Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

29 December 2011

Peribahasa Dewan (E)

1. zaman beredar musim berubah prb keadaan sesuatu itu berubah-ubah dr masa ke masa


2. ekor anjing beberapa pun diurut akan dia, tiada juga betul = lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya = habis sepasu minyak ekor anjing, tidak akan lurus = hendak meluruskan ekor anjing prb orang yg bertabiat jahat itu bagaimanapun hendak diperbaiki tetap jahat juga;


3. bagai lintah dipotong ekor prb sesuatu yg dilakukan dgn pantas;


4. tiada tentu ekor kepala prb rupa orang yg gemuk dan buruk


5. elok basa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati prb kalau elok tegur sapa akan jadi kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi kenang-kenangan sesudah mati;


6. emas berpeti, kerbau berkandang prb harta benda harus dijaga mengikut keadaannya masing-masing;


7. bermimpi mendapat emas takkan membuat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung prb sesuatu pertelingkahan itu anggaplah spt mimpi sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan);


8. hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati prb budi bahasa orang tidak dapat dibalas dgn wang dan harus diingat seumur hidup;


9. kerana emas memas, kerana padi menjadi prb kerana kekayaan, apa yg dimaksudkan dapat dicapai;


10. menyeberangi jambatan emas prb berjuang utk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh;


11. peti yg berisi emas perak itu tiada dilelehkan orang prb ilmu pengetahuan yg baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja;


12. spt emas yg sudah tersepuh prb putih kuning serta elok rupa paras seseorang perempuan;


13. tak emas bungkal diasah prb segala daya upaya dilakukan utk mencapai maksud;


14. walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga prb walau bagaimana sekalipun diajar orang yg biadap, perangainya yg kurang baik kelak akan kelihatan jua


15. emas buruk kulit = busuk-busuk emas prb nampaknya tidak pandai (buruk dll) tetapi yg sebenarnya pandai (baik dll);


16. berbau bagai emas prb sudah terdengar-dengar berita atau rahsia mengenai perbuatan jahat (maksud yg tidak baik)


17. spt embun di hujung rumput prb tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dll);


18. spt embun di atas daun prb selalu berubah (maksud, niat, tujuan);


19. empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb a) perselisihan yg tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi; b) aturan (perintah) yg tidak boleh diubah (dilalui)


20. tiada terempang peluru oleh lalang prb kemahuan orang yg berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yg lemah


21. empat gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela prb pertuturan orang yg bijak itu selalu tidak diketahui ertinya;


22. emapt susu dua perut sl prb tidak sama atau amat berbeza (keturunan, darjat, dll)


23. batu pun empuk, jangankan hati manusia prb hati manusia yg keras dapat dilembutkan dgn perkataan yg manis dan lemah lembut


24. enau memanjat (mencari) sigai prb perempuan mendapatkan (mencari) lelaki;


25. enau sebatang dua sigainya prb a) satu pekerjaan dua orang ketuanya, tentu tidak baik jadinya; b) seorang perempuan yg menduakan suami;


26. bagai enau dlm belukar, melepaskan pucuk masing-masing prb tidak semuafakat dlm sesuatu perbincangan, hanya berpegang pd pendapat masing-masing sahaja;


27. mati enau tinggal di rimba prb jika orang hina mati, namanya tidak akan disebut-sebut orang lagi.


28. enggang apa kpd enggang, orang apa kpd orang prb susah senang kita, kita yg merasakannya, susah senang orang tinggallah pd orang (masing-masing menjaga sendiri);


29. enggang lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya prb menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dll kejadian itu;


30. burung pipit sama enggang , (mana boleh sama terbang) prb perhubungan atau perjodohan yg tidak sama padan, manakan boleh selamat;


31. makanan enggang hendak dimakan oleh pipit prb hendak melakukan sesuatu yg bukan padan dgn taraf (kesanggupan dll);


32. (men)dengar(kan) cakap enggang prb mendengarkan cakap orang atau musuh binasa sudahnya;


33. pipit meminang anak enggang prb orang yg miskin (kecil-kecil dll) meminang anak orang kaya (besar-besar dll) tentu tidak munasabah;


34. selama enggang mengeram prb lama benar;


35. yg enggang sama enggang juga, yg pipit sama pipit juga prb berkaum (berkahwin dll) elok dgn yg sama pangkat (kedudukan, taraf, dll)


36. mengerami telur orang prb mengahwini perempuan yg telah mengandung;


37. seumpama telur sesarang dierami induknya prb perihal anak-anak yg sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yg saksama;


1 comment:

Anonymous said...

damn helpful