDelete
  59. Apa Peribahasa yang sama maksud dengan masa itu emas??

    ReplyDelete
  60. maaf, apa peribahasa yang sama dengan tak kenal maka tak cinta ?

    ReplyDelete
  61. apa peribahasa yg sama maksud dengan “ ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa yg tahu”

    ReplyDelete
  62. Continue to send in more valuable and astonishing information on your blog so that we enjoy it.

    ReplyDelete
  63. Thanks, Ya Allah membantu sgt ii

    ReplyDelete
  64. Visit us on our official website brokenplanet tshirt
    for a great collection of fabrics, and the latest style of clothing:)

    ReplyDelete